Tahap Pengetahuan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah Sekolah Rendah di Daerah Beluran

  • Kamisah Kamar
  • Mohd Mahzan Awang

Abstract

Subjek Sejarah telah diperkenalkan bermula dari tahun 2014 lagi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah memberikan penekanan terhadap kepentingan elemen kemahiran pemikiran sejarah (KPS) untuk dikuasai oleh semua murid. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran. Pengkaji telah mengkaji lima kategori dalam KPS iaitu memahami kronologi, membuat imaginasi, meneroka bukti, membuat interprestasi dan membuat rasionalisasi. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kuantitatif kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian ini. Seramai 30 orang guru Sejarah di sekitar daerah Beluran dijadikan sampel kajian dalam kajian ini. Melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden, data-data kajian dikumpul. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 digunakan dalam analisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran adalah berada pada tahap tinggi. Diharapkan agar kajian ini dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pihak PPD dan juga JPN berkenaan sejauhmana tahap pengetahuan KPS guru Sejarah di daerah Beluran. Kajian ini mencadangkan pihak sekolah agar konsisten mengglembeng usaha seperti memberikan pelbagai kursus, dan seminar kepada guru-guru Sejarah agar matlamat dan tujuan dalam kurikulum Sejarah itu dapat  dicapai.   

References

Abd. Rahim Abd Rashid. (2000). Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum ke arah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif. JUKU: Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 1(3), 10-18. https:www.juku.um.edu.my.
Ahmad Razaq Ahmad & Ahmad Rafaai Ayudin. (2011). History Curriculum Development Model Towards Nation Building of Malaysia. Historia: Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah, 12(1), 40-52. https: www.ejournal.upi.edu.
Ahmad Saufi Mansor. (2010). Subjek Sejarah Lebih Seronok. Harian Metro, 25 Oktober. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2010/belajar-sejarah-tak-bosan-lagi.
Baharuddin Jabar. (2007). Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Dalam Pengajaran Guru-Guru Sejarah: Satu Kajian Kes di Daerah Hilir Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Eko Putro Widyoko. (2005). Kompetensi Mengajar Guru Ips SMA Kabupaten Purworejo. Universitas Muhammadiyah Purworejo. Indonesia.
Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Introduction to the Psychology of Children and Adolescents. Shah Alam: Education Directions.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Putrajaya, Kuala Lumpur.
Lisa Yip Shukye. (2014). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kalangan Murid-Murid. Jurnal Penyelidikan Kent, 13, 37- 49.
Miki, Y., Kojiri, T., & Seta, K. (2015). “If Thinking” Support System for Training Historical Thinking. Procedia Computer Science, 60, 1542-1551.
M. Lovorn. (2014). Historical Literacy Through Historiography: Teaching to the C3 Framework. Russian American Education Forum: An Online Journal, 6(3).
Muhamad Yazid Khalil. (2018). Tahap Pengetahuan Guru Sejarah Sekolah Rendah dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). National Innovation dan Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18).
Noriah Munirah Yakub & Anuar Ahmad. (2015). Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Dalam Kalangan Bakal Guru di Institut Pengajian Tinggi Awam. https://www.academia.edu/ 16516299/20/10/2017.
Rosy Talim. (2015). Historical Thinking Skills-the forgotten skills?. International Journal of Learning and Teaching 7(1) pp 43-51.
Soranam Karupayah. (2011). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Minat Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah. Selangor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Siti Hawa Abdullah, Hassan & Aini. (2007). Empati Sejarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. The Asia Pacific Journal of Educators and Education, 22 (1) pp 1-14. ISSN 2289-9057.
Wineburg. S. (2010). Historical Thinking: Memorizing facts and stuff? Teaching with Primary Sources Quarterly, 3(1)2-4.
Zahara Aziz & Nik Azleena Nik Ismail. (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah Kepada Para Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32 . pp. 119-137. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.
Published
2023-03-31
How to Cite
KAMAR, Kamisah; AWANG, Mohd Mahzan. Tahap Pengetahuan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah Sekolah Rendah di Daerah Beluran. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 560-569, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/22013>. Date accessed: 15 sep. 2024.
Section
Articles