Penggunaan Humor dalam Pembelajaran Sains dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Memori

  • Muhamad Afiq Syukri Arni
  • Muhammad Syawal Amran

Abstract

Kajian ini merupakan sebuah kajian tentang hubungan antara pembelajaran berasaskan humor dalam pembelajaran sains dengan konsentrasi dan daya ingatan murid sekolah rendah di sebuah kawasan luar bandar di utara negeri Sarawak. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan amalan humor dalam pembelajaran Sains dan hubungannya dengan konsentrasi dan daya ingatan murid. Pemilihan peserta kajian adalah seramai 200 orang murid tahap 2 sekolah rendah yang memenuhi kriteria yang telah ditentukan. Hasil kajian mendapati bahawa persempsi murid terhadap amalan humor guru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah sederhana iaitu dengan nilai skor min=3.56 dan sisihan piawai = 0.55. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara terus antara pembelajaran berasaskan humor dalam pembelajaran Sains dengan tahap konsentrasi murid manakala terdapat hubungan secara songsang antara pembelajaran berasaskan humor dalam pembelajaran Sains dengan tahap daya ingatan murid.   

References

konsentrasi, memori, sekolah
Published
2023-03-31
How to Cite
ARNI, Muhamad Afiq Syukri; AMRAN, Muhammad Syawal. Penggunaan Humor dalam Pembelajaran Sains dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Memori. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 524-531, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/22012>. Date accessed: 03 oct. 2023.
Section
Articles