Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Guru Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah Sewaktu Pelaksanaan PdPR di Wilayah Persekutuan Labuan

  • Mohd Asyraf Abd Hamid
  • Anuar Ahmad

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) guru mata pelajaran Sejarah sekolah rendah sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap penerapan KPS guru berdasarkan kepada demografi responden iaitu jantina dan pengalaman mengajar Responden kajian terdiri daripada 40 orang guru sejarah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan yang mengajar mata pelajaran ini sewaktu PdPR. Reka Bentuk Kajian menggunakan instrumen soal selidik yang mempunyai dua bahagian iaitu demografi responden dan komponen dalam KPS. Analisis data dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 iaitu dengan mencari min dan menggunakan ujian – t dan ujian ANOVA Satu Hala.   

References

Tahap penerapan, Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), guru Sejarah sekolah rendah, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Published
2023-03-31
How to Cite
ABD HAMID, Mohd Asyraf; AHMAD, Anuar. Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Guru Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah Sewaktu Pelaksanaan PdPR di Wilayah Persekutuan Labuan. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 497-511, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/22011>. Date accessed: 03 oct. 2023.
Section
Articles