Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat dan Pencapaian Murid Tahun Empat dalam Mata Pelajaran Sejarah
Abstract
Murid-murid sekolah mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan memerlukan kaedah yang boleh membantu mereka memahami dan menguasai topik yang diajar oleh guru. Penggunaan multimedia boleh meningkatkan pemahaman murid tentang idea atau topik yang dipelajari dalam mata pelajaran sejarah. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan multimedia terhadap minat dan pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran sejarah sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan 80 orang murid tahun empat sebuah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Instrumen kajian ini ialah satu set ujian pra dan pasca serta borang soal selidik. Data dianalisis secara statistik inferensi dan statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package fo the Social Science (SPSS) 25.0. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min pencapaian murid kumpulan rawatan dan kawalan dalam ujian pra. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan min pencapaian murid kumpulan rawatan dan kawalan dalam ujian pasca. Secara keseluruhan, multimedia memberi impak yang positif dalam meningkatkan minat dan pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah rendah. Kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada guru agar menggunakan multimedia bagi menarik minat dan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan. Kajian lanjut boleh dilakukan dan diperluaskan ke atas murid-murid tahun empat di sekolah-sekolah rendah di daerah yang lain bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat dan jelas tentang kesesuaian penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di semua sekolah rendah.
References
Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim & Shamsudin Othman. (2012). Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-murid PROBIM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 46-53.
Abdul Razak Ahmad, Ahmad Ali Seman & Narayanasamy Letchumanar. (2009). Keberkesanan Penggunaan Animasi Statik Berdialog dalam Pembelajaran Sejarah. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke-4, 14-25.
Abdul Razak Ahmad, & Mohd Mahzan Awang. (2017). Pengetahuan Guru Sejarah Dalam Pelaksanaan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Seminar Pendidikan Serantau ke-8, 153–161.
Alfian, M. (2011). Pendidikan sejarah dan permasalahan yang dihadapi. Pendidikan Sejarah Dan Permasalahan Yang Dihadapi III (2).
Andrade. E. L. M, Mercado. C. A. A & Reynoso. J. M. G. (2008). Learning Data Structures Using Multimedia-Interactive Systems. Communications of the IIMA, 8(3), 25-32.
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abdul Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1)(2009), 53-66.
Ausubel, B. B. (2013). Belajar bermakna ausubel 43–48.
Awang, M. A. (2017). Hubungan antara gaya pembelajaran dan sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer dengan pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah. Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Aziz, Z., & Jair, N. (2009). Penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 3-15.
Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1, Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: The McGraw-Hill Companies.
Cohen, L., Manion, L., Marrison, K. (2011). Research Methods in Education. Edisi Ketujuh. New York: Routledge Taylor & Francis Group.
Eggen, P. dan Kauchak, D. (2004). Educational Psychology Window on Classrooms. Journal Of College Science Teaching, 19(1), 212- 217.
Hillis, Peter. (2008). Authentic Learning and Multimedia in History Education. Learning, Media and Technology, 33(2), 87-99.
Ishak, R., Jantan, R., Pendidikan, U., Idris, S. & Malim, T. (2015). Tinjauan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran sejarah sekolah rendah. Asian Education Action Research Journal, 4, 64–80.
Ismail Said. (2014). Kurikulum Sejarah. Pusat Bandar Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Joseph Anjuman & Wan Rozali Wan Hussin. (2013). ICT dan Kelestarian Penggunaannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi di Sekolah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29-30 Ogos 2013), 55-75.
Kaviza, M. (2018). Penggunaan sumber sejarah sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran sejarah: Adakah murid sudah bersedia untuk meneroka? Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 3(5), 41.
Kaviza, M. (2019). Pengaruh Antara Gaya Pembelajaran dan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah : Satu Tinjauan di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Sosial Sciences and Humanities, (4), 98–108.
Kaviza, M. (2019). Sikap Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sejarah: Satu Tinjauan Awal dalam kalangan Murid Tingkatan Satu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(6), 72–81.
Kaviza, M. (2021). Kesan Pembelajaran Berasaskan Dokumen dengan Pendekatan Kepelbagaian Sumber Terhadap Pengetahuan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 128–139.
Keong, Tan Choon dan Carol Abu. (2013). Pengaplikasian Video YouTube: Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29-30 Ogos 2013): 251-265.
Lee Bih Ni. (2013). ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah di Sekolah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 UMS, 29-30 Ogos 2013, 106-115.
Lejah, L. & Talin, R. (2018). Kaedah Pengajaran Sejarah yang Diminati Pelajar dan Justifikasinya. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(2), 137–145.
Mat Lui, M. Z. & Ahmad, A. (2021). Minat Murid Terhadap Gaya, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru dalam Pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 211–221.
Mayer, R. E. (2001). Multimedia Learning. New York: Cambridge University Press.
Mayer, R. E. (2004). Should There Be a Three Rule Against Pure Discovery Learning. The Case for Guided Methods of Instruction. American Psychologist, 59(1), 14-19.
Mohamad Johdi Salleh dan Ariegusrini Agus. (2009). Transformasi Pengajaran Sejarah Berasaskan Multimedia. (dalam) Abdul Razaq dan Isjoni. 2009. Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Falkulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. hlm.113–126.
Mohd Farid Hassan & Azniah Ismail. (2011). Pengaruh Gaya Pembelajaran dan Kecekapan Murid dalam Penggunaan E-Pembelajaran. Journal of ICT in Education, 7, 58–64.
Mohd Majid Konting. (1999). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Samsudin & Shahizan Shaharudin. (2012). Pendidikan dan Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah di Sekolah di Malaysia. JEBAT Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 39(2), 116-141.
Nur Syazwani Abdul Talib, Kamarulzaman Abdul Ghani, Nur Azuki Yusoff & Mohd Mahzan Awang. (2019). Kaedah Pembelajaran Sejarah Dengan Mengambil Kira Minat Dan Peningkatan Prestasi. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(1984), 45–57.
Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa & Siti Hawa Abdullah. (2014). Kesan Penggunaan Sumber Digital Sejarah Terhadap Amalan Pemikiran Sejarah. 23rd International Conference of Historians of Asia 2014, 1–14.
Rossafri Mohamad & Shabariah Mohamad Shariff. (2011). Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 75-80.
Rossafri Mohamad & Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya. (2007). Impak Bahan Multimedia ke atas Mata Pelajaran Berbentuk Naratif: Satu Kajian terhadap Mata Pelajaran Sejarah. 1 st International Malaysia Educational Technology Convention, 920-929.
Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi pembelajaran & personaliti.Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan Model Konstuktivisme Lima Fasa Needham dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20, 21-41.