Elemen Didik Hibur dalam Buku Teks Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah

  • Mohamad Rizwan Mohd Nor
  • Roslinda Rosli

Abstract

Didik hibur merupakan satu jenis pembelajaran yang berasaskan permainan, permainan digital atau gamifikasi. Dua dimensi penting yang perlu ada dalam didik hibur adalah unsur keseronokan dalam pembelajaran dan penggabung jalinan unsur pendidikan dalam hiburan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepelbagaian jenis aktiviti (kreativiti) pada elemen didik hibur dalam buku teks matematik KSSR. Reka bentuk kajian tinjauan dengan mempraktikkan kaedah analisis dokumen sebagai instrumen kajian telah diguna pakai oleh penyelidik. Buku teks matematik KSSR tahun 1 sehingga tahun 6 pula akan menjadi sampel utama kajian semasa proses pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 49 aktiviti didik hibur mengikut kategori telah dikenal pasti dalam buku teks matematik KSSR tahun 1 sehingga tahun 6. Aktiviti-aktiviti tersebut telah dibahagikan mengikut kumpulan seperti aktiviti permainan, nyanyian, puisi (seni bahasa), kolaj (seni visual) dan kembara. Sebanyak 34 aktiviti berasaskan permainan antaranya permainan kad, dam ular, teka kata, tarsia, mengumpul cip dan teroka ria telah digunakan dalam buku teks matematik. Elemen didik hibur nyanyian pula sebanyak 8 aktiviti telah direkodkan yang kebanyakannya berada pada buku teks tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3). Terdapat 4 elemen didik hibur berasaskan bahasa iaitu puisi yang melibatkan 3 pantun dan 1 sajak. Satu aktiviti kesenian telah di jadikan elemen didik hibur melibatkan aktiviti membuat kolaj. Selain daripada itu terdapat dua aktiviti kembara pada buku teks matematik tahun 4 dan tahun 6. 

References

didik hibur, buku teks, matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Published
2023-03-31
How to Cite
MOHD NOR, Mohamad Rizwan; ROSLI, Roslinda. Elemen Didik Hibur dalam Buku Teks Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 346-359, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/22007>. Date accessed: 24 june 2024.
Section
Articles