Amalan Humor Guru dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Ingatan Belajar Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Nornikman Ag. Kati SIR
  • Muhammad Syawal Amran

Abstract

Abstrak: Humor ialah elemen yang sangat penting untuk menarik minat pelajar dengan menerima maklumat yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk  mengenal pasti tahap persepsi, tahap konsentrasi dan tahap ingatan belajar murid serta meninjau sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 250 orang murid sekolah rendah tahap 2 iaitu tahun 4, 5 & 6 di daerah Membakut telah dipilih sebagai responden  kajian  melalui persampelan rawak. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang mempunyai empat bahagian yang diadaptasi daripada kajian Muhammad Syawal Bin Amran dan kajian Mohd. Rosmadi Mohd. Saleh dan Hafizah Zulkifli. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi (M= 3.77, SP=.49) dan tahap konsentrasi (M= 3.14, SP=.37) murid terhadap amalan humor guru, kedua-duanya berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala, bagi tahap ingatan belajar murid pula berada pada tahap sederhana rendah (M= 2.83, SP=.43). Hasil analisis korelasi Pearson juga mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi  (r=.580, p=<.001) dan ingatan (r=.984, p=<.001) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap persepsi dan tahap konsentrasi yang positif dan memuaskan terhadap amalan humor guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Namun, para guru perlu meneliti semula kaedah pelaksanaan humor yang diterapkan semasa proses P&P, khususnya dalam membantu ingatan belajar murid kerana ingatan belajar responden masih belum berada pada tahap yang memuaskan. Selain itu, dapatan juga membuktikan bahawa semakin tinggi amalan humor guru dalam pengajaran, maka semakin tinggi tahap konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Justeru, para pendidik perlu mengaplikasikan dan menerapkan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan kreatif dan bermakna.


 Kata Kunci: Humor, Bahasa Melayu, Sekolah Rendah

References

Abel, M. H. (2019). Humor, stress, and coping strategies. Humor–International Journal of Humor Research, 15, 365–381.
Abdul Rasid, J., & Hasmah, I. (2019). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM (Malay Language Education Journal-MyLEJ), 3, 49–63.
Abdul Rahman Abd Aziz. (2018). Humor (Kecindan) dalam pengajaran. Pulau Pinang: BERU Publication.
Ahmet Şahin. (2021). Humor use in school settings: The perceptions of teachers. SAGE.
Alias Masek, Suhaizal Hashim & Affero Ismail. (2018). Integration of the humour approach with student’s engagement in teaching and learning sessions. Journal of Education for Teaching.
Al-Duleimi, A. D. D., & Aziz, R. N. (2018). Humour as EFL Learning-Teaching Strategy. Journal of Education and Practice, 7(10), 105-115.
Amin Senin, (2018). Melangkah ke hadapan, gerak kerja & fokus tumpuan KPPM 2018. Institut Aminuddin Baki.
Azriana Abdul Manan & Yahida Yahya, (2017). Humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sekolah Menengah Yusof Ishak: Singapore.
Aziz, A., Al-Nuaimi, A. S., & Al-Mahrooqi, R. (2019). The Effectiveness of Humor in EFL Learning: A Meta-analysis. International Journal of Instruction, 12(1), 109-124.
Azwani, A. M., Razali, A. M., & Baharom, M. S. (2020). Penggunaan Humor dalam Meningkatkan Tahap Tumpuan Murid Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 5(32), 59-72.
Bakar, A. Y. A., Amran, M. S. (2020). Does humour relieve Mathematics anxiety and make your brain better?: From laboratory to classroom research. International Journal of Advanced Science and Technology, 29(7), 12677-12686.
Carlson, K. A. (2018). The impact of humor on memory. Humor, 24(1), 21-41.
Chabeli, M. M. (2018). Humor: A pedagogical tool to promote learning. University of Johannesburg, 31(3), 51-59.
Chyquitita, Tica & Winardi, Yonathan & Hidayat, Dylmoon. (2018). Pengaruh brain gym terhadap konsentrasi belajar siswa Kelas IX IPA dalam Pembelajaran Matematika di SMA Tangerang. Jurnal Ilmiah, 14(39).
Cooper, Georgeanne. (2020). Using humor effectively. Teaching Effectiveness Program. University of Oregon.
Conti-Ramsden, G., & Durkin, K. (2012). Language development and assessment in the preschool period. Neuropsychology Review, 22(4), 384-401.
Evelyn Jayapalan. (2021). Humour in a Lecture Session Increases Learning Engagement Among Adult. City University eJournal of Academic Research (CUeJAR), 3(3).
Farhana Bakar & Vijay Kumar. (2019). The use of humour in teaching and learning in higher education classrooms: Lecturers’ perspectives. Journal of English for Academic Purposes, 4(18).
Hairul Aysa Abdul Halim Shitiq & Rohana Mahmud. (2020). Using an Edutainment Approach of Snake and Ladder Game for Teaching Jawi Script. International Conference on Education amd Management Technology (ICEMT 2010), 228-232.
Horace, Hafifi & Mosin, Musirin. (2021). Kaedah Humor dalam Pengajaran oleh Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah: Satu Kajian Fenomenologi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6, 63-70.
Ismail, A. R., Ismail, N. I., & Zakaria, N. H. (2018). Penggunaan humor dalam meningkatkan penguasaan kosakata dan tatabahasa Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun Satu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 44-56.
Kamal, M. A. M., & Asmawi, A. (2018). A review on the strategies for teaching and learning of Malay language for non-native speakers. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(10), 1418-1433.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pekeliling Ikhtisas Bilang 2 Tahun 2010. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011.
Khalid, M. A., Jalaluddin, M. A., Abdul Halim, N., & Shabudin, S. (2021). The Effectiveness of Using Humor in Language Learning: A Systematic Review. Journal of Language and Communication, 8(1), 1-10.
Koay, K. L., Abdul Rahman, N. H., & Hashim, R. (2018). Enhancing Learning Motivation through Humor: A Study of Tertiary Students Learning Malay Language. International Journal of Asian Social Science, 8(12), 1037-1044.
Krejcie, R.V. and Morgan, D.W. (1970) Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Low, L., Goodenough, B., Fletcher, J., Xu, K., Casey, A., Chenoweth, L.,Brodaty, H. (2014). The effects of human therapy on nursing home residents measured using observational methods: The SMILE cluster randomized trial. Journal of the American Medical Directors Association, 15, 564–569.
Martin Daumiller, Sonja Bieg, Oliver Dickhauser & Markus Dresel. (2019). Humor in university teaching: role of teachers’ achievement goals and self-efficacy for their use of content-related humor. Jerman.
Malikow, M. (2017). Staying motivated and avoiding burnout. ERIC Document Reproduction, 33(1), 122-126.
Mazlan Ismail. (2018). Pengajaran bahasa melayu, didik hibur dan seni bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.
Melvin L. Silberman (2017). The Handbook of Experiential Learning. New York, United States: John Wiley & Sons Inc.
Mohamed Amin Embi, Nurul Farhana Low Abdullah, & Zuraina Ali. (2018). Mengaplikasikan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Linguistik, 22(1), 84-99.
Mohd Izzuddin Akmal Bin Rusmin. (2021). Keberkesanan nyanyian melodi ria untuk meningkatkan kemahiran mengingat nama 10 malaikat bagi murid Tahun 2 Delima SK Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
Mohd Razak Mohd Nordin. & Masitah Ahmad. (2019). Pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap dan minat murid Orang Asli di negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 9, 100- 120.
Mielonen, A. M. & Paterson, W. (2019). Developing literacy through play. Journal of Inquiry & Action in Education, 3(1).
Mohamed Amin Embi, Nurul Farhana Low Abdullah, & Zuraina Ali. (2018). Mengaplikasikan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Linguistik, 22(1), 84-99.
Morreall, J. (2017). Humor Works. Massachusetts: Human Resource Development Press.
Moshe Machlev & Nancy J. Karlin. (2017). The relationship between instructor use of different types of humor and student interest in course material. Colorado.
Norhaya Isa. (2018). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru pendidikan islam sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nguyen, H. (2017). The use of humor in EFL teaching: A case study of Vietnamese university teachers’ and students’ perceptions and practices. University of Canberra, Australia.
Nik Safiah Karim. (2014). Penggunaan Humor dalam Pembelajaran Bahasa. Jurnal Bahasa, 14(2), 129-139.
Norizan Abdul Razak, Khairul Azman Md Yasin, & Abd Rahim Abu Bakar. (2019). The use of humor in the Malaysian ESL classroom. The English Teacher, 48(1), 49-61.
Nurul Husna Mohd Sabri, Norazah Mohd Nordin, & Siti Aisyah Yusof. (2022). The effect of humor in teaching and learning Malay language among primary school students. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 12(2), 539-548.
Oring, E. (2021). Engaging humor. University of Illinois Press.
Powers, T. (2005). Engaging students with humor. Observer, 18(12) 13-24.
Roberts Dilts. & Jennifer Dilts. 2019. Strategi mengatasi kesulitan konsentrasi anak. Jakarta: Prestasi Pustaka
Ruch, W., & Heintz, S. (2020). Humor styles, mental health, and well-being in the midst of the COVID-19 pandemic: A Swiss-German study. Humor: International Journal of Humor Research, 33(1), 1-16.
Sadia Margoob. (2017). Effectiveness of humor in English Language Learning: Bangladeshi perspective English and Humanities Department. BRAC University
Saharuddin, N., Yusoff, N. M., & Ismail, N. I. (2018). Penggunaan Teknik Integrasi Humor Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Murid. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 61-74.
Shahzad, F., Parveen, F., & Asghar, H. M. (2018). Impact of noise and temperature on students’ concentration level: A case study of university classrooms. Journal ofCleaner Production, 174, 1202-1210.
Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah and Mokhtar Nawawi. (2018). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Universiti Putra Malaysia: Serdang. Asia Pacific Journal of Educators andEducation, 26(1), 125–144.
Shaliza Azreen Mohd Hatta, Siti Hajar Halili, & Fazilah Idris. (2020). The use of humor in teaching Malay language for foreign speakers. The Online Journal of Language Studies, 20(1), 171-185.
Samson, A., & Antonelli, Y. (2019). Humor as character strength and its relation to life satisfaction and happiness in Autism Spectrum Disorders. Humor, 26, 477–491.
Stopsky, F. (2019). Humor in the classroom: A new approach to critical thinking. Discovery Enterprises.
Sufi Amin Salmee, & Marina Mohd. Arif. (2019). A study on the use of humour in motivating students to learn English. Universiti Teknologi MARA: Selangor.
Thursan Hakim; Benedicta S. Florensia. (2018). Mengatasi gangguan konsentrasi: plus teknik-teknik latihan konsentrasi. Jakarta: Puspa Swara.
Wan Norhasniah Wan Husin, Norlida Ahmad, Mohd Hanafi Mohd Yasin, and Aminuddin Yusof. (2014). The Relationship between Humour and Students’ Motivation in English Language Learning. International Education Studies, 7(5), 105-111.
Published
2023-03-31
How to Cite
AG. KATI, Nornikman; AMRAN, Muhammad Syawal. Amalan Humor Guru dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Ingatan Belajar Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 316-328, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21862>. Date accessed: 03 oct. 2023.
Section
Articles