Keberkesanan Teknik Pistum untuk Meningkatkan Penguasaan Perumpamaan dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Abstract
Peribahasa merupakan tajuk pembelajaran yang kurang mendapat perhatian dalam kalangan murid kerana memerlukan pemikiran yang kreatif serta kritis untuk merungkai maknanya. Kajian ini dijalankan untuk murid mengenal pasti keberkesanan teknik PISTUM dan meneroka minat serta pengetahuan murid berkaitan perumpamaan. Kajian ini melibatkan empat orang peserta kajian, iaitu tiga orang murid dalam tahun 5 dan seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji merupakan kajian kes sementara teori Relevans menjadi garis panduan utama kajian bagi menjawab persoalan kajian. Data kajian kualitatif ini dikumpul dengan menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Inovasi teknik PISTUM telah diperkenalkan bagi membantu murid mengingati dan memahami perumpamaan dengan lebih mudah. Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian, iaitu murid dapat mengaplikasi teknik PISTUM dalam mengingati perumpamaan dan memahami maknanya. Murid juga mempunyai minat dan pengetahuan yang tinggi berkaitan perumpamaan selepas pengaplikasian teknik PISTUM. Dapatan kajian juga telah memberi impak kepada murid dari segi meningkatkan kemahiran bertutur dan menulis, mempelbagaikan teknik pengajaran yang lebih menarik serta menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, pengkaji berharap inovasi teknik PISTUM dapat membantu murid menguasai peribahasa, iaitu perumpamaan dan menjadi pemacu dalam usaha melestarikan peribahasa sebagai warisan bangsa.
References
Ani Haji Omar. (2018). Keindahan peribahasa cerminan peribadi insan. Selangor: PTS Akademia Sdn. Bhd.
Faridah Abdul Rashid. (2019). Cabaran penyelidikan dan pendidikan dalam era digital. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Fauziah Ibrahim et al. (2019). Penulisan tesis kajian kualitatif dan kuantitatif. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Ghazali Darussalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: Amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Junaidi Kasdan. (2017). Teknik ikan (PISCES) dalam peribahasa Melayu. Journal of language studies. 7-9.
Juraimi Samsani. (2019). Teknik TAKTIC membantu pengajaran dan pembelajaran simpulan bahasa. Jurnal kajian tindakan guru. 20-25.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad Yazed. (2018). Teknik ilustrasi meningkatkan amalan guru dalam membantu murid Tahun 4 memberi maksud simpulan bahasa. Jurnal kajian tindakan guru. 17-19.
Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. (2018). Remaja Malaysia dan peribahasa Melayu. Kajian Pendidikan Bahasa Melayu. 158 – 172.
Noraini Ishak & Mascitah Mansor. (2018). Peribahasa: Gambaran minda Melayu dalam penciptaan iklan. Jurnal Dewan Bahasa. 14-18.
Ridzuan Md Nasir. (2018). Melestarikan peribahasa sebagai warisan melalui pendekatan alternatif dalam pendidikan bahasa Melayu. Jurnal kajian tindakan pendidikan. 8-9.
Ruslan et al. (2018). Kerja lapangan teknik, prosedur dan aplikasi dalam geografi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Siti Fadhilah. (2015). Belajar peribahasa melalui penggunaan teknik penceritaan dan perisian comic life. Jurnal kajian tindakan guru. 15-19.
Zaid Mohd & Suhaila Idris. (2015). Kajian persamaan makna peribahasa Melayu dan peribahasa Jepun. Jurnal pendidikan. 10-12.