Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Abstract
Abstrak: Kajian dilaksanakan untuk mendalami proses pelaksanaan penskoran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Melayu sekolah rendah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan perbezaan kaedah pelaksanaan penskoran Tahap Penguasaan (TP) murid bagi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan guru luar bandar dan pedalaman. Kajian ini merupakan kajian kes berbentuk kualitatif. Peserta kajian terdiri daripada 2 orang guru dari sekolah luar bandar dan pedalaman di daerah Beluran, Sabah. Kajian ini melibatkan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual bagi pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kajian melaksanakan penskoran PBD bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Melayu mengikut garis panduan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun begitu, terdapat perbezaan dari aspek pengetahuan, pemahaman dan pelaksanaan penskoran PBD bagi kedua-dua peserta kajian. Hal ini disebabkan kurangnya pengetahuan dan pemahaman peserta-peserta kajian dalam melaksanakan PBD terutamanya dari aspek Standard Prestasi (SPi) kemahiran mendengar dan bertutur yang merupakan indikator utama dalam menentukan TP murid-murid. Melalui kajian ini, diharapkan lebih banyak latihan dan kursus diberikan kepada guru-guru secara langsung mengenai penskoran PBD kemahiran mendengar dan bertutur bagi memastikan matlamat kurikulum pendidikan di Malaysia tercapai.
Abstract: The study was carried out to deepen the implementation process of Classroom Assessment (PBD) for primary school Malay listening and speaking skills. In addition, this study aims to explain the difference in the method of scoring students' Mastery Level (TP) for listening and speaking skills among rural and inland teachers. This study is a qualitative case study. The study participants consisted of 2 teachers from rural and rural schools in Beluran district, Sabah. This study involves observation methods, document analysis and interviews for data collection. The results of the study show that both study participants performed the PBD scoring for listening and speaking skills in Malay according to the guidelines recommended by the Malaysian Ministry of Education (KPM). However, there are differences in terms of knowledge, understanding and implementation of PBD scoring for both study participants. This is due to the lack of knowledge and understanding of the study participants in implementing PBD, especially from the aspect of Standard Performance (SPi) of listening and speaking skills which is the main indicator in determining students' TP. Through this study, it is hoped that more training and courses will be given to teachers directly on the PBD scoring of listening and speaking skills to ensure that the goals of the education curriculum in Malaysia are achieved.
References
Anniliza Mohd Isa, Al-Amin Mydin, Abdul Ghani Kanesan Abdullah & Wan Fadhlurrahman W. Md. Rasidi. (2020). Tranformasi Pendidikan tahap 1: Peperiksaan ke Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), kesan terhadap autonomi guru. Transformasi pendidikan tahap 1: Peperiksaan ke pentaksiran bilik darjah (PBD), kesan terhadap autonomi guru. In Nurul Fadly Habidin, Tuan Waheda Tuan Chik, Sharon Yong Yee Ong, Ummu Aiman Muhammad, & Nursyazwani Mohd Fuzi, Isu dan Cabaran dalam Pendidikan: Strategi dan Inovasi (218–231). Kaizentrenovation Sdn. Bhd.
Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran Dan Pentaksiran Dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152–161. https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.1.175
Elfia Sukma, Ritawati Mahyudin, Rahmatinda & Ari Suriani. (2019). Problems in Oral Language Teaching in Primary School. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 301, 379-383.
Faizah A. Majid. (2011). School-based assessment in Malaysia schools: The concerns of the English teacher. Journal of US-China Education Review, 8(10): 1548 - 6613.
Ferguson-Patrick, K. (2009). Cooperative learning and quality teaching: Early career teachers striving for quality. A paper presented at the 16th International Conference on Learning, Barcelona, July 1-4, 2009.
Joohari Ariffin & Arumugham, K. S. (2021). Pemansuhan ujian penilaian sekolah rendah dan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah: Satu tinjauan dalam kalangan guru besar. Asian People Journal, 4(2), 80-89.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018a). Panduan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018b). Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi Murid Tahap 1. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. https://doi.org/.1037//0033-2909.I26.1.78
Liu, J. & Li, X. (2020). Assessing Young English Learners: Language Assessment Literacy of Chinese Primary School English Teachers. International Journal of TESOL Studies,
2 (4), 36-49.
Mahaya Salleh, Azizah Sarkowi, Mohd Fairuz Jaafar, Zakaria Mohd Arif & Hariyanti Abd Hamid. (2019). Tahap Literasi Guru Terhadap Pendekatan Dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Journal of Chemical Information and Modeling, 9, 12-24.
Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah Othman. (2019). Isu dan permasalahan pentaksiran alternatif dalam sistem penilaian di Malaysia. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4: 337-350.
Noor Su’adah Mohd Nawawi. (2014). Integriti guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah luar bandar Kulaijaya. Tesis Sarjana Pendidikan. Tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Nora’azian Nahar & Fadzilah Abd Rahman. (2018). Tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 8 (1), 74-83
Norazilawati Abdullah, Wong, K-T, Syaza Hazwani Zaini, Siti Rahaimah Ali & Mazarul Hasan. (2020). Science teacher’s teaching practise in the implementation of 21st century education in classroom. PalArch's Journal of Archaeology of Egypt/Egyptology, 17(9), 933-941.
Ruzlan Md Ali & Arsaythamby, V. (2017). Teachers’ autonomy and accountability in assessing Students’ physical education in school-based assessment. In I. H. Amzat & N. P. Valdez (Eds.), Teacher development and towards professional empowerment practices perspectives ccross borders (p. 71). Spinger
Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap Dan Masalah Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 56-67.
Sufean Hussin & Ghazali Darusalam. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan (2nd ed.). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Yuh, T. J. & Kenayathulla, H. B. (2020). Pentaksiran Bilik Darjah Dan Prestasi Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3),70–90.
Zainun Mustafa & Nooraida Yakob. (2021). Aliran dan Dimensi Penilaian Program Pendidikan. Melaka: SYFE Management Sdn Bhd.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010). Pentaksiran Bilik Darjah: Panduan untuk guru Bahasa Melayu, Inggeris, dan Arab. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.