Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19

  • Sivakhami K. Ganesan
  • Norazah Mohd Nordin

Abstract

Pembelajaran secara dalam talian (PdPc) ialah kaedah pembelajaran semasa pandemik Covid-19 yang mencabar dunia pendidikan di seluruh dunia. Makan, tujuan kajian ini dilakasankan bagi mengkaji tahap kesediaan dan cabaran pendidik dalam menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa pandemik. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan serta pendekatan kuantitatif dengan gunakan borang soal selidik Google Form untuk mendapatkan data yang diperlukan untuk kajian. Populasi kajian ialah guru-guru di Malaysia, manakala sampel kajian ialah seramai 30 orang guru yang di pilih daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Baru, Melaka yang merupakan sekolah luar bandar. Data dianalisis dengan menggunakan Perisian Statiscal Package for Social Science (SPSS) versi 26 digunakan bagi menganalisis untuk nilai min, sisihan piawai, peratus dan frekuensi secara deskriptif. Dapatan analisis deskriptif bagi tahap kesediaan guru sekolah rendah SJKT Ladang Sungai Baru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian adalah sederhana, manakala tahap cabaran adalah tinggi. Kesimpulanya, guru sekolah rendah luar bandar ini mempunyai kemahiran yang lemah dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian. Kajian ini memberi satu gambaran untuk pihak pentadbir bagi meningkatkan lagi kesediaan guru dan membendung cabaran guru bagi mengelakkan perkara ini berulang pada masa hadapan. Ini bermakna guru juga boleh meningkatkan potensi diri mereka dengan menyertai kursus pendidikan, latihan dan program pembangunan dalam pelbagai platform secara talian, termasuk platform komunikasi dan kolaborasi.


 

References

Ali, W. (2020). Online and remote learning in higher education institutes: A necessity in light of COVID-19 pandemic. . Higher Education Studies, 10(3), 16–25. .
Arifah Prima Satrianingrum, I. P. (2021). Persepsi Guru Dampak Pandemi Covid-19 terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Daring di PAUD. Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, vol 5, no 1.
Asbah Razali, F. A. (2020). Cabaran Masyarakat Hari Ini: Malaysia Dalam Menghadapi Perubahan Sosial Dan Revolusi Industri 4.0. Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Gunawan, G. S. (2020. ). Variations of Models and Learning Platforms for Prospective Teachers During the COVID-19 Pandemic Period. . Indonesian Journal of Teacher Education , 1(2): 61-70.
Kaukab, A. (2018). Effectiveness of Google Glassroom: Teachers’ perceptions. Prizren Social Science Journal , 2(2): 52-56.
Lee, A. (2020). Wuhan Novel Coronavirus (COVID-19): Why Global Control is Challenging? Public Health , 179: A1-A2.
Losius Goliong, A. K. (2020). Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh (PDPCJJ) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). . Pejabat Pendidikan Daerah Ranau. .
Malaysia, K. P. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur.
Ngadi. (2020). “Implikasi Pengajaran dan Pemblajaran atas talian.”.
Nor Amalina, A. H. (2018). Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan Dan Sikap Guru Terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Dalam Mata Pelajaran Sains . Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan. .
Rusdiana, A. A. (2020). POE2WE learning management based on Google Classroom blended learning. Internasional Journal of Psychosociaal Rehabilitation , 24 (8) : 1475-7192.
Siddhartha, B. (2020). Google Classroom for techno-savy teacher and students. Studies In Indian Place Names. (UGC Care Journal) , 40(57): 96-101.
Surat, N. H. (2022). Minat dan Motivasi Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Interaktif dalam Pendidikan Islam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities.
Tamilmullai Thannimalai, S. B. (2021). Cabaran PDPR bahasa Tamil di sekolah luar bandar [Challenges of Tamil language PDPR in rural schools] . MJSSH.
Wok, M. S. (2018). Tinjauan tentang pengetahuan dan penerimaan terhadap pembelajaran.
Zuraida Baharuddin, S. J. 2019. The Role of teacher Readiness as Mediator in the Development
of ICT Competency in Pahang Primary School. Journal of Educational Research and
Indigeneous Studies.Volume 2(1).
Published
2023-03-01
How to Cite
K. GANESAN, Sivakhami; MOHD NORDIN, Norazah. Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 113-122, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21673>. Date accessed: 28 feb. 2024.
Section
Articles