Pengetahuan Sistem Komunikasi Bergambar (PECS) dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran
Abstract
Sistem Komunikasi Bergambar (PECS) merupakan satu sistem Komunikasi Gantian dan Bantuan (AAC) yang memungkinkan individu menggunakan kad-kad gambar untuk berkomunikasi. Jadi, guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) masalah pembelajaran turut tidak ketinggalan untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan mengenai PECS untuk mendidik murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (MBPKBP) yang mempunyai pertuturan terhad. Objektif kajian adalah untuk meninjau tahap pengetahuan guru PPKI masalah pembelajaran mengenai PECS berdasarkan demografi. Reka bentuk kajian ialah kajian kuantitatif jenis tinjauan. Model Shulman (1987) dan teori kesedaran kendiri (Duval & Wicklund 1972) telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 113 orang guru PPKI masalah pembelajaran peringkat sekolah rendah di daerah Gombak, Selangor telah dipilih sebagai sampel kajian melalui teknik persampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik adaptasi dari Instrumen Pengetahuan PECS yang dibina oleh Alsayedhassan et al. dengan nilai alpha Cronbach 0.98. Soal selidik dalam bentuk ‘google form’ disebarkan dalam talian. Data kajian dianalisis melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan PECS dalam kalangan responden adalah sederhana dan analisis ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan responden mengenai PECS berdasarkan pengalaman mengajar di PPKI serta tahap pendidikan. Didapati bahawa pengalaman mengajar di PPKI dan tahap pendidikan bukan faktor yang boleh mempengaruhi tahap pengetahuan PECS dalam kalangan guru PPKI masalah pembelajaran. Dicadangkan kajian lanjutan melihat perbezaan tahap pengetahuan PECS di antara guru PPKI dengan ahli terapi. Kesimpulannya, diharapkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bekerjasama dengan pakar AAC untuk mendedahkan pengetahuan PECS kepada guru PPKI masalah pembelajaran secara berterusan supaya mereka mampu mengajar MBPKBP yang mengalami pertuturan terhad menggunakan PECS untuk berkomunikasi dengan efektif dalam kehidupan seharian.
References
Alsayedhassan, B., Banda, D. R., Kim, Youngmin, Lee, Jaehoon & Griffin-Shirley, R. (2019). Practitioners’ perceptions of the picture exchange communication system for children with autism. Disability and Rehabilitation, 43 (2), 211-216.
Andzik, N. R., Chung, Y. C., Doneski-Nicol, J., Dollarhide, C. T. (2019). AAC services in schools: A special educator’s perspective. International Journal of Developmental Disabilities 65(2), 89-97.
Bazain, D. M. & Bari, S. (2017). Komunikasi menggunakan PECS kepada murid Sindrom Rubinstein-Taybi. Jurnal Penelitian Dan Pengembangan Pendidikan Luar Biasa 4(1), 29-31.
Bondy, A., Horton, C. & Frost, L. (2020). Promoting functional communication within the home. Behavior Analysis in Practice, 13, 321-328.
Brignell, A., Chenausky, K. V., Song, H., Zhu, J., Suo, C., Morgan, A. T. (2018). Communication interventions for autism spectrum disorder in minimally verbal children. Cochrane Database of Systematic Reviews, 11, 1-74.
Cagliani, R., Ayres, K., Whiteside, E. & Ringdahl, J. (2017). Picture Exchange Communication System and delay to reinforcement. Journal of Developmental and Physical Disabilities, 29, 925-939.
Chua, B. Y. E. & Poon, K. K. (2018). Studying the implementation of PECS in a naturalistic special education school setting. Educational & Child Psychology, 60-75.
Chu, S. Y., Khoong, E. S. Q., Ismail, F. N. M., Altaher, A. M., & Razak, R. A. (2019). Speech-language pathology in Malaysia: Perspectives and challenges. Perspectives of the ASHA Special Interest Groups, 4(5), 1162-1166.
Dionesius, A. R., Esti, W. & Wahidyanti, R. (2017). Effect of PECS (Picture Exchange Communication System) on social interaction development in autistic children. Nursing News, 2, 801-810.
Doherty, A., Bracken, M. & Gormley, L. (2018). Teaching children with autism to initiate and respond to peer mands using Picture Exchange Communication System (PECS). Behavior Analysis in Practice, 11, 279-288.
Fonte, M. A. D., Boesch, M. C., DeLuca, E. R., Papp, S. K., Mohler, A. E., Holmes, E. E., Clouse, K. A., Young R. D. & Urbano, R. (2022). Current preparation status in AAC: perspectives of special education teachers in the United States. Augmentative and Alternative Communication, 38(1), 29-40.
Hu, Xiao Yi & Lee, G. (2018). Effects of PECS on the emergence of vocal mands and the reduction of aggressive behavior across settings for a child with autism. Behavioral Disorders, 44(4), 215-226.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia yang tidak diterbitkan.
Jesus, J. C., Oliveria, T. & Vieira de Rezende, J. (2017). Generalization of mands learned by PECS (Picture Exchange Communication System) in children with autism. Trends in Psychology / Temas em, 25, 531-543.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kjercie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Nik Hassan Seman, Mustafa Che Omar, Abdullah Yusoff & Mohd Yusof Abdullah. (2016). Analisis Permasalahan Pelajar Cacat Pendengaran dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia. Jurnal Ilmi, 6, 105-124.
Noor Aini Ahmad. (2017). Penggunaan komunikasi augmentatif dan alternatif dalam persekitaran murid bermasalah pembelajaran tanpa komunikasi. Jurnal Penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif ,1-12.
Noor Aini Ahmad, Zamri Mahamod & Zahara Aziz. (2012). Pengajaran komunikasi bagi murid-murid berkeperluan khas teruk. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2), 11-18.
Påhlman, M., Gillberg, C., & Himmelmann, K. (2019). One-third of school-aged children with cerebral palsy have neuropsychiatric impairments in a population-based study. Acta Paediatrica, Early View, 108(11), 2048-2055.
Pavelko, S. L. (2018). Language and children with intellectual disabilities. Dlm. V. A. Reed (pnyt.). An Introduction to Children with Language Disorders, hlm 215–234. Boston, MA: Pearson.
Salman Gurmalah Almalki. (2021). Special education teachers’ perceptions of using Picture Exchange Communication System in teaching children with autism in Saudi Arabia. Tesis Doktor Falsafah, Saint Louis University.
Shuhada Abdul Ghani & Suziyani Mohamed. (2019). Level of augmentative and alternative communication knowledge and skills among special education teachers for autistic students in primary school. Journal of ICSAR, 3(1), 37-42.
Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4-14.
Singh, S. J., Zhi, Z. D., Rahayu Mustaffa Kamal. (2020). Malaysian teachers' experience using augmentative and alternative communication with students.
Augmentative and Alternative Communication, 36(2), 107-117.
Tager-Flusberg, H., & Kasari, C. (2013). Minimally verbal school-aged children with autism spectrum disorder: The neglected end of the spectrum. Autism Research, 6(6), 468-478.
Widuri Jusoh & Rosadah Abd Majid. (2017). Using Picture Exchange Communication System to improve speech utterance among children with autism. Journal of ICSAR, 1 (1), 46-49.