Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Menengah

  • Chintela Tenggok FAKULTI PENDIDIKAN UKM
  • Nor Azwahanum Nor Shaid

Abstract

Kesalahan bahasa dalam penulisan karangan amat tidak asing dalam kalangan murid lebih-lebih lagi murid bukan penutur natif bahasa Melayu. Seramai 28 orang murid Iban tingkatan dua dari sebuah sekolah di Bintulu telah dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Dalam kajian ini, responden diminta untuk melengkapkan karangan naratif selama 45 minit. Hasil dapatan menunjukkan kesalahan aspek tanda baca seperti penggunaan tanda baca nokhtah dan koma pada tempat yang tidak tepat dalam ayat merupakan kesalahan yang paling tinggi dilakukan oleh responden yang terlibat. Kesalahan lain yang telah dikenal pasti adalah penggunaan imbuhan yang kurang tepat berdasarkan frasa yang ditulis. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati penulisan karangan bahasa Melayu murid Iban adalah pada tahap yang kurang memberangsangkan dan perlu digarap dengan lebih baik lagi. Oleh hal yang demikian, guru bahasa Melayu khususnya memainkan peranan yang amat penting agar murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan lebih baik dengan menitik berat asas kemahiran menulis. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kelemahan penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif bahasa Melayu.

References

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12.
Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria. (2019). Faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 7(3), 23–30.
Angela Pamela Anak Singi & Zamri Mahamod. (2019). Penggunaan cerita kartun untuk meningkatkan pencapaian kemahiran menulis jenis cerita murid Kenyah. Proceeding: International Conference on Education, Language and Psychology (ICELP 2019), 167–178. Kelantan: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd.
Anthony Aloysius & Yahya Othman. (2017). Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 44–45.
Awang Had Salleh. (1985). Adat Sopan dan Budi Bahasa. Bandar Darulaman UUM. Penerbitan Sesukala.
Chew F. P. (2016). Masalah pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu –JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEL), 6(2), 10-22.
Hassan Ahmad. (2001). Akal dan Budi. Dewan Budaya. Julai, 42-43.
Mary Ganam, Yahya Othman & Zamri Mahamod. (2017). Terampil pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Dusun daerah Tuaran. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah & Sarawak (Eksekutif) Kali Ke-6, 201, 365–384. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nahar, N. (2020). Penguasaan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif di sekolah jenis kebangsaan (SJK). Issues In Language Studies, 9(1),107-123.
Noor Habsah Ali. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu sebagai bahasa Kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Malay Language Education Journal (MyLEJ), 8(1), 33-41.
Norsimah Mat Awal, Nadrah Abu Bakar, & Norhashimah Jalaluddin. (2012). Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua: Pengungkapan idea dalam penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Melayu, 9, 227-240.
Shaline Sanmugam & Alizah Lambri. (2021). Keberkesanan strategi pembelajaran peribahasa bahasa Melayu menggunakan bahan multimodal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2), 80-87.
Syed Ali, Aman Shah, Mahamod, Zamri & Mis, Mohammed. (2021). Masalah penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif di sekolah rendah. Konferen Konvensyen Bahasa Melayu 2021. IPG Kampus Bahasa Melayu.
Yong Chyn Chye & Vijayaletchumy. (2012). Analisis Kesilapan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Pelajar Asing. Journal of Language Studies.Volume 12(2).
Zanariah Abdol. (2016). Peribahasa WATAFA. Edisi Keempat. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Published
2023-03-31
How to Cite
TENGGOK, Chintela; NOR SHAID, Nor Azwahanum. Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Menengah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 329-345, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21496>. Date accessed: 03 oct. 2023.
Section
Articles