Video Animasi Operasi Asas Topik Algebra: Satu Kajian Kuasi-Eksperimen terhadap Pencapaian Matematik Murid Tingkatan 1
Abstract
Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk menguji kesan penggunaan video animasi operasi tambah tolak terhadap pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra. Pendekatan kuantitatif berbentuk kuasi – eksperimen telah digunakan di dalam kajian ini. Seramai 67 orang murid dipilih daripada dua buah kelas Tingkatan 1 di sebuah Sekolah Menengah Harian di daerah Kuala Selangor, Selangor. Murid daripada kumpulan rawatan menjalani kaedah pembelajaran menggunakan video animasi operasi tambah tolak manakala murid daripada kumpulan kawalan telah melalui proses PdPc secara konvensional. Kajian ini menggunakan enam video animasi kepada kumpulan rawatan serta instrumen yang digunakan kepada kedua – dua kumpulan adalah ujian pra dan ujian pasca. Nilai Indeks Kesahan Kandungan Item (I – CVI) yang diperoleh daripada dua orang pakar penilai adalah 1.00 bagi video animasi dan instrumen. Manakala, nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperoleh daripada kajian rintis berada pada tahap yang tinggi iaitu 0.889. Dapatan kajian berdasarkan analisis ujian – t membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor kumpulan rawatan (min = 75.450, sp = 10.852) dan kumpulan kawalan (min = 49.710, sp = 11.074); t(65) = -9.609, p < 0.05. Kesimpulannya, murid – murid berupaya meningkatkan pencapaian Matematik mereka dengan menggunakan video animasi operasi tambah tolak ini sebagai bahan pembelajaran berbanding pembelajaran secara konvensional. Implikasi kajian juga menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan video animasi operasi tambah tolak ini adalah sesuai dipraktikkan bagi meningkatkan pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra.
References
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Malaysia: McGraw – Hill.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fatin Shaffawati Ab Ghani & Harun Baharudin. (2016). Pendekatan ‘Mobile Learning’ Dalam Meningkatkan Motivasi Pelajar. Kolokium Pendidikan Bahasa Arab. Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Kebangsaan Malaysia.
Hadijah. (2019). Keberkesanan Pendekatan Konstruktivisme Dalam Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Matematik Pelajar Sekolah Menengah Pertama. [Tesis Sarjana yang diterbitkan]. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Herman, D. S. (2015). The Effects Of Multimedia And Learning Style On Student Achievement In Online Electronics Course. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology.
Ilinadia Jamil. (2021). Video Animasi Sebagai Medium Pembelajaran Dan Pendekatan Kreatif Terhadap Kesedaran Covid – 19 Bagi Pelajar Dalam Sesi Pembelajaran Terbuka Dan Jarak Jauh. International Journal of Art & Design, 5(1), 1 – 13.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) Dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lynn, M.R. (1986). Determination And Quantification Of Content Validity. Nursing Research, 35(6), 382 – 385.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2023. (2013). Education, 27(1), 1 – 268.
Rafidah Adnan & Effendi Ewan. (2019). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen I – CGPKM menggunakan model Rasch. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yoong Ying Qi & NurFaradilla Mohamad Nasri. (2021). Analisis Kesilapan Newman Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 373 – 380.