Pembelajaran Terbeza Dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Sekolah Rendah

  • Ainnieda Lataq Impak Sekolah Kebangsaan Kuala Kebulu
  • Nor Azwahanum Nor Shaid

Abstract

Dalam mendepani arus teknologi dan komunikasi, dunia pendidikan yang dinamik menuntut perubahan pendekatan pengajaran seperti pembelajaran terbeza. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah. Selain itu, matlamat kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar.Seramai 172 orang guru bahasa Melayu di zon Bintulu yang melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh telah menjadi responden kajian. Satu kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 30 orang guru Bahasa Melayu yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan 20 item soal selidik menunjukkan nilai yang tinggi, iaitu alpha Cronbach = 0.856. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0 digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru mempunyai min yang tinggi manakala analisis ujian t dan ANOVA sehala memaparkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru bagi aspek jantina dan pengalaman mengajar. Implikasi kajian ini agar dapat memberi manfaat kepada guru bahasa Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran kemahiran membaca yang lebih efektif dan merapatkan jurang pencapaian murid di bandar mahupun luar bandar.

References

Ain Nur Atika Agus.(2021). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru bahasa melayu
dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.11(1) : 75-87.
Aminah Jekri & Crispina Gregory K Han. (2020). Pengaruh Pengalaman Mengajar
dalam Pengetahuan, Motivasi dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran STEM. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia . 10(2):45-56.
Danial Arif Abdul Muttalip. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza
Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Yang Mengajar Di Sekolah Rendah Pedalaman Kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2), 29-42.
Fadilla Layang & Zamri Mahamod.(2019). Tahap Pengetahuan, kesediaan dan sikap
guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia 44 (1): 37-44.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2022). Metodologi Penyelidikan dalam
pendidikan. Amalan dan analisis kajian. Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia.( 2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025. Kuala Lumpur :Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Gelombang 2:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia.( 2019). Manual Pembelajaran Terbeza Pegawai-
Pegawai Sisc+. Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan. (2023). Objektif Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
https://www.moe.gov.my/korporat/jabatan/jabatan-pendidikan-melaka. [12 Disember 2023].
Lavania, M., & Mohamad Nor, F. (2021). Factors influencing the implementation of
differentiated instruction in English language instruction in rural and urban secondary schools of Johor Bahru. Creative Education 12: 1235–1246.
Mazura Sulaiman & Wak,C.W. (2018). Tinjauan tentang Pengetahuan dan Penerimaan
terhadap Pengajaran Terbeza dalam Kalangan Siswa Pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
Melesse, T.(2016). Differentiated instruction: Perceptions, practices and challenges of
primary school teachers. Science, Technology and Arts Research J, 4(3), 253-264.
Mohd Rohiman Subri,Azlinda Boheran Nudin & Ismail Ebrahim .( 2022). Pelaksanaan
Pengajaran Guru Bahasa Melayu Berteraskan KPMPerkasaKU: Satu Kajian Kes. Jurnal Dunia Pendidikan . 4(1): 419-427.
Mohd Qhairil Anwar Azahar & Zamri Mahamod. (2018). Tahap perbezaan
pengetahuan, sikap dan amalan menggunakan enam topi pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (2): 13-24.
Muhamad Nanang Suprayogi, Valcke, M., & Godwin, R. (2017). Teachers and their
implementation of differentiated instruction in the classroom. Teaching and Teacher Education. 67: 291–30.
Ngo Jie Seng. (2020). Perbezaan Jantina Dan Pengalaman Mengajar Guru Bahasa
Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Terhadap Pengajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 10(2):82-92
Rathaneswaary Derbala & Ruhizan M. Yasin. (2022). Tahap Pengetahuan, Penerimaan,
Kesediaan dan Amalan Pengajaran Guru Pemulihan Khas Terhadap Pengajaran Terbeza. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 7(4):1-20
Safiek Mokhlis. (2021). Persepsi dan Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza
Dalam Kalangan Guru Prasekolah: Satu Tinjauan Awal. Borneo International Journal 4(3) : 9-18.
Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid.( 2017). Pengintegrasian blended learning dalam
pembelajaran persekitaran maya Frog (VLE Frog). Dlm. Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & Nurul Syaida Md Zuki.(Editor).
Zamri Mahamod. (2018). Pemikiran Inventif dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa. Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod & Christine Linsah. (2018). Perbezaan Jantina, Tahap Pengetahuan
dan Penerimaan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think dengan Penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua Pelajar Etnik Bidayuh. MAHAWANGSA. 5 (1): 423 – 434.
Zelalem, A. , Melesse, S. & Seifu,A. (2022). Teacher educators’ self-efficacy and
perceived practices of differentiated instruction in Ethiopian primary teacher education programs: Teacher education colleges in Amhara regional state in focus. Cogent Education , 9:1-22.
Published
2023-03-01
How to Cite
LATAQ IMPAK, Ainnieda; NOR SHAID, Nor Azwahanum. Pembelajaran Terbeza Dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 205-216, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21468>. Date accessed: 10 june 2023.
Section
Articles