Amalan dan Masalah Pendekatan Pengajaran Terbeza Berpandukan MoLIB oleh Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan

  • Jessica Michael

Abstract

Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka amalan pendekatan pengajaran terbeza berpandukan Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) dan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu Tahap 1 sekolah rendah kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan pensampelan secara bertujuan. Seramai enam orang guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahap 1 dari enam buah sekolah rendah kebangsaan dipilih sebagai peserta kajian. Lokasi sekolah-sekolah peserta-peserta kajian ini adalah di tiga buah sekolah rendah luar bandar dan tiga buah sekolah rendah bandar di Kuching, Sarawak. Alat pengumpulan data kajian ini ialah secara temu bual yang kemudiannya dianalisis mengikut pengenalpastian tema-tema yang wujud berdasarkan transkripsi temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu Tahap 1 di sekolah rendah kebangsaan mengamalkan pendekatan pengajaran terbeza berpandukan MoLIB dalam PdP Bahasa Melayu pada tahap yang tinggi demi meningkatkan kefahaman murid pelbagai aras pembelajaran. Kesediaan dan kreativiti guru dari segi perancangan serta pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam bilik darjah mampu meningkatkan penguasaan murid dalam PdP Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu Tahap 1 di sekolah rendah kebangsaan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza dengan efisien dan konsisten. Kesimpulannya, pendekatan pengajaran terbeza ini relevan diaplikasikan dalam PdP Bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan murid yang pelbagai profil pembelajaran serta meningkatkan penguasaan murid mengikut gaya pembelajaran murid secara holistik.


 Kata kunci: pendekatan pengajaran terbeza, Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza, guru Bahasa Melayu Tahap 1, pendekatan pengajaran, sekolah rendah kebangsaan


Abstract: This research was conducted to explore the practices of the differentiated teaching approach based on the Focused and Differentiated Intervention Training Module (MoLIB) and the problems faced by Level 1 Malay language teachers in national primary schools during the teaching and learning (TAL) of Malay Language. The design of this research is qualitative with purposive sampling. A total of six teachers who teach Malay Language Level 1 in six national primary schools were selected as research participants. The locations of the schools of research participants are three rural primary schools and three urban primary schools in Kuching, Sarawak. The data collection tool of this research is via interviews which are then analysed according to the identification of themes that exist based on the transcription of the interviews. The findings of the research show that Level 1 Malay Language teachers in national primary schools practice the differentiated teaching approach based on the MoLIB in Malay Language TAL at a high level to improve the understanding of students at various learning levels. The teacher's readiness and creativity in planning and implementing differentiated teaching approaches in the classroom can increase students' mastery of the Malay Language. However, there are problems faced by Malay Language Level 1 teachers in national primary schools in implementing differentiated teaching approaches efficiently and consistently. In conclusion, this differentiated teaching approach is relevantly applied in Malay Language TAL to meet the needs of students with various learning profiles as well as improve students' mastery according to students' learning styles holistically.


Keywords: differentiated teaching approach, Focused and Differentiated Intervention Training Module, Malay Language Level 1 teacher, teaching approach, national primary school

References

Abd. Khahar Saprani, Hapsah Majid, Zanariah Ibrahim & Lokman Abd Wahid. (2018).
Pedagogi Terbeza: Keadilan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Jilid 11.

Abdul Razaq Ahmad, Ahamad Rahim, Ahmad Ali Seman & Mohamad Johdi Salleh. (2010).
Malaysian Secondary School History Curriculum and Its Contribution Towards Racial Integration. Procedia-Social and Behavioral Sciences. Vol 7.

Ain Nur Atika Agus. (2021). Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu Dalam
Pelaksanaan Pendekatan Terbeza Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 11 (1).

Danial Arif Abdul Muttalip. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza Dalam
Kalangan Guru Bahasa Melayu Yang Mengajar Di Sekolah Rendah Pedalaman Kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 10 (2).

Dixon, F. A., Yssel, N., McConnell, J.M. & Hardin T. (2014). Differentiated Instruction,
Professional Development and Teacher Efficacy. Journal for the Education of the Gifted. Vol. 37(2).



Geviana Gladysha George & Nurfaradilla Mohamad. (2021). Pendekatan Pengajaran Terbeza:
Pengetahuan dan Amalan Guru Kelas Bercantum di Sekolah Kurang Murid (Kajian Literatur Sistematik). Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 484-494.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2020). Modul latihan intervensi berfokus & terbeza
(MoLIB). Cyberjaya.

Kama Shaffeei, Abdul Rahim Razalli, Shamsul Rizal Khalil. (2019). Tahap Amalan Pengajaran
Guru Pendidikan Khas di Malaysia. Seminar Amalan Terbaik PdPc. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Maria S. & Polyxeni, M. (2019). Prospective Kindergarten and Primary School Teachers’
Attitudes and Beliefs on Differentiated Teaching During Their Teaching Practice. Journal of Advanced Research in Social Sciences.

Mohd Asnorhisham Adam. (2017). Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan Dalam
Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 7 (1).

Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar Tahar & Sazali Abd Hamid. (2007).
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Murid-Murid Pemulihan Khas. Conforence Majlis Guru Pendidikan Khas.

Mohd Izani Hashim & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2020). Faktor Ketidaksediaan
Guru Terhadap Pelaksanaan Kelas Bercampur Aras Murid. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol 2 (2).
Ng Lee Ching, Hazura Abdul Rahim & Zubaidah Salamat. (2020). Tahap Amalan
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21): Satu Kajian Kes. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Vol 33 (1).

Nurahimah Mohd Yusof, Mohd Izam Ghazali & Mohd Isha Awang. (2017). Amalan Pedagogi
Berpusatkan Pelajar dan Masalah Yang Dihadapi Guru-Guru Pelatih Program Pensiswazahan Guru untuk Mengamalkan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Semasa Praktikum. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 599–608.

Roa’ani Mohamed & Nor Rul Azlifah Zulkafali. (2021). Keberkesanan Pendekatan Pedagogi
Terbeza (PPT) Dalam PdPc Bahasa Melayu Kelas Peralihan: Satu Kajian Tindakan di Sebuah Sekolah di Kuantan. Journal of Science and Management Research, 68–86.

Tomlinson, C. A. (1999). Differentiation of instruction in the elementary grades. ERIC Digest.
ERIC Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education.

Tulbure, C. (2011). Do Different Learning Styles Require Differentiated Teaching Strategies?
Procedia Social and Behavioral Sciences.

Safiek Mokhlis. (2021). Persepsi dan Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza Dalam
Kalangan Guru Prasekolah: Satu Tinjauan Awal. Borneo International Journal. Vol 4(3), 9-18.

Santangelo, T., & Tomlinson, C. A. (2009). The Application of Differentiated Instruction in
Postsecondary Environments: Benefits, Challenges and Future Directions. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 20(3), 307-323.

Siti Aishah Hassan & Che Suriani Kiflee. (2018). Kaedah Pengajaran Keterbezaan Dalam
Pendidikan Pintar Dan Berbakat. E-Journal Education 7th Edition. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2018). Kepelbagaian pelajar dan
perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ziernwald, L., Hillmayr. D. & Holzberger. D. (2022). Promoting High-Achieving Students
Through Differentiated Instruction in Mixed-Ability Classrooms-A Systematic Review. Journal of Advanced Academics. Vol 33 (4).
Published
2023-03-01
How to Cite
MICHAEL, Jessica. Amalan dan Masalah Pendekatan Pengajaran Terbeza Berpandukan MoLIB oleh Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 1-13, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21438>. Date accessed: 18 jan. 2025.
Section
Articles