Kompetensi Guru Matematik Dalam Pengajaran Topik Pecahan Sekolah Rendah

  • Dahlan Pamuda DAHLAN PAMUDA
  • Muhammad Sofwan Mahmud

Abstract

Kompetensi guru merupakan keupayaan dan kecekapan yang perlu dikuasai oleh seorang guru dalam usaha merealisasikan proses pembelajaran yang meliputi aspek perancangan, pelaksanaan sehingga penilaian pembelajaran. Kompetensi guru yang bermutu tinggi dalam melaksanakan sistem pengajaran akan memberi impak besar dalam kemenjadian murid. Ini memberi gambaran bahawa kompetensi guru merupakan kompenan utama dalam pemindahan isi pengajaran kepada murid. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti cabaran guru matematik dalam pengajaran topik pecahan serta meneroka kompetensi yang diperlukan oleh guru dalam pengajaran matematik bagi topik pecahan sekolah rendah. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang mengaplikasikan pendekatan kajian kes melibatkan enam orang guru matematik sekolah rendah di daerah Dalat, Sarawak sebagai peserta kajian. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kepada kesanggupan guru terlibat dalam kajian secara sukarela, guru opsyen matematik, pengalaman mengajar melebihi 5 tahun dan telah mengajar topik pecahan. Terdapat tiga kaedah kajian yang digunakan dalam mendapatkan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen guru. Keseluruhan data yang telah diperolehi dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa cabaran utama guru matematik dalam pengajaran pecahan adalah disebabkan oleh kurangnya faktor kesediaan murid sebelum sesi pengajaran dilaksanakan. Manakala kompetensi guru matematik dalam pengajaran topik pecahan sekolah rendah adalah pada tahap berupaya memberi impak kepada intelektual murid menguasai isi pengajaran yang disampaikan. Cadangan kajian pada masa hadapan adalah dengan memberi perhatian kepada kompetensi guru dalam kemahiran topik matematik yang lain. Ini bagi menyeimbang dan meningkatkan pencapaian matematik murid dalam semua kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah.

References

Adnan, M., Puteh, M., & Zakaria, E. (2017). Malaysian trainee teachers’ mathematical knowledge of fractions. Science International, 29(4), 953-957.
Apriyasha, F. A., Hidayat, T., & Anita, N. (2019). Pengembangan Media Kit Pembelajaran untuk Siswa Kelas III Sekolah Dasar terhadap Materi Pecahan Sederhana. Jurnal Kajian Pendidikan Matematika (JKPM), 4(2), 163-172.
Azid, N., Hasan, R., Nazarudin, N. F. M., & Md-Ali, R. (2020). Embracing Industrial Revolution 4.0: The Effect of Using Web 2.0 Tools on Primary Schools Students' Mathematics Achievement (Fraction). International Journal of Instruction, 13(3), 711-728.
Bakar, N. F., & Alias, A. (2021). Pengetahuan dan Kemahiran Guru Mengenai Bahan Bantu Mengajar bagi Matematik Awal di Prasekolah [The Knowledge and Skills of Teachers about Teaching Aids for Early Mathematics at Preschool]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 4(4), 124-132.
Boyatzis, R. E. (1982), The Competent Manager: A Model for Effective Performance, John Wiley & Sons, New York, NY
Bryant, D. P., Pfannenstiel, K. H., Bryant, B. R., Roberts, G., Fall, A. M., Nozari, M., & Lee, J. (2021). Improving the Mathematics Performance of Second-Grade Students with Mathematics Difficulties through an Early Numeracy Intervention. Behavior Modification, 45(1), 99-121.
Copur-Gencturk, Y. (2021). Teachers’ conceptual understanding of fraction operations: results from a national sample of elementary school teachers. Educational Studies in Mathematics, 107(3), 525-545.
Darusalam, G., & Hussin, S. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian Edisi Kedua. Penerbit Universiti Malaya.
Deringol, Y. (2019). Misconceptions of Primary School Students about the Subject of Fractions. International Journal of Evaluation and Research in Education, 8(1), 29-38.
Dirgantoro, K. P. S. (2018). Kompetensi guru matematika dalam mengembangkan kompetensi matematis siswa. Scholaria: Jurnal Pendidikan Dan Kebudayaan, 8(2), 157-166.
Hie, Y. H., Samsu, K. H. K., Adnan, Z. H., Awang, M. D., & Ab Halim, A. (2018). Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Akademika 88(2): 95-108.
Huberman, A. M., & Miles, J. S. M. B. (2019). Qualitative data analysis: A methods sourcebook.
Husain, K. (2021). Keberkesanan Teknik Kfc Ke Atas Pencapaian Pelajar Dalam Topik Pecahan Separa. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 13, 72-95
Ismail, A. S., & Mohd Matore, M. E. E. (2020). i-Fractal: Inovasi Manipulatif Pengajaran Pecahan. In 7th International Conference on Islamic Education 2020 (ICIEd 2020) (p. 275).
Jaafar, H. H., & Said, M. H. M. (2019). Inovasi pengajaran untuk menarik minat pelajar menguasai ilmu tajwid. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(6), 1689 - 1699.
Jalinus, N., & Risfendra, R. (2020). Analisis Kemampuan Pedagogi Guru SMK Yang Sedang Mengambil Pendidikan Profesi Guru Dengan Metode Deskriptif Kuantitatif Dan Metode Kualitatif. INVOTEK: Jurnal Inovasi Vokasional Dan Teknologi, 20(1), 37-44.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012
Kamaluddin, M. R., Kamarudin, N. N., Nor, S. N. M., Sathoo, K. D., Meyappan, S., & Ahmad, N. (2021). Penerokaan kefungsian keluarga dalam kalangan banduan muda lelaki Malaysia: Satu kajian kualitatif (Exploring familial function among Malaysian young male prisoners: A qualitative study). Geografia, 17(2).
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2017). Kupasan Mutu Jawapan Matematik UPSR 2016.
Majid, M. Z. A., Hussin, M., & Norman, M. H. (2020). Penilaian kepuasan perkhidmatan pendidikan berdasarkan bangsa di universiti awam Malaysia. Akademika 90(1): 99-111.
Makrufah, E. (2019). Peningkatan Hasil Belajar Matematika Materi Penjumlahan dan Pengurangan Pecahan dengan Menggunakan Strategi Pembelajaran Cooperative Type Numbered Head Together (NHT) Pada Siswa Kelas V MI PERWANIDA Kecamatan Argomulyo Kota Salatiga Tahun Pelajaran 2018/2019 (Doctoral dissertation, IAIN SALATIGA).
Mat, N. H. N., Salleh, H. S., Yusof, Y., Mohamed, W. N., & Noor, N. A. M. (2021). Panduan Penyelidikan Ilmiah: Kaedah dan Penulisan (UUM Press). UUM Press.
Mayasari, E., & Syarif, M. (2018). Strategi Kepala Sekolah dalam Meningkatkan Kompetensi Guru Terhadap Hasil Belajar Siswa di SMA Negeri 1 Peukan Bada Aceh Besar. Fitrah: Jurnal Kajian Ilmu-Ilmu Keislaman, 4(1), 141-164.
Mohd Matore, M. E. E., Hisyamsani, I., Normawati, A. R., & Ahmad Zamri, K. (2017). Kesahan kandungan pakar instrumen IKBAR bagi pengukuran AQ menggunakan nisbah kesahan kandungan. In International Conference on Global Education, pp. 979-997
Najib, M. B. A., Setyosari, P., & Soepriyanto, Y. (2018). Multimedia interaktif untuk belajar penjumlahan dan pengurangan pecahan. JKTP: Jurnal Kajian Teknologi Pendidikan, 1(1), 29-34.
Nurudin, N. (2020, January). Pengaruh persepsi kompetensi guru dan persepsi komunikasi interpersonal guru terhadap prestasi belajar. In Prosiding Seminar Nasional Magister Psikologi Universitas Ahmad Dahlan (pp. 46-57).
Patton, M.Q. (2017). Qualitative Research & Evaluation Methods: Integrating Theory and Practice. BMC Public Health Edisi ke-4, Vol. 5. California: SAGE Publications.
Prast, E. J., Weijer-Bergsma, E. Van de, Kroesbergen, E.H. & Luit, J.E.H. Van. (2018). Differentiated instruction in primary mathematics: effects of teacher professional development on student achievement. Learning and Instruction 54(April 2016): 22–34.
Putri, M. K., & Sudarto, Z. (2019). Studi Desktiptif Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Anak Berkebutuhan Khusus. Jurnal Pendidikan Khusus, 12(3).
Qomalasari, E. N., Karlimah, K., & Respati, R. (2021). Analisis Kebutuhan Pengembangan E-Modul Materi Bilangan Pecahan di Sekolah Dasar. Eduktif: Jurnal Ilmu Pendidikan, 3(4), 1890-1900.
Rahim, A. A., & Mustafa, J. (2021). Pengaruh Sistem Pembelajaran Sepanjang Hayat terhadap Kompetensi Guru di Sekolah. Selangor Humaniora Review, 5(1), 50-73.
Rahman, A. A., Zulkifli, M. S., Hashimee, M., Wazir, A., & Sayed, M. (2019). Tahap kompetensi guru bahasa Arab di SABK DI Malaysia: Satu dimensi. e-BANGI, 16, 1-13.
Rosli, S., Mahmud, S. F., & Azni, M. E. (2022). Mengintegrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Membangunkan Modal Insan Bersepadu. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 86-103.
Saufi, M. (2019). Kompetensi Mahasiswa Sebagai Calon Guru Dalam Menghadapi Era 4.0. Lentera: Jurnal Ilmiah Kependidikan, 14(2), 108-113.
Schreiter, S., Vogel, M., Rehm, M., & Dörfler, T. (2021). Teachers ‘diagnostic judgment regarding the difficulty of fraction tasks: A reconstruction of perceived and processed task characteristics.
Suarjana, M., Parmiti, D. P., & Safitri, P. E. A. (2018). Analisis Kesulitan Siswa dalam Menyelesaikan Operasi Hitung Pecahan Siswa Sekolah Dasar. International Journal of Elementary Education, 2(2), 144-155.
Tangkui, R., & Tan, C. K. (2020). Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital Menggunakan Minecraft: Peningkatan Pencapaian Murid dalam Pecahan? Digital Game-Based Learning Using Minecraft: Enhancement of Pupils’ Achievement in Fractions?. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 75-90.
Tchoshanov, M., Cruz, M. D., Huereca, K., Shakirova, K., Shakirova, L., & Ibragimova, E. N. (2017). Examination of lower secondary mathematics teachers’ content knowledge and its connection to students’ performance. International Journal of Science and Mathematics Education, 15(4), 683-702.
Tight, M. (2017). Understanding case study research: Small-scale research with meaning. (1st edition). London, Sage.
Vinkler, L. (2020). Alternative tools for motivating young primary school students when learning Maths. Journal of process management and new technologies, 8(4).
Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid & Boon Poon Ying. (2018). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru. Selangor: Oxford Fajar.
Yuh, T. J., & Kenayathulla, H. B. (2020). Pentaksiran Bilik Darjah Dan Prestasi Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Hulu Langat, Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3), 70-90.
Published
2023-03-01
How to Cite
PAMUDA, Dahlan; MAHMUD, Muhammad Sofwan. Kompetensi Guru Matematik Dalam Pengajaran Topik Pecahan Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 123-140, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21423>. Date accessed: 10 june 2023.
Section
Articles