Amalan Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah dalam Melaksanakan Pendekatan Pengajaran Terbeza

  • Norhidayah Azni Mohamed Zohomi UKM
  • Zamri Mahamod

Abstract

Kajian ini memfokuskan amalan guru bahasa Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza di kawasan bandar daerah Klang. Dapatan awal mendapati majoriti murid sekolah menengah harian biasa tidak berminat dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas kerana masalah guru yang masih mengajar menggunakan kaedah tradisional. Kesukaran memahami silibus bahasa Melayu kini menyebabkan masalah kegagalan dalam peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan perkara yang baharu lagi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan amalan guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan amalan pendekatan pengajaran terbeza guru bahasa Melayu mengikut jantina lelaki dan perempuan serta pengalaman mengajar guru. Kajian ini akan melibatkan kaedah soal selidik dan tinjauan. Responden untuk kajian ini melibatkan 146 orang guru. Hasil dapatkan kajian dianalisis secara deskriptif iaitu menilai skor min, ujian-T dan korelasi. Implikasi kajian ialah guru Melayu perlu lebih bersedia dan konsisten dalam usaha meningkatkan kemahiran dalam amalan pengajaran terutama menggunakan pendekatan pengajaran terbeza.


 

References

Ain Nur Atika Agus. 2021. Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 11(1). 75-87.
Chua, Y. P. 2006. Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan. Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. 2001. Research Methods in Education (5th ed.). Oxford: Routledge Falmer Publisher.
Danial Arif Abdul Muttalip. 2020. Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu yang Mengajar di Sekolah Rendah Pedalaman Kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 10, Bil. 2
Diana Lawrence-Brown. 2004. Differentiated Instruction:Inclusive Strategies Forstandards-Based Learningthat Benefit The Whole Class. American secondary education 32(3) summer 2004:St. Bonaventure University, St Bonaventure, NY
Halida Jawan & Zamri Mahamod. 2021. Kaedah dan Cabaran Pengajaran Terbeza dalam Meningkatkan Penguasaan Membina Ayat Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol 3(1), 67-77.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Maklumat Asas Pendidikan Negeri Selangor. 31 Mac 2022. https://app.powerbi.com/view?r=
Kerlinger, F. N. 1973. Review of research in education. F. E. Peacock.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Senarai sekolah rendah dan menengah. https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah
Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuki Osman, & Ahmad Tajuddin Othman . 2009. Pengaruh jenis latihan guru danpengalaman mengajar terhadap efikasi guru sekolah menengah.Jurnal Pendidikan Malaysia,34(2), 3-14.
Mohd Hasrul Kamarulzaman , Hazita Azman dan Azizah Mohd Zahidi. 2017. Differentiation Practices among the English Teachers at PERMATA pintar National Gifted and Talented Center. Asian Social Science. Vol 11. Canadian Center of Science and Education.
Mohd Rohiman Subri, Azlinda Boheran Nudin & Ismail Ebrahim. 2022. PelaksanaanPengajaran Guru Bahasa Melayu Berteraskan KPMPERKASAKU: Satu Kajian Kes. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol 4(1), 419-427
Noraini Idris. 2013. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
Nunnally, J.C. & Bernstein, I.H. 1994. Psychometric Theory. 3rd Edition. New York: Mc Graw Hill.
Nuraishahtun Md Akhir, Zamri Mahamod, Siti Faraziah Md Akib & Norshiha Hj Sailon. 2019. Pelaksanaan Modul Pedagogi Terbeza Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (Skepen) Ke-6, Pp. 1450-1465. 21-22 September. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Roa’ani bt. Mohamed & Nor Rul Azlifah bt. Zulkafali. 2019. KeberkesananPendekatan Pedagogi Terbeza (PPT) dalam PdPc Bahasa Melayu Kelas Peralihan: Satu Kajian Tindakan di Sebuah Sekolah di Kuantan. Journal of Sciences and Management Research. Vol 5 (2)
Sekaran, U. 2000. Research Methods for Business. New York: John Wiley & Sons
Tschannen-Moran, M. and Woolfolk Hoy, A. 2002. The Influence of Resources and Support on Teachers’ Efficacy Beliefs. Annual Meeting of the American Educational Research Association, New Orleans, 1-5 April 2002.
Tomlinson, C. A. 2000. The Differentiated Classroom: Responding to the Needs of all Learners. Alexandria: Association for Supervision and Curriculum Development.
Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Zamri Mahamod, Rusli Amin & Mohamed Amin Embi. 2015. Kepelbagaian Pelajar dan Perbezaan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
Published
2023-03-01
How to Cite
MOHAMED ZOHOMI, Norhidayah Azni; MAHAMOD, Zamri. Amalan Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah dalam Melaksanakan Pendekatan Pengajaran Terbeza. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 14-24, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21379>. Date accessed: 16 apr. 2024.
Section
Articles