Penggunaan ‘QUIET BOOK’ Meningkatkan Kemahiran Menguasai Kosa Kata Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Pembelajaran

  • Nyam Tze Nann UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Mohd Hanafi Mohd Yasin

Abstract

Kemahiran menguasai kosa kata merupakan asas kepada penguasaan sesuatu bahasa. Kajian ini meneroka penggunaan ‘Quiet Book’ sebagai satu media bagi mengembangkan pembelajaran murid khususnya meningkatkan kemahiran menguasai kosa kata dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dan peningkatan tahap motivasi pembelajaran mereka. Reka bentuk kajian ini merupakan pendekatan kuantitatif iaitu bentuk kuasi eksperimen dengan membahagikan kumpulan rawatan dan kawalan. Sampel kajian dipilih adalah berdasarkan MBPK tahap 1 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang mempunyai tahap 1 sehingga 3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah bagi subjek bahasa Inggeris daripada 9 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang mempunyai. Instrumen kajian terdiri daripada produk ‘Quiet Book’, soal selidik motivasi pembelajaran MBPK dan rancangan pengajaran harian. Tempoh pelaksanaan kajian adalah sebanyak 4 minggu. Markah dikutip sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan serta pengumpulan data soal selidik tahap motivasi pembelajaran MBPK dikumpul bagi kedua-dua kumpulan. Dapatan adalah berbentuk inferensi ujian t digunakan bagi meninjau perbezaan kumpulan kawalan dan rawatan. Hasil menunjukkan perbezaan yang signifikan wujud bagi ujian pasca (p=.000) serta tahap motivasi pembelajaran antara kumpulan kawalan dan rawatan (p=.000). Penggunaan ‘Quiet Book’ sebagai media pembelajaran telah dikupas kesannya terhadap MBPK dan motivasi pembelajaran juga ditingkatkan secara langsung. Kajian ini diharapkan sebagai satu panduan kepada guru untuk mencipta media pembelajaran tersendiri bagi manfaat MBPK.

References

Ahmad, H., & Tasir, Z. 2019. Kesan Penggunaan Aplikasi MobilTerhadap Kemahiran Literasi Bahasa Melayu Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Innovative Teaching and Learning Journal 2(2): 1–16.
Boy, J., Rensink, R. A., Bertini, E., & Fekete, J. D. 2014. A Principled Way of Assessing Visualization Literacy. IEEE Transactions on Visualization and Computer Graphics 20(12): 1963–1972.
Citri, D. R. & Risma, N. R. 2019. Pengembangan Media Buku Pop-Up Untuk Pembelajaran Mengenal Huruf Alphabet Anak Usia Dini. Jurnal Program Studi PGRA 5(1): 54–63.
Cooper, M. 2017. Basic Literacy Skills Learned in Kindergarten. CLASSROOM. https://classroom.synonym.com/
Erickson, K., & Geist, L. 2016. The profiles of students with significant cognitive disabilities and complex communication needs. Augmentative and Alternative Communication 32(3): 187–197.
Fukuta, J. 2016. Effects of task repetition on learners’ attention orientation in L2 oral production. Language Teaching Research 20(3): 321-340.
Halim, R. A. 2017. Kepemimpinan Distributif, Faktor Kontekstual dan Efikasi Kendiri Guru di Malaysia. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2(4): 47-61.
Heppner, D. H. 2016. ‘Then what happened?’ Studying emergent literacy in the narrative play of preschool children. Language and Education 30(5): 459–477.
Hidi, S., & Harackiewicz, J. M. 2000. Motivating the academically unmotivated: A critical issue for the 21st century. Review of Educational Research 70(2): 151–179.
Jonak, J., & Tolczyk, S. 2018. Reaching Each Student’s Potential Though Differential Instruction Approaches To Enhance The 21 Century Learning And Career Readiness. Proceedings of the 40th International Academic Conference, Stockholm.
Mohd Uzir Zubir, Rohaidah Kamaruddin & Shahril Nizam Sha’ri. 2018. Motivasi dan Sikap terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Tingkatan Satu. Journal Of Kesidang 3: 82-91.
Mufliharsi, R. 2017. Pemanfaatan Busy Book Pada Kosakata Anak Usia Dini Di Paud Swadaya Pkk. Jurnal Penelitian Pendidikan Guru Anak Usia Dini 5(2): 146–155.
Ryndak, D., Hughes, C., Alper, S., & Mcdonnell, J. 2012. Documenting impact of educational contexts on long-term outcomes for students with significant disabilities. Education and Training in Autism and Developmental Disabilities 47: 127-138.
Tay, M. G., Litat, B., & Ambikapathi, S. 2016. Faktor Ekstralinguistik: Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Penutur Bukan Natif. Jurnal Penyelidikan IPGK BL 13: 32–41.
Published
2023-03-01
How to Cite
TZE NANN, Nyam; MOHD YASIN, Mohd Hanafi. Penggunaan ‘QUIET BOOK’ Meningkatkan Kemahiran Menguasai Kosa Kata Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 231-239, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21338>. Date accessed: 25 sep. 2023.
Section
Articles