Hubungan antara Persepsi, Sikap dan Pencapaian Bahasa Melayu Murid-murid Cina di Sekolah Kebangsaan Cina Pilihan
Abstract
Persepsi dan sikap murid berperanan penting dalam menentukan pencapaian akademik murid-murid terutamanya dalam sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah, persepsi dan sikap murid sekolah rendah terhadap Bahasa Melayu dan hubungannya dengan pencapaian akademik mereka. Murid-murid Tahun 5 dari tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sekitar daerah Kepong, Kuala Lumpur telah menyertai kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan keselesaan. Seramai 274 orang murid (139 lelaki dan 135 perempuan) telah melengkapkan borang soal selidik. Dapatan menunjukkan bahawa tahap pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah berada pada tahap rendah (Min = 49.55, SP = 17.57). Namun begitu, persepsi murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana (M=2.88, SP=0.91) manakala sikap murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi (M=3.64, SP=0.92). Analisis nilai pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid dengan pencapaian Bahasa Melayu pada r= 0.148, p<.05, tetapi tidak terdapat hubungan yang sigifikan antara sikap murid dengan pencapaian Bahasa Melayu. Hasil analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi murid dan sikap murid dengan pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan SJKC di daerah Kepong, Kuala Lumpur (p>0.0.5). Hasil kajian menyokong Teori Persepsi Langsung dan Teori Tingkah Laku Terancang di mana kedua-dua teori ini membuktikan persekitaran pembelajaran murid-murid di SJKC lebih menggunakan Bahasa Cina dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan murid Cina terbiasa dengan penggunaan Bahasa Cina dalam kehidupan. Justeru, murid-murid harus meningkatkan tahap pencapaian Bahasa Melayu dengan mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan mengekalkan sikap positif mereka terhadap Bahasa Melayu.
References
Sebagai Bahasa Asing Di Universiti Teknikal. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 450-460.
Azlina binti Mazlan, A., & bin Nik Abdullah, N. A. F. (2021). BBL-Phyeasycs Mengubah Persepsi dan Sikap
Pelajar Terhadap Fizik. Journal on Technical and Vocational Education, 6(2), 1-9.
Chew, F. P., & Nadaraja, S. (2016). Pelaksanaan kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran komsas di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 10-24.
Chew, F. P, & Yusof, S. S. (2021). Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Terhadap Peta Pemikiran I-Think Dalam Pembelajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah (Knowledge, Attitude and Readiness of Students towards i-Think Map in Learning KOMSAS in Malay Language in Secondary Schools). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2), 15-25.
Hamid, Z., Aman, R., & Harun, K. (2010). Sikap terhadap Bahasa Melayu: Satu kajian kes di pantai timur
Semenanjung. Jurnal Melayu, 5, 163-176.
Kaviza, M. (2019). Hubungan penerapan elemen kemahiran pemikiran sejarah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah dalam kalangan murid. JuKu: Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(1), 30-38.
Mahad, I., Magesvaran, U., & Hamzah, I. N. S. (2021). Sikap Dan Motivasi Murid Sekolah Rendah
Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 16-28.
Mahamod, Z., & Othman, Z. (2001). Sikap pelajar Cina terhadap pemelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Dewan Bahasa, 1(12), 40-43.
Mahamod, Z. (2021). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 13-25.
Ming, T. S., Ling, T. S., & Jaafar, N. M. (2011). Attitudes and motivation of Malaysian secondary students
towards learning English as a second language: A case study. 3L: Language, Linguistics, Literature®, 17(1), 40-54.
Mohd Hazli, Yah@Alias and Maimun Aqsha, Lubis (2018) Tahap Penggunaan Strategi Bacaan dalam Aktiviti Kefahaman Bacaan Teks Bahasa Arab. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (3), 49-57.
Noor, N. A. M., Mahamod, Z., Hamat, A., & Embi, M. A. (2016). Persepsi pelajar terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran komsas bahasa melayu tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 1-16.
Mulyaningsih, I. (2017). Sikap mahasiswa terhadap bahasa indonesia. Indonesian Language Education and Literature, 3(1), 79-87.
Nursyaidah, N., & Siregar, F. R. (2019). Persepsi Dan Sikap Bahasa Mahasiswa Terhadap Pembelajaran Bahasa Indonesia. Tazkir: Jurnal Penelitian Ilmu-ilmu Sosial dan Keislaman, 5(2), 281-290.
Razali, M. S. M., & Raop, N. A. (2019). Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Psikologi, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Jurnal Sains Sosial: Malaysian Journal of Social Sciences, 3(1), 77-87.
Salleh, S. Z., & Shaari, A. S. (2019). Pelaksanaan kemahiran berfikir, sikap pelajar dan masalah untuk mengaplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu (Implementation of thinking skills, student attitudes and problems in application thinking skills Malay language teaching). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(2), 1-10.
Sanosi, S. M., & Mahamod, Z. (2021). Keberkesanan Penggunaan Jejari Penanda Wacana (JPW) Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 102-110.
Suryani, L. (2019). Hubungan Sikap Dengan Prestasi Belajar Yang Dicapai Oleh Mahasiswa Semester Iv Pada Mata Kuliah Asuhan Kebidanan II Di Akademi Kebidanan Muhammadiyah Madiun: Relationship Attitude To Learning Outcome Achieved by Semester IV Students In Midwife Care II At the Muhammadiyah Madiun Midwifery Academy. Jurnal Ilmiah Kebidanan (Scientific Journal of Midwifery), 5(2), 9-16.
Woon, Y. L. (2015). Perbandingan Tahap Minat, Persepsi Dan Tahap Pencapaian Akademik Di Antara Murid Melayu Dan Cina Tingkatan Empat Terhadap Pendidikan Seni Visual Di Zon Bangsar Kuala
Lumpur. Doctoral dissertation, University of Malaya.
Zubir, M. U., Kamaruddin, R., & Sha’ri, S. N. (2019). Motivasi dan sikap terhadap pembelajaran bahasa melayu murid tingkatan satu (Junior one loyalty), Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua. Jurnal Kesidang, 3(1), 82-91.
Zuki, K. N. M., & Mohamad, W. M. R. W. (2017). Sikap dan Motivasi Murid Bajau dalam Mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua (Attitude and Motivation Students Bajau in Studying Malay Language as a Second Language). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 24-33.
Zulkarnain, Z., Saim, M., & Abd Talib, R. (2012). Hubungan antara minat, sikap dengan pencapaian pelajar dalam kursus CC301–Quantity Measurement. Politeknik Port Dickson.
Zulkifley, Rahim & Karim (2010). Sikap terhadap Bahasa Melayu:Satu Kajian Kes di Pantai Timur Semanjung. Jurnal Melayu (5) 2020:163-176.