Tahap Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Belia

  • Nur Syuhada Mokhzan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ruhizan M. Yasin
  • Rosnah Sutan
  • Hamidah Yamat

Abstract

Komunikasi interpersonal merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua belia kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin dan menjaga negara di masa depan dan kemahiran komunikasi interpersonal yang baik mencerminkan keperibadiaan diri mereka. Artikel ini membincangkan hasil penyelidikan kuantitatif berhubung tahap komunikasi interpersonal dalam kalangan belia di Bangi Selangor. Soal selidik diberikan secara rawak kepada 123 orang responden yang berumur antara 19 hingga 25 tahun.  Konstruk utama dalam kajian ini ialah kemahiran komunikasi interpersonal yang diukur menggunakan alat ujian yang dibangunkan oleh Armstrong (1981) yang terdiri daripada 52 item soalan yang menggunakan skala empat likert dengan pilihan jawapan (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) setuju dan (4) sangat setuju. Item – item dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan dengan nilai kebolehpercayaan 0.89.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap komunikasi interpersonal belia adalah pada tahap sederhana. Ini bermakna perlunya pemerkasaan penggunaan bahasa baku dan program pengucapan umum dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan. Seterusnya, hasil kajian ini mencadangkan  bahawa pihak insitusi pendidikan perlu menggalakkan aktiviti kokurikulum seperti pengucapan awam dan menyediakan kelas kemahiran komunikasi,kepimpinan dan kemahiran berkumpulan sebagai alternatif  membantu belia meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal mereka.Artikel ini turut memaparkan konsep dan pengertian komunikasi secara umum dan krusus kepada komunikasi interpersonal, komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal).

References

Abdullah, N. H. (2007). Penguasaan Kemahiran Insaniah dalam Membangunkan Modal Insan Melalui Aktiviti Kokurikulum di UTHM. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Boyd, D. (2008). Why Youth (Heart) Social Network Sites: The Role of Networked Publics in Teenage Social Life. In D. Buckingham (Ed.), Youth, Identity and Digital Media. Cambridge: MA: MIT Press.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
Devito, Joseph. Alih Bahasa oleh Agus Maulana MSM. (2011). Komunikasi Antara Manusia Kharisma Publishing Group. Jakarta.
Ellison, N.B., Steinfield, C., & Lampe, C. (2007). The benefits of Facebook ‘friends:’ Social capital and college students’ use of online social networks sites. Journal of ComputerMediated Communication 12: 1143-1168.
Ibrahim. (2019). Konteks budaya dalam komunikasi antarabudaya (Kes pelajar IAIN Pontianak, Indonesia). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 227-246.
Laporan Tren Media Sosial Talkwalker (2021). https://www.talkwalker.com/social-media-trends-2021.
Leung, R. dan Li, J. (2015). Using Social Media to Adress Asian Immigrants’ Mental Health Needs: A Systematic Literature Review: Journal of Nature and Science, 1(40).
Maryanti, S., Zikra, & Nurfarhanah. (2012). Hubungan antara Keterampilan Komunikasi dengan Aktivitas Belajar Siswa.Konselor Journal. https://doi.org/10.24036/0201212700-0-00
Mishra, P., & Azeez, A. (2016). Acquisition of Oral Communication Skills in Rural Based Higher Institutions: ACase Study of Tamil Nadu, India. International Journal of Multidisciplinary Approach and Studies, 3(2), 55.
Nazihah, Fauziah & Nur Saadah (2019), Tingkah laku Bertika dan Keupayaan Kepimpinan Dalam Kalangan Mahasiswa Tahun Akhir Program Kerja Sosial. e-Bangi: Journal of social sciences and Humanities.
Nordin Halias, Zawawi Ismail & Harun Baharudin. (2017). Komunikasi Bukan Lisan dalam Pengajaran Bahasa Arab. Jurnal Ilmi. (12) 25-37
Ranjit, S. M. (2004). Mempertingkatkan Kualiti Peribadi: Menjana Diri untuk Mencapai Prestasi Unggul di Tempat Kerja. Kuala Lumpur. https://123dok.com/article/komunikasi-interpersonal-penguasaan-kemahiran-komunikasi-interpersonal-kalangan-pel.zx08g74z
Sa’adiah Ma’alip. (2015). Pemilihan bahasa dalam komunikasi di laman sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 231-246.
Shariffah Mamat. (2014). Keperluan vs. kehendak belia. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES) Buletin Fakta, 1/2014, 1, http://www.ippbm.gov.my/dokumen/buletin/edisi-i-mac-2014.pdf.
Suranto A. W. (2011). Komunikasi Interpersonal. Yogyakarta: Graha Ilmu.
Wood, J.T. (2009). Interpersonal communication everyday encaounters. 6 th edition. Boston: Lyn Uhl.
Published
2023-03-01
How to Cite
MOKHZAN, Nur Syuhada et al. Tahap Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Belia. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 304-315, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/20651>. Date accessed: 15 sep. 2024.
Section
Articles