Tekanan Kerja dengan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah

  • Hilda Izzati Helmi
  • Salleh Amat

Abstract

Kajian ini berkaitan tekanan kerja dan kepuasan kerja dengan menilai faktor-faktor tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian yang dijalankan adalah kajian tinjauan yang melibatkan seramai 115 orang responden yang terdiri daripada kalangan guru sekolah rendah. Data dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan maklumat mengenai guru terhadap faktor yang dikenal pasti sebagai penyebab tekanan kerja serta faktor yang berkaitan dengan kepuasan kerja. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) iaitu analisis deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus dan min untuk item-item yang berkaitan dengan tahap tekanan kerja dan kepuasan kerja. Secara keseluruhannya, tekanan kerja guru mencatatkan guru lebih mementingkan ilmu yang diberikan dan menganggap ini adalah tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa. Tahap kepuasan guru juga berada di tahap yang tinggi pada dimensi rakan sekerja dan dimensi pengetua. Tekanan kerja yang minimum dalam kalangan guru dengan persekitaran yang baik dan selesa boleh meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan guru.

References

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim Hamdan.
(2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdgn. Bhd.
Chua L. C. (2010). Tinjauan Tahap Komitmen dan Kepuasan Kerja Pensyarah IPG Kampus
Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10
Hassan, N., & Wahab, J.A. (2017) Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru di Sekolah
Menengah Zon Bangsar. Seminar Pendidikan Serantau ke-VIII, 401-408. hhtps://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/48-norhazwani-hassan.pdf
Ismail, N. M, Z., Wahab, J, A., & Hassan, R. M. (2016) Kepuasan Kerja Guru dan
Perbezaannya Berdasarkan Pencapaian Sekolah. Jurnal Personalisa Pelajar, 19(1), 49-54.
Nur Hamizah & Tajul Ariffin. (2021). Kepuasan Kerja dan Burnout Guru Pendidikan
Jasmani di Daerah Langkawi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 6, Isuue 5, 22-23.
Rohana Yusof. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Pahang: PTS Publications & Distributors.
Rusdin, N. M., & Ali, S. R. (2013). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad
ke-21. Proceedings of Islamic Civilization and Technology Management, 2013-2025. hhtps://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-09.pdf
Sapora Sipon. (2010). Pengurusan Stres. Universiti Malaysia Sabah.
Published
2022-11-01
How to Cite
HELMI, Hilda Izzati; AMAT, Salleh. Tekanan Kerja dengan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 3, p. 374-381, nov. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/20267>. Date accessed: 21 apr. 2024.
Section
Articles