Sorotan Literatur Bersistematik: Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Matematik

  • Nelly Enggam NELLY ENGGAM
  • Siti Mistima Maat

Abstract

Abstrak: Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Matematik merupakan satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar sebagai generasi masa hadapan. Penerapan KBAT dalam pembelajaran Matematik banyak dipengaruhi oleh persepsi guru melalui pelbagai aspek. Walaubagaimanapun, kajian soroton literatur bersistematik berkenaan persepsi guru terhadap pelaksanan KBAT dalam pdp Matematik masih kurang dijalankan khususnya di Malaysia. Oleh itu, kajian literatur bersistematik ini bertujuan untuk menganalisis secara kritikal tentang trend penyelidikan berkenaan persepsi guru terhadap KBAT dalam pdp Matematik serta persepsi guru dari pelbagai aspek. Dua pangkalan data iaitu SCOPUS dan Web Of Science (WOS) telah digunakan untuk mencari artikel yang berkaitan dalam tempoh 5 tahun terkini (2018-2022). Semakan sistematik ini telah dikendalikan selaras dengan Item Pelaporan Pilihan untuk Kenyataan Kajian Semula dan Meta-Analisis (PRISMA). Melalui proses PRISMA ini, terdapat 30 buah artikel yang telah dipilih untuk kajian sorotan literatur bersistematik.  Dapatan kajian pula mendapati bahawa trend penerbitan bagi tajuk kajian ini adalah meningkat dari masa ke semasa. Ini menunjukkan bahawa kajian berkenaan persepsi guru terhadap KBAT sudah mula diambil berat oleh pelbagai pihak.  Persepsi guru juga terbahagi kepada beberapa aspek seperti kefahaman, sikap serta amalan guru terhadap pelaksanaan KBAT yang bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran pelajar ke arah yang lebih baik.


 


Kata kunci: Persepsi, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Amalan KBAT, Sikap, Kefahaman.

References

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Matematik merupakan satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar sebagai generasi masa hadapan. Penerapan KBAT dalam pembelajaran Matematik banyak dipengaruhi oleh persepsi guru melalui pelbagai aspek. Walaubagaimanapun, kajian soroton literatur bersistematik berkenaan persepsi guru terhadap pelaksanan KBAT dalam pdp Matematik masih kurang dijalankan khususnya di Malaysia. Oleh itu, kajian literatur bersistematik ini bertujuan untuk menganalisis secara kritikal tentang trend penyelidikan berkenaan persepsi guru terhadap KBAT dalam pdp Matematik serta persepsi guru dari pelbagai aspek. Dua pangkalan data iaitu SCOPUS dan Web Of Science (WOS) telah digunakan untuk mencari artikel yang berkaitan dalam tempoh 5 tahun terkini (2018-2022). Semakan sistematik ini telah dikendalikan selaras dengan Item Pelaporan Pilihan untuk Kenyataan Kajian Semula dan Meta-Analisis (PRISMA). Melalui proses PRISMA ini, terdapat 30 buah artikel yang telah dipilih untuk kajian sorotan literatur bersistematik. Dapatan kajian pula mendapati bahawa trend penerbitan bagi tajuk kajian ini adalah meningkat dari masa ke semasa. Ini menunjukkan bahawa kajian berkenaan persepsi guru terhadap KBAT sudah mula diambil berat oleh pelbagai pihak. Persepsi guru juga terbahagi kepada beberapa aspek seperti kefahaman, sikap serta amalan guru terhadap pelaksanaan KBAT yang bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran pelajar ke arah yang lebih baik.
Published
2022-12-01
How to Cite
ENGGAM, Nelly; MAAT, Siti Mistima. Sorotan Literatur Bersistematik: Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 4, p. 73-85, dec. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/20201>. Date accessed: 06 feb. 2023.
Section
Articles