Pola Pemikiran dan Tingkah Laku Kecelaruan Bipolar Menggunakan Teknik Penstrukturan Kognitif Berdasarkan Neo-Cognitive Behavioral Therapy

  • Mohd Al Hafiz Norisham
  • Muhammad Aziz Shah Mohamed Arip

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji teknik penstrukturan semula kognitif kepada individu yang mengalami kecelaruan bipolar. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Jenis kajian kes yang digunakan adalah kajian kes intrinsik. Penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan terdiri daripada enam orang individu yang mengalami kecelaruan bipolar yang telah didiagnosis oleh pakar psikiatri. Responden dalam kajian ini adalah seramai enam orang iaitu dua orang partisipan yang telah didiagnos sebagai bipolar I dan empat orang partisipan yang telah didiagnos sebagai bipolar II. Temubual klinikal protokol digunakan dalam penyelidikan ini diselaraskan dengan mengikuti temubual separa berstruktur. Borang temubual klinikal protokol yang digunakan dalam penyelidikan ini disemak oleh pakar perunding psikiatri, pakar perubatan keluarga, pakar psikologi klinikal dan lain-lain. Data analisis menggunakan analisis tematik daripada Atlas.ti 9. Dapatan kajian menunjukkan tiga tema yang terhasil daripada persoalan kajian iaitu tema pertama adalah pola pemikiran pesakit kecelaruan bipolar yang mengalami simptom kecelaruan bipolar. Tema kedua adalah, teknik penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku untuk mengurangkan simptom kecelaruan bipolar. Tema terakhir yang terhasil ialah kesan intervensi penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku yang sesuai ke atas pesakit kecelaruan bipolar. Kajian ini memberikan implikasi kepada individu professional, pesakit yang menghidapi kecelaruan bipolar dan universiti. Kesimpulannya, kajian ini adalah amat baik dijalankan kepada individu yang mengalami kecelaruan bipolar dan perlu diperluaskan kerana hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang positif ditunjukkan oleh peserta kajian.

References

Elliott, A. L., Watson, S., Dodgson, G., Cohen-Tovée, E., & Ling, J. (2021). Changing practice: assessing attitudes toward a NICE-informed collaborative treatment pathway for bipolar disorder. BJPsych Open, 7(2).
Firdaus Zainal. (2020).Coronavirus: Pandemik &Senjata Bio. Johor: The Bibliotheca Legacy.
Kasmini Kassim. (1992). Psikiatri kanak-kanak.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ma, O. Y., & Lo, B. C. (2022). Is it magic? An exploratory randomized controlled trial comparing imagery rescripting and cognitive restructuring in the treatment of depression. Journal of Behavior Therapy and Experimental Psychiatry, 75, 101721.
Makhmudah, A. N. L., Wibowo, M. E., & Awalya, A. (2019). Cognitive Behavior Group Counseling with Cognitive Restructuring and Problem Solving Techniques to Reduce Anxiety. Jurnal Bimbingan Konseling, 8(2), 174-181.
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, (2018). Neo-CBT: Cognitive Behavioral Therapy. Tanjung Malim: Psychology and Counselling Academy.
Morst, D. R & Furst, M. L. (1979). Stress for success. New York: Van Nostrand Reinhold Company
Muhammad Shah Burhan. (1993).“Kajian Terhadap Tekanan di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Bandar dan Luar Bandar di Negeri Sembilan”. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Pardo Cebrián, R., & Calero Elvira, A. (2019). Applying cognitive restructuring in therapy: The clinical reality in Spain. Psychotherapy Research, 29(2), 198-212.
Varo, C., Amoretti, S., Sparacino, G., Jiménez, E., Solé, B., del Mar Bonnin, C., et al (2022). Emotional intelligence: a comparison between patients after first episode mania and those suffering from chronic bipolar disorder type I. Psychological Medicine, 1-12.
Yahya, N. A., & Sham, F. M. (2020). Sejarah dan Simptom Kemurungan: Kajian Literatur: History and Depression Symptoms: A Literature Reviews. Sains Insani, 5(1), 34-42.
Published
2022-11-01
How to Cite
NORISHAM, Mohd Al Hafiz; MOHAMED ARIP, Muhammad Aziz Shah. Pola Pemikiran dan Tingkah Laku Kecelaruan Bipolar Menggunakan Teknik Penstrukturan Kognitif Berdasarkan Neo-Cognitive Behavioral Therapy. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 3, p. 365-373, nov. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/20075>. Date accessed: 21 apr. 2024.
Section
Articles