Pelaksanaan Strategi Pembelajaran Bahasa Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Pelajar

  • Lydia Jakarta Student
  • Khairul Azhar Jamaludin

Abstract

Pelaksanaan strategi pembelajaran bahasa (SPB) dalam meningkatkan kemahiran menulis dilihat sebagai salah satu pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah dari segi teknik menulis, penguasaan tatabahasa dan kosa kata dan kurangnya minat dan motivasi pelajar semasa pembelajaran bahasa. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti kekuatan, cabaran pelaksanaan serta mengenal pasti cadangan penambahbaikan SPB untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar. Dapatan kajian dari aspek kekuatan pelaksanaan SPB menunjukkan bahawa pelajar menggunakan kepelbagaian SPB berdasarkan kemahiran menulis pada tahap tinggi seperti merangka isi-isi penting sebelum menulis esei, mengakses intenet untuk mendapatkan sumber rujukan dan penulisan yang baik dan mencatat nota semasa sesi pembelajaran antara yang kerap dipraktikkan oleh pelajar. Dari aspek cabaran pelaksanaan SPB, kurangnya minat dan motivasi pelajar serta kelemahan penguasaan tatabahasa dan kosa kata terutamanya pelajar bukan natif menjadi kekangan kepada keberkesanan SPB. Seterusnya, cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan SPB ialah perancangan aktiviti pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah harus mengambil kira keperluan dan tahap kognitif pelajar, mewujudkan suasana pembelajaran berpusatkan yang menyeronokkan seperti menyelitkan elemen gamifikasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Selain itu, guru dan ahli panitia boleh menggunakan Strategi Pembelajaran Jurnal (SPJ) dan modul karangan sebagai alternatif kepada SPB dalam meningkatkan kemahiran menulis pelajar. Kesimpulannya, setiap pelajar perlu mengenal pasti strategi yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran tersendiri bagi meningkatkan penguasaan menulis. Oleh itu, rujukan kepada pendidik untuk merancang aktiviti menulis yang efektif berdasarkan kepelbagaian strategi menulis dalam kalangan pelajar.

References

Ali, N.H & Othman, Y. (2018). Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Pelajar Melanau di Daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 8 (1): 33-41. http://journalarticle.ukm.my/11834/
Amin, M. (2000). Language Learning Strategies: A Malaysia Context. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. http://bpk.moe.gov.my/
Chamot, A.U. 1987. The Learning Strategies of ESL Students. Prentice Hall: Englewood Cliffs.
Embi, M.A., Mahamod, Z., & Bakar, M.N.A. (2001). Pola Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu. Journal of Language Teaching Linguistics and Literature 7: 95-109.
Hafizi, M.S., Izzuddin, M., Maromar, F., Syakir, M., & Basir, H (2017). Keberkesanan Strategi Pelajar Dalam Mempraktikkan Kemahiran Menulis Tugasan Akademik. Kertas Projek Penyelidikan. Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Hung, S.S & Mahamod Z. (2021). Kekerapan Penggunaan Strategi Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cemerlang Cina dan Iban. Jurnal Dunia Pendidikan 3 (1): 122-133. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Jaafar, R. (2020). Strategi Pembelajaran Kemahiran Mendengar Dan Menulis Dalam Kalangan Pelajar Etnik Cina Dan India Ketika Belajar Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10 (1): 64-76. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/220/176
Jaafar, R. & Mahamod, Z. (2020). Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Di Sekolah Menengah. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) 4 (1). https://www.masree.info/wp-content/uploads/2020/06/14-Strategi-Pembelajaran-Kemahiran-Menulis-Dalam-Kalangan-Pelajar-Cemerlang-Di-Sekolah-Menengah.pdf
Jazuli, A.J.M., Din, F.F.M., & Yunus, M.M.(2019). Using Pictures In Vocabulary Teaching For Low Proficiency Primary Pupils Via PI-VOC. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 9 (1): 311-319. http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v9-i1/5399
Jusoh, Z., Rahman, F.A., Kiram, N.M., & Samsilah, R. (2016). Motivasi Belajar Dan Keterlibatan Dalam Pembelajaran Kemahiran Mengarang Bahasa Melayu. Journal of Science Social and Humanities 11 (1): 213-226. http://journalarticle.ukm.my/11445/1/14452-39842-1-SM.pdf
Keh, C. (1990). Feedback In The Writing Process: A Model And Methods For Implementation. In ELT Journal 44:4: 294-304. DOI:10.1093/elt/44.4.294
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. http://bpk.moe.gov.my/
Konting, M.M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahamod, Z. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mahamod, Z., Embi, M.E., & Yusoff, N.R.M. (2010). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris Pelajar Cemerlang. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mahamod, Z. (2014). Inovasi P & P Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahamod, Z. (2015). Strategi Belajar: Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahamod, Z., Ghani, K.A.A., & Mohammad, W.M.R.W (2016). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cina Berdasarkan Sikap Dan Kemahiran Bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 6 (1): 38-51. http://journalarticle.ukm.my/9865/1/107-211-1-SM.pdf
Majlis Peperiksaan Malaysia. (2013). Sukatan Pelajaran & Kertas Contoh Tingkatan 6. 900 Pengajian Am. https://www.mpm.edu.my/en/stpm/stpm-syllabus
M.Y (2017). Kekerapan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cemerlang Etnik Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1): 85-92. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/137
Redzuan, N.H. (2019). Modul ‘Bijak Mengarang’ Mempertingkat Kemahiran Menulis Karangan. Jurnal Peradaban Melayu 9: 54-62. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1968/1429
Teh, K.S.M & Nafi, L.M. (2020). Strategi Pembelajaran Bahasa: Satu Pengenalan Konsep Dan Model. Jurnal KIAS, 9(1), 172 - 197. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/116
Shaumiwaty. (2020). Learning Journal Strategy To Enhance Students’ Writing Ability. English Journal of Merdeka: Culture, Language, and Teaching of English,5(1), 65–74. http://jurnal.unmer.ac.id/index.php/enjourme/index
Schwartz, B. (1993). On Explicit And Negative Data Effecting and Affecting Competence and Linguistic Behavior. Studies in Second Language Acquisition 15: 147-164.
Singh, M. K. M. (2016). An Emic Perspective on Academic Writing Difficulties Among International Graduate Students In Malaysia. GEMA Online Journal of Language Studies 16(3): 83–97. https://doi.org/10.17576/gema-2016-1603-06
Soh, T.A.T. (2013). Kesediaan Guru-Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. http://journalarticle.ukm.my/14524/1/195-374-1-SM.pdf
Stapa, S.H., Abu Bakar, N.A., & Latiff, R.A. (2007). Literasi Penulisan Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Luar Bandar: Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan 2 (2): 17. http://journalarticle.ukm.my/1544/
Sumarni Lapammu. (2017). Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Pembelajaran Maya (Vle) Frog Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. http://journalarticle.ukm.my/11836/
Published
2022-11-01
How to Cite
JAKARTA, Lydia; JAMALUDIN, Khairul Azhar. Pelaksanaan Strategi Pembelajaran Bahasa Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Pelajar. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 3, p. 340-352, nov. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/20059>. Date accessed: 21 apr. 2024.
Section
Articles