Hubungan Antara Keberkesanan dan Kemudahan Pembelajaran Dalam Talian dengan Motivasi Murid Aliran Perniagaan Semasa Pandemik Covid-19

  • Rafiduraida Abdul Rahman UPSI
  • Siti Nazurah Salam

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan, kemudahan dan motivasi murid aliran perniagaan semasa pembelajaran dalam talian. Kajian ni juga mengkaji hubungan antara keberkesanan dan kemudahan pembelajaran dalam talian dengan motivasi murid aliran perniagaan semasa pandemik COVID-19. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan dan bukan eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dilaksanakan secara persampelan rawak mudah melibatkan 140 orang murid aliran perniagaan di sebuah sekolah di daerah Sepang. Instrumen kajian melibatkan soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Penyelidik menjalankan analisis statistik deskriptif untuk menjelaskan tahap keberkesanan, kemudahan dan motivasi murid aliran perniagaan semasa pembelajaran dalam talian. Analisis statistik inferensi juga dilaksanakan dan melibatkan analisis korelasi Pearson yang menerangkan hubungan keberkesanan dan kemudahan pembelajaran dalam talian dengan motivasi semasa pembelajaran dalam talian. Hasil analisis ujian Korelasi Pearson pula mendapati terdapat hubungan signifikan yang lemah antara keberkesanan pembelajaran secara dalam talian dengan motivasi murid semasa pembelajaran dalam talian dengan nilai korelasi 0.360. Manakala kemudahan pembelajaran secara dalam talian dengan motivasi murid semasa pembelajaran dalam talian menunjukkan nilai korelasi  0.206. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara keberkesanan dan kemudahan pembelajaran dalam talian dengan motivasi semasa pembelajaran dalam talian. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan yang tinggi dan kemudahan pembelajaran secara dalam talian yang lengkap mampu meningkatkan motivasi murid aliran perniagaan.

References

Abdul Razif Zaini. (2015). Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Melayu di Peringkat Kolej Universiti, (Tesis Kedoktoran) Universiti Malaya.
Baber, H., (2020). Determinants of Students, Pereived Learning Outcome and Satisfaction in Online Learning during the Pandemic of Covid-19. Journal of Education and e Learning Research, 7(3): 285-292. https://doi.org/10.20448/journal.509.2020.73.285.292.
Chairiyani, R. P., & Kusumajati, D.A. (2021). The Effect of Online Learning Effectiveness Against Student Achievement Motivation (Case Study of Online Learning Student at Bina Nusantara University). In 2021 3rd Asia Pacific Information Technology Conference. 135-140.
Elshami, W., Taha, M. H., Abuzaid, M., Saravanan, C., Al Kawas, S., & Abdalla, M. E. (2021). Satisfaction with Online Learning in The New Normal: Perspective of Students and Faculty at Medical and Health Sciences Colleges. Medical Education Online, 26(1). https://doi.org/10.1080/10872981.2021.1920090.
Eze, S. C., Chinedu-Eze, Chinwendu, V.,Bello., & Ohiyemi, A. (2018). The Utilization of E-Learning Facilities in The Educational Delivery System of Nigeria; A Study of M-University; International Journal of Educational Technology in Higher Education, 15. https://doi.org/10.1186/541239-018-0116-z.
Faridah Jamil & Zain Retas. (2012). Kesediaan Penggunaan E-Learning di Kalangan Murid Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Jabatan Pengajian Politeknik. Jurnal Pendidikan.
Ferri, F., Grifoni, P., & Guzzo, T. (2020). Online Learning and Emergency Remote Teaching: Opportunities and Challenges in Emergency Situations. Societies, 10(4), 86.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Harandi, S. R. (2015). Effects of e-learning on Students’ Motivation. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 181, 423–430. doi:10.1016/j.sbspro.2015.04.905.
Ku, H.-Y., Tseng, H. W., & Akarasriworn, C. (2013). Collaboration Factors, Teamwork Satisfaction, and Student Attitudes Toward Online Collaborative Learning. Computer in Human Behavior, 29(3), 922-929. https://doi.org/10.1016/j.chb.2012.12.019.
Mohd Fadzli Ismail & Mohd Sukki Othman. (2012). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Murid Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Tinjauan di SMAP Kajang. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mulyani, E. A., Alpusari, M., & Putra, E. D. (2021). The Effect of Learning Facilities and Family Environment on Motivation to Learn of Prospective Elementary Teacher Education on Online Learning. Journal of Teaching and Learning in Elementary Education (JTLEE), 4(1), 86-94.
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi Pengajaran dan Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik Covid-19. SIG:e-Learning@CS, 1, 23-30.
Nwokolo, C., Anyachebelu, F., & Anemelu, V. C. (2012). Effect of Computer-Assisted Packages on The Performance of Senior Secondary Students in Mathematics in Awka, Anambra State, Nigeria. American International Journal of Contemporary Research, 2(7). 61-65.
Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan Mohd Khairul Wan Isa. (2020). Peranan dan Cabaran Pemimpin Pendidikan dalam Memastikan Matlamat dan Agenda Pendidikan Dilestari Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)COVID-19. daripada https://iab.moe.edu.my/bahanportal/pemberitahuan/2020/2.%20PERANAN%20DAN%20CABARAN%20PEMIMPIN%20PENDIDIKAN.pdf.
Shazarina Zainal Abidin, Suziana Hanini Sulaiman, Suhana Mohamed Lip, Norshilawani Shahisdan, Natasha Ariffin, Mohamas Fuad Ishal & Sapie Sabilan. (2020). Tekanan Emosi Pensyarah dalam Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian di Era Pandemik Covid-19. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan (ISPEN). 289-296.
Shivangi. D (2020). Online Learning: A Panacea in the Time of COVID-19 Crisis. Journal of Educational Technology Systems. 1-18. 10.1177/0047239520934018.
Sholikhah, A. (2016). Statistik Deskriptif dalam Penelitian Kualititatif. Komunika, 10(2), 342–362., https://doi.org/10.24090/komunika.v10i2.953.
Song, L., Singleton, E. S., Hill, J. R., & Koh, M. H. (2004). Improving Online Learning: Student Perceptions of Useful and Challenging Characteristics. The Internet and Higher Education, 7(1), 59–70. https://doi.org/10.1016/j.iheduc.2003.11.003.
Surani, D., & Hamidah, H., (2019). Students Perceptions in Online Class Learning During the Covid-19 Pandemic. IJoASER (International Journal on Advanced Science, Education, and Religion), 3(3). 83-.95. https://doi.org/10.33648/ijoaser.v3i3.78.
Ullah, O., Khan, W., & Khan, A. (2017). Students’ Attitude Towards Online Learning at Tertiary Level. PUTAJ–Humanities and Social Sciences, 25(1-2), 63-82.
Published
2022-10-01
How to Cite
ABDUL RAHMAN, Rafiduraida; SALAM, Siti Nazurah. Hubungan Antara Keberkesanan dan Kemudahan Pembelajaran Dalam Talian dengan Motivasi Murid Aliran Perniagaan Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 3, p. 134-143, oct. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/19760>. Date accessed: 15 sep. 2024.
Section
Articles