Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

  • Sofea Hanim Affendi MISS
  • Rosadah Abd Majid

Abstract

Abstrak: Keupayaan membaca bagi murid-murid berkeperluan khas dipengaruhi oleh keupayaan murid itu sendiri. Kekeliruan dalam pengamatan bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalaman, keperluan dan kehendak mereka. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV bagi murid berkeperluan khas. Kajian mengenai pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV murid berkeperluan khas menekankan objektif berikut iaitu permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu; permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan pencapaian membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain; permainan ‘JeWo’ dapat mengekalkan minat membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Adaptasi daripada Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini. Sebanyak dua kitaran/gelung bagi tindakan-tindakan dalam kajian ini bermula daripada merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid berumur lapan tahun yang dipilih melalui ujian diagnostik, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen (ujian lisan 1, ujian lisan 2, ujian lisan 3), temu bual dan pemerhatian. Data disemak menggunakan kaedah triangulasi. Dapatan mendapati peningkatan dalam kemahiran membaca murid berkeperluan khas adalah lebih 50.0 peratus (purata keseluruhan ujian lisan 1, ujian lisan 2 dan ujian lisan 3).  Hasil kajian mendapati permainan ‘JeWo’ banyak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV. Bagi murid berkeperluan khas, latihan yang berterusan akan mampu meningkatkan kemahiran membaca murid. Selain itu, amalan kendiri pengkaji juga turut ditambahbaik melalui pengaplikasian permainan ‘JeWo’ yang dicipta.


 


Kata kunci: permainan ‘JeWo’, kemahiran membaca, membaca suku kata terbuka, suku kata KV + KV, murid berkeperluan pendidikan khas, MBPK, OKU

References

Abdul Aziz Abdul Talib. (1989). Psikolinguistik dan pengajaran bacaan di sekolah-sekolah
rendah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aimi Liyana, K., Hanis Maisarah, M., & Nor Fairos, H. (2016). Teachers' Perception On
Literacy , Numeracy and Screening (LINUS 2.0) Assessment Features Based On Year
1 Students' Performance . Research Journal of English Language and Literature
(RJELAL), 4(1).
Alred, A., Labat, M. B., Eadens, D. W., Labat, C. A., & Eadens, D. M. (2016). The impact of
principal emotional intelligence on teacher perceptions of school climate.
International Research in Higher Education, 1(2), 127–132.
http://doi.org/10.5430/irhe.v1n2p127
Auni Bazilah & Mohd Jasmy. (2019). Tahap penggunaan pendekatan belajar melalui bermain
dalam pengajaran bahasa inggeris di kalangan guru sekolah rendah. e-Jurnal
Penyelidikan dan Inovasi. 6(1), 176-190.
Burnett, C. (2010). Technology and literacy in early childhood educational settings: A review
of research. Journal of Early Childhood Literacy. 10. 247-270.
10.1177/1468798410372154.
Chew, F. P. (2012). Literacy among the secondary schools students in Malaysia. International
Journal of Social Science and Humanity, 2(6), 546–550. http://doi.org/10.7763/IJSSH.2012.V2.168
Creswell, J. W. (2014). Educational Research: Planning, conducting and evaluating
quantitative and qualitative research. United State of America: Pearson Education
Limited.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. (2017). Pusat perkembangan Kurikulum:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guttormsen, S.S. & Krueger, H. (2000). “Using New Technologies with Multimedia.” IEEE
Multimedia Magazine. July-September 2000.
Harison Othman. (2005). Kajian Tindakan: Meningkatkan kemahiran membaca dengan
menggunakan kaedah kad bacaan. Perlis. Institut Perguruan Perlis.
Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan
pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah &
menengah:Bidang akademik berfungsi. Kuala Lumpur.
Johnson, B. & Christensen, L. (2007). Educational research: Quantitative, qualitative and
mixed approaches, 3rd Ed. Thousand Oaks, CA: Sage.
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian dan Penilaian dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif Dan Kualitatif.
Shah Alam: McGraw-Hill.
Mazania Kasimin. (2009). Keberkesanan kaedah fonetik melalui teknik belajar sambil
bermain dalam menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu murid-murid
KIA2M. Jurnal Tinta Dinamik, 1, 35-38.
McNiff, J. (2013). Action research: Principles and practice (3rd ed.). Oxon: Routledge.
Mertler, C. A. & Charles, C. M. (2005). Introduction To Educational Research. 5th Edition.
New York: Pearson Education, Inc.
Nazirah Kamal Ruzaman & Abdul Rasid Abdul Razzaq. (2017). Penggunaan Aplikasi
Multimedia Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak
Sindrom Down. Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). Retrieved from https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4761
Ormrod, J.E. (2008). Education psychology developing learning (6th ed.). Upper Saddle, NJ:
Pearson Merrial Prentince Hall.
Thomas, B. M. (2010). The literacy instructional leader : Perceptions of the importance of
areas, responsibility and use of literacy knowledge elementary principals need to lead an effective literacy program. (Tesis Kedoktoran). Muat turun daripada Proquest Dissertation and Theses (UMI 3438787).
Vygotsky, L. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes.
Cambridge, MA: Harvard University Press.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional.
Published
2022-09-01
How to Cite
AFFENDI, Sofea Hanim; ABD MAJID, Rosadah. Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 3, p. 82-94, sep. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/19219>. Date accessed: 02 dec. 2022.
Section
Articles