Teraputik Dalam Didik Hibur Menarik Minat Belajar Bahasa Melayu Murid Pendidikan Khas

  • Ramuna Abdul Raffar UKM
  • Mohd Mokhtar Tahar

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti keberkesanan pendekatan Teraputik Dalam Didik Hibur Menarik Minat Belajar Bahasa Melayu Murid Pendidikan Khas. Teraputik ialah sesuatu yang menenangkan fikiran seseorang. Didik hibur ialah mendidik sambil menghibur atau turut dikenali sebagai “Fun Learning”. Murid pendidikan khas mempunyai pelbagai masalah menguasai kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, tingkahlaku dan emosi yang mudah terganggu. Sebutan artikulasi mereka lemah dan kurang fokus. Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan pendekatan terapeutik dalam didik hibur terhadap perkembangan kemahiran kognitif, kemahiran sosial dan komunikasi responden. Kajian ini berbentuk kualitatif.  Seramai 5 orang murid Pendidikan khas masalah pembelajaran telah dipilih sebagai responden.  Kajian ini mengunakan persampelan bertujuan. Kajian dilakukan mengunakan Model Kurt Lewin dan Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura. Pengumpulan data diperolehi melalui ujian pra, ujian pos, senarai semak dan temubual. Instrument mengandungi item-item kemahiran sosial yang diadaptasi dari Penilaian Perkembangan Kanak-kanak Secara Portfolio oleh Rohani Abdullah (2001). Hasil kajian mendapati pendekatan teraputik dalam didik hibur sesuai untuk murid masalah pembelajaran kerana mereka dapat terlibat secara langsung dengan setiap aktiviti pengajaran yang dilakukan dalam situasi menyeronokan. Memori yang menyeronokkan mudah disimpan untuk jangka masa yang lama. Semoga kajian seterusnya dapat melibatkan lebih ramai lagi responden dari murid pendidikan khas dan dilakukan dalam jangka masa yang lebih panjang.

References

Abdul Rahman Abdul Aziz. (2012). Humor (kecindan) dalam Pengajaran. Pulau Pinang : BERU Publication.
Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Perlaksanaan Pembelajaran menyeronokan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 3(2). Pp. 49-63. ISSN 2180-4842.
Azizah Abdul Rahim & Fazillah Mohamed Ismail.2016. Merangsang Kemahiran Komunikasi Pelajar Melalui Kaedah Didik Hibur. Seminar Bahasa Melayu. Menjana inovasi memarak inspirasi.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Modul Kursus Peningkatan Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ma’arof Redzuan & Sarjit S. Gill(Eds). Orang Asli : isu, tranformasi dan cabaran (hlm 57-70. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Mielonen, A. M.& Paterson, W.(2009). Developing literacy through play. Journal of Inquiry & Action in Education, 3(1).
Mohd Khairuddin Abdullah & Halimah Laji. (2014). Kepimpinan pengajaran dan sikap guru Bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4, Bil.1 (Mei), 48-58.
Owing Ji Seng, Azhar Md. Sabil & Shamsudin Othman. (2018). Tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. International Journal of Education and Training (IniJET)4 (2) November:1-9.
Ramlah Jantan. 2002. Mengesan perbezaan gaya pembelajaran dikalangan pelajar UPSI dan hubungan dengan pengunaan teknologi pengajaran. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-15.
Ramlah Jantan. 2013. Faedah bermain dalam kalangan kanak-kanak (4-6 tahun). Trend dan isu pengajaran dan pembelajaran. Volume 1. No.2, ms 59-69. Tanjung Malim : Penerbit UPSI.
Ramlah Binti Jantan, Nor Afini Bt Saad & Siti Fatimah Az-Zahra Bt Mohd. Fauzi. (2016). Aktiviti Didik Hibur Dalam Kalangan Guru Prasekolah Di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 5 (2016) :19-29.
Rohani Abdullah. (2001). Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak Secara Portfolio. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Rozita Radhiah Said, Abdul Rasid Jamian &Azhar Md. Sabil. (2016). Pengetahuan dan Kefahaman Skop pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu dikalangan jurulatih pakar pembangunan sekolah (SISC+). International Journal of Education and Training (IniJET), 2(2), 1-9.
Shaari, Abdul Sukor, Yusoff, Nuraini, Ghazali, Mohd Izam & Dali, Mohd Hasani. (2011). Kanak-kanak Minoriti Orang Asli di Malaysia: Mengapai Literasi Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian,. (2013). Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Jurnal Bahasa, 13(2), 292-312.
Yasmin Hussain & Zainal Arifin Ab. Ghani, 2013. Asas terapi muzik : panduan dan maklumat mengurus sesi terapi. Ampang : Pekan Ilmu Publication.
Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam pengajaran guru Bahasa Melayu : Kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(Mei), 51-65.
Published
2022-09-01
How to Cite
ABDUL RAFFAR, Ramuna; TAHAR, Mohd Mokhtar. Teraputik Dalam Didik Hibur Menarik Minat Belajar Bahasa Melayu Murid Pendidikan Khas. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 3, p. 95-105, sep. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/19215>. Date accessed: 02 dec. 2022.
Section
Articles