Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Arab Secara Dalam Talian Di Sekolah Rendah

  • Sharifah Khaliqah Syed Hasbullah
  • Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff
  • Mohd Isa Hamzah

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bahasa Arab secara dalam talian dari aspek tahap pengetahuan guru, kemahiran pentaksiran guru dan cabaran yang dihadapi. PBD secara dalam talian merupakan satu penilaian secara holistik yang dilaksanakan melalui pelbagai aplikasi pendidikan dalam talian seperti Google Classroom, Zoom, Microsoft Team, Telegram dan Whatsapp berpandukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seramai 126 orang guru BA di sekolah rendah dipilih. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Perisian SPSS 26 digunakan untuk menganalisa soal selidik yang dijalankan kepada responden dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru BA mempunyai kefahaman dan kemahiran untuk melaksanakan PBD secara dalam talian dengan memiliki skor min bagi setiap konstruk adalah tinggi dan sederhana tinggi, iaitu pengetahuan PBD guru (min= 4.60), kemahiran PBD guru (min= 4.34) dan cabaran pelajar (min=3.94). Implikasi kajian ini ialah guru -guru BA mempunyai kesediaan yang tinggi terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan PBD secara dalam talian.  Namun terdapat beberapa cabaran yang perlu diberi perhatian sepanjang pelaksanaannya secara dalam talian.

References

Abidah, A., Hidaayatullaah, H. N., Simamora, R. M., Fehabutar, D., & Mutakinati, L. (2020). The impact of covid-19 to indonesian education and its relation to the philosophy of “merdeka belajar”. Studies in Philosophy of Science and Education, 1(1), 38-49.
Azizah, A., & Z. M. (2020). Amalan Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) Bagi Pentaksiran Autentik Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah. Proceedings Of International Conference On The Future Of Education Iconfed) 2020.
Azreen, N. M. Hanis. (2021). Teaching Arabic Language from Home for Secondary Schools During Pandemic COVID-19 Lockdowns in Malaysia: Practices and Challenges.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Secara Dalam Talian, dilihat pada 17 Ogos 2021 dari Panduan-Pelaksanaan-PBD-Secara-Dalam-Talian.pdf (pendidik2u.my).
Febriani, S. R., Widayanti, R., Amrulloh, M. A., & Mufidah, N. (2020). Arabic learning for elementary school during COVID-19 emergency in Indonesia. OKARA: Jurnal Bahasa dan Sastra, 14(1), 67-80.
Hamat, M., Mahlan, S. B., & Ch’ng, P. E. (2020). Adaptasi Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik Covid-19. Shah Alam: Sig: E-Learning@ Cs.
Langford, M. (2020). Atas talian Teaching in the Time of COVID-19 : Academic teachers’ experiences in Norway. Centre of Experiential Legal Learning (CELL), 2(April), 1–35.
Mahlan, S. B., & Hamat, M. (2020). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Shah Alam: Sig: E-Learning@ Cs, 14-22.
Maslan, M., & Nor, M. Y. M. (2020). Kebolehlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) Secara Atas Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (Pkp) Di Daerah Sentul, Kuala Lumpur. In Webinar) Seminar Nasional Pendidikan 2020 (Vol. 1, No. 1, Pp. 213-218).
Norul Azmi, N. A., & Zakaria, N. S. (2019). Isu Pelaksanaan Komunikasi Bukan Lisan Dalam Pengajaran Bahasa Arab Melalui Atas Talian: The Issue Of Nonverbal Communication Practice In Arabic Language Teaching Via Online Platform. Al-Irsyad: Journal Of Islamic And Contemporary Issues, 4(2), 110-124.
Omar, S. S. H. W. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap Dan Masalah Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah (Knowledge, Skills, Attitude And Problem Of Teacher's In Implementing Classroom Assessment Malay Language In Primary Schools). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 56-67.
Phang, F. A. (2020). Pembelajaran atas talian untuk pembelajaran sepanjang hayat. Dilihat pada, 2.
Salleh, N. F. M. (2020). Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan Di Malaysia. Diakses Dari: Https://Www. Researchgate. Net/Publication/342886967_pandemik_coronavirus_covid_19_pembelajaran_dan_pengajaran_secara_atas_talian_suatu_keperluan_di_malaysia [23 Ogos 2021].
Thannimalai, T., & Baloh, S. (2021). Cabaran Pdpr Bahasa Tamil Di Sekolah Luar Bandar [Challenges Of Tamil Language Pdpr In Rural Schools]. Muallim Journal Of Social Sciences And Humanities, 183-190.
Published
2022-08-01
How to Cite
SYED HASBULLAH, Sharifah Khaliqah; NIK YUSOFF, Nik Mohd Rahimi; HAMZAH, Mohd Isa. Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Arab Secara Dalam Talian Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 2, p. 309-320, aug. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18982>. Date accessed: 26 sep. 2022.
Section
Articles