Aplikasi Intervensi Kaunseling Terhadap Masalah Personaliti bagi Setiap Tahap Perkembangan Psikologi
Abstract
Apabila wujudnya masalah penyesuaian maka anak mangsa pencerian akan mengalami rasa kehilangan, kemarahan dan kemurungan terhadap diri sendiri, ibu bapa dan kehidupan pasca perceraian. Keadaan ini menjejaskan harga diri, kebolehsuaian, sistem kepercayaan dan tingkah laku sehingga akhirnya menjadi mangsa masalah personaliti kluster B apabila berpersonaliti dramatik dan beremosi sehingga mendedahkannya pada risiko gangguan emosi dan kemurungan.Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap perkembangan psikologi yang mencetuskan masalah personaliti, mengenalpasti pandangan teori daripada aspek barat dan Islam yang bersesuaian dengan tahap perkembangan psikologi serta menyediakan perancangan rawatan untuk pemulihan yang melibatkan teknik- teknik kaunseling bagi setiap tahap perkembangan. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan apabila seorang remaja mangsa perceraian telah dipilih sebagai sampel kajian melalui dua sesi kaunseling. Berdasarkan transkrip sesi terapi maka data kualitatif dikumpulkan dan analisis kandungan digunakan untuk meneliti data berdasarkan transkrip sesi kaunseling. Dapatan kajian mendedahkan bahawa klien tidak melalui proses perkembangan psikoseksual dengan jayanya akibat tersekat atau berlaku lekatan (fixation) pada peringkat perkembangan psikoseksual seperti peringkat latency dan phallic maka pandangan pendekatan psikoanalisis dan terapi spiritual kaedah Tazkiah al-Nafs sesuai diaplikasikan bagi setiap tahap perkembangan psikologi klien malah perancangan rawatan melalui tingkah laku kognatif (CBT) turut diapilikasikan bagi membantu pemulihan klien pasca perceraian menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Dapatan kajian ini dapat membantu pengkaji dalam menentukan keberkesanan aplikasi intervensi kaunseling dalam menangani masalah penyesuaian anak mangsa pasca perceraian untuk kajian tahap perkembangan psikologi akan datang.
References
Asanjarani, F., Jazayeri, R., Fatehizade, M., Etemadi, O. & De Mol, J. (2017). The effectiveness of Fisher’s rebuilding group intervention on divorce adjustment and general health of Iranian Divorced Women. Journal of Divorce & Remarriage, 59(2), 108-122
Bryman, A. & Bell, E. (2007). The nature of quantities research. Business research methods (2nd ed.). Oxford University.
Burlachuk, L. F., & Mikhailova, N. B. (2002). To psych diagnostic theory of situations. Psychological Journal, 1(23), 5-17.
Clarke-Stewart, A., & Brentano, C. (2006). Divorce: Causes and consequences. Yale University Press.
Gahler, M. (2006). To divorce is to die a bit: a longitudinal study of marital disrupt and psychological distress among Swedish women and men. The Family Journal Counseling and Therapy for Couples and Families, 14(4), 372–82.
Froese-Germain, B., & Riel, R. (2012). Understandint teachers’ perspectives on student mental health: findings from a national survey. Canada: Canadian Teachers' Federation.
Hamzah, A. (2010). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 6(1), 1-12.
Jennings, J. L., & Deming, A. (2013). Effectively utilizing the “behavioral” in cognitivebehavioral group therapy of sex offenders. International Journal of Behavioral Consultation and Therapy, 8(2), 7-15.
Juliah Binti Subandi, Puteri Hayati Megat Ahmad, Nurul Hudani Mad Nawi. (2016). Rawatan Kaunseling Penyalahgunaan Dadah Menggunakan Strategi Motivational Interviewing (MI): Satu Kajian Kes dimuat turun daripada http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/ my.ums.eprints.31562/Details
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Depression, anxiety and stress among firefighters at one of balai bomba in Negeri Sembilan - a case study. Jurnal Psikologi Dan Kaunseling, 8, 194-211. Miller, W. R. & Rollnick, S. (2013). Motivational Interviewing. Helping People Change (3rd ed.). New York: Guildford Press.
Neukrug, E. S. & Schwitzer, A. M (2003). Skills and tools for today’s counsellors and psychotherapists. Pasific G
Nur Azmina Paslan, Mohamad Hashim Othman (2021). Keberkesanan Intervensi Kaunseling Terhadap Penyesuaian Diri Wanita Pasca Perceraian dimuat turun daripada http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2021-44-12-18.pdf
Paslan, N. A., & Othman, M. H. (2021). Keberkesanan Intervensi Kaunseling Terhadap Penyesuaian Diri Wanita Pasca Perceraian. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(44), 232-243.
Pearson, F. S., Lipton, D. S., Cleland, C. M., & Yee, D. S. (2002). The effects of behavioral/cognitive-behavioral programs on recidivism. Crime and Delinquency, 48(3), 476-496.
Puteri Hayati Megat Ahmad. (2015). Kaunseling Motivasi Dalam Penyalahgunaan Dadah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Prochaska, J. & Norcross, J. (2004). System of psychotherapy; A transtheoritical analysis (5th ed.). New York: Wadsworth.
Seligman, L. (2004). Diagnosis and treatment planning in counseling (3rd ed.). New York: Plenum Press.
World Federation for Mental Health. (2010). Depression: What you know can help you - International perspectives on depression for people living with depression and their families. USA: World Federation for Mental Health.