Penggunaan Microsoft Forms Untuk Memudahkan Proses Penilaian Tugasan Pelajar Secara Dalam Talian

  • Intan Zarina Ghazali POLITEKNIK SEBERANG PERAI
  • Ku Adnan Ku Hassan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memudahkan proses penilaian tugasan pelajar yang dijalankan secara dalam talian dengan lebih sistematik. Kajian dijalankan terhadap 21 orang pensyarah yang mengajar di Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Seberang Perai (PSP). Isu yang dihadapi ialah kesukaran pensyarah dalam proses mengakses dan menilai setiap tugasan pelajar yang telah dihantar secara dalam talian di dalam aplikasi Microsoft Teams (MS Teams). Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian dan temubual terhadap pensyarah yang terlibat. Analisis tinjauan masalah menunjukkan pengurusan sistem penilaian tugasan pelajar kurang sistematik dan agak rumit. Majoriti pensyarah meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan kaedah yang digunakan semasa proses penilaian tugasan pelajar secara dalam talian. Sehubungan itu penggunaan aplikasi Microsoft Forms (MS Forms) diperkenalkan untuk membantu pensyarah mengakses dan menilai tugasan pelajar secara lebih cepat dan sistematik. Satu sesi pengajaran dan perkongsian ilmu telah dijalankan untuk menerangkan cara-cara penggunaan aplikasi MS Forms kepada semua pensyarah yang terlibat. Analisis soal selidik yang telah diedarkan selepas aktiviti intervensi dilaksanakan menunjukkan respons yang positif di mana penggunaan aplikasi MS Forms sangat membantu pensyarah dalam memudahkan proses penilaian tugasan pelajar secara dalam talian. Kaedah ini lebih menjimatkan masa pensyarah untuk mengakses fail pelajar kerana semua fail berada dalam folder yang sama. Susunan fail-fail pelajar juga lebih teratur dan mudah diakses untuk proses semakan. Masalah keciciran penghantaran tugasan dari pelajar juga dapat dikurangkan. Penggunaan MS Forms ini juga secara tidak langsung memberi impak positif kepada motivasi kerja pensyarah untuk menjalankan tugas hakiki dengan lebih optimis dan cemerlang.

References

Arzizul Bin Antin & Dg. Norizah Binti Ag Kiflee @ Dzulkifli1 (2018). Pengaruh Beban Tugas dan Motivasi Terhadap Keefisienan Kerja Guru Sekolah Menengah di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Volume 3, 77-84.
Kemmis, S. and McTaggart, R. (eds) (1988). The Action Research Planner. (Third Edition) Waurn Ponds: Deakin University Press.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Published
2022-08-01
How to Cite
GHAZALI, Intan Zarina; KU HASSAN, Ku Adnan. Penggunaan Microsoft Forms Untuk Memudahkan Proses Penilaian Tugasan Pelajar Secara Dalam Talian. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 2, p. 321-332, aug. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18862>. Date accessed: 26 sep. 2022.
Section
Articles