Mengkaji Kelemahan dan Kekuatan Dalam PdP Pengaturcaraan C#: Satu Kajian Kes
Abstract
Kajian kes ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pensyarah pengaturcaraan C# serta persepsi pelajar mengenai penggunaan teknologi dalam bahasa pengaturcaraan C# ini. Kajian penyelidikan ini menggunakan pendekatan kajian campuran kualitatif dan kuantitatif ke atas 13 orang sampel pelajar dan dua orang sampel pengajar melalui kaedah kajian temu bual separa struktur dan soal selidik. Kajian kes ini dilaksanakan untuk mengenal pasti permasalahan yang berlaku dalam PdP yang sedia ada yang menyebabkan ketidak pahaman dan kekeliruan dalam kalangan pelajar mengenai pengaturcaraan C#. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran pengaturcaraan. Selain itu, pensyarah juga turut menyatakan teknik dan kaedah yang mampu menarik minat pelajar dalam pengaturcaraan. Pensyarah juga turut memberi respon yang positif terhadap pembelajaran pengaturcaraan yang membina teknologi Augmented Reality. Hasil daripada kajian ini, satu kajian pembangunan dan pelaksanaan kursus Augmented Reality yang menggunakan bahasa pengaturcaraan C# akan dibangunkan dengan menggabungkan pemikiran komputasional dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar.
References
Christoper Hideg, Debatosh Debnath PhD & Senior Member IEEE. (2017). An Introductory Programming Course Using Video Game Design and Unity. IEEE 2017 International Conference on Electro Information Technology. 456 – 461.
Joanna Jesionkowska, Fridolin Wild & Yann Deval. (2020). Active Learning Augmented Reality for STEAM Education- A Case Study. Education Sciences.
Lourdes M. Padirayon. 2019. The designed gamification application architecture and elements for a C# programming course. Proceeding of the 2019 4th International Conference on Multimedia Systems and Signal Processing. P67-72.
Matthew, H., Nilufar, B., Pedrito, R., Jonathon, L., Tharindu, R., Travers, H., Simon, D. & John, C. (2017). Designing a Novel Educational Game for Teaching C# Programming. 9th International Conference on Computer Supported Education – CSEDU 2017.
Min-Chai Hsieh & Shu-Hsaing Chen. (2019). Intelligence Augmented Reality Tutoring System for Mathematics Teaching and Learning. Journal of Internet Thing. Vol.20, No.5, p1673-1681.
NurHuda, M.S. & Nor Hafizah, A. 2020. Designing Teaching and Learning for C# Programming through Massive Open Online Courses (MOOCs). Asian Journal of Research in Education and Social Sciences. Vol:3, 41 – 48.
Roslina Bin Mohd Nor, Nik Mohd Rahimi Bin Nik Yusoff & Hmadzun Bin Haron. (2020). Meneroka Kaedah Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual Selangor (GCPSV): Satu Kajian Kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Vol.5, No.5, p125-140.
Siti Sakinah Mohd Yusof, Saemila Marlini Mohd Rufin, Aizu Khalili Zohedi & Ng Choon Hong. (2018). Penggunaan Bahasa Pengaturcaraan Secara Visual Bagi Mengurangkan Kesalahpahaman Konsep Pengaturcaraan Dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Pendidikan Dedikasi. Vol.14, p150-162.
Vegh, L. & Stoffova, V. (2019). Learning Object-Oriented Programming by Creating Games. The 15th International Scientific Conference “eLearning and Software for Education”. Vol:1, 20 – 29.
Wong Yoke Seng, Maizatul Hayati, M.Y. & Tan Wee Hoe (2018). Learning Object-Oriented Programming Paradigm via Game-Based Learning Game- Pilot Study. The International Journal of Multimedia & Its Applications (IJMA). Vol.10. No.6: p181 – 187.