Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan
Abstract
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah satu fenomena yang baru. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) banyak mempengaruhi budaya masa kini, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) anjakan ketujuh dari 11 anjakan dalam pelan tersebut adaah mengenai keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Anjakan ketujuh bertujuan untuk meningkatkan kapasiti internet dan pembelajaran lebih kursus selain dimanfaatkan dalam mata pelajaran kritikal. Pembelajaran maya yang merupakan proses PdPc berasaskan internet turut berkembang dalam era TMK ini. Secara tidak langsung, ia akan membantu dan memudahkan pengajaran berkualiti guru dan menarik minat murid untuk belajar. Dalam menerapkan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masalah seperti kesukaran dalam melaksanakan sistem TMK disebabkan kurangnya kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi. Guru lebih memilih menggunakan kaedah pengajaran tradisional berbanding pengajaran secara teknologi kerana kurang pengetahuan untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sikap guru dalam menyampaikan maklumat mengenai TMK juga merupakan salah satu faktor yang membuatkan murid kurang berminat dalam mempelajari dan menggunakan TMK semasa proses pembelajaran. Justeru itu, pelbagai strategi dan kaedah yang perlu seorang guru rancang bagi melaksanakan pengajaran yang menarik dan kreatif dengan menggunakan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan TMK sebagai alat bantuan untuk proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dengan lebih kreatif serta dapat menarik minat murid serta memberi motivasi kepada murid untuk belajar.
References
Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwani Mat Salleh, Intan
Farahana Kamsin, Helmi Norman, Nor Mohamad Ismail & Ahmad Syukri Mohamad Zaid. 2015. Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika Journal. 5(1): 51–59.
Chee, H.M., Onn, C.W., dan Hwa, S.P. 2010. Implementation of LMS among Private Higher Learning Institutions in Malaysia. Proceedings of Knowledge Management International Conference, pp. 157-163
Darling-Hammond, L., Zielezinski, M.B., dan Goldman, S. 2014. Using Technology to Support At-Risk Students' Learning. Technical Report. Alliance for Excellent Education: Washington.
Deore, K.V. 2012. The Educational Advantages of Using Internet. International Educational E-Journal, 1(2), pp: 111-112.
Donkor, A. 2018. In-service teachers’ use of ICT in teaching Mathematics in Ghana. A case study in the Cape Coast Metropolis. Tesis Dr. Fal, University of Cape Coast.
Drew Polly. 2011. Examining Teachers Enactment of Technological Pedagogical and
Content Knowledge (TPACK) in their Math Teaching after Technology Professional Development. Journal of Computers in Mathematics and Science 30(1), 37-59.
Gabare, C., Gabarre, S., Rosseni Din, Parilah Mohd Shah, & Aidah Abdul Karim. 2014.
iPads in the foreign language classroom : A learner ’ s perspective. The Southeast Asian Journal of English Language Studies, 20(1), 115–128.
Ghavifekr, S., Ahmad Zabidi Abd Razak, Muhammad Faizal A.Ghani, Ran, N. Y., Meixi, Y., & Tengyue, Z. 2012. ICT Integration In Education : Incorporation for Teaching & Learning Improvement. The Malaysian Online Journal of Educational Technology, 2(2), 24–45.
Ghavifekr, S., Kunjappan, T., Ramasamy, L. & Anthony, A. 2016. Teaching and learning with TMK tools: Issues and challenges from teachers’ perceptions. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 4(2), 38-57.
Habibah Hj. Lateh & Vasugiammai Muniandy. 2011. GIS dalam pendidikan geografi di Malaysia: Cabaran dan potensi. Diakses pada 19 Januari 2021 daripada http://pkukmweb.ukm.my/geografia/images/upload/4.2011-1-habibahlateh-melayu4.pdf.
Kaware, S. S. 2015. International Journal of Multidisciplinary Approach and Studies, 02(1).
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Mailizar, M. 2018. Investigating Indonesian teachers’ knowledge and use of ICT in mathematics teaching. Tesis Dr. Fal, University Of Southampton.
Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. 2010. Sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolahsekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1): 59-65.
Mingmei Yu, Allan H.K., Yuen & Jae Park. 2012. Using Web 2.0 Technologies - Exploring Perspectives of Students, Teachers and Parents. Interactive Technology and Smart Education Journal. 9(4): 204 – 216.
Morsund, D. 2005. Introduction to Information and Technology in Education. IST Publication.
Norazrena, & Khairul Anuar. 2007. Pengaplikasian Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan Terhadap Pelajar Pendidikan Khas. In Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (pp. 201–218).
Rabaya Muhamad & Norazah Nordin. 2014. Penggunaan Aplikasi Sumber Pembelajarann Terbuka (OER) Sebagai Media Pengajaran di 11 Kalangan Guru-Guru. Seminar Aliran
Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan, disunting oleh Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Mohd Jasmy Abd Rahman. 39-44. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.
Rai, A., Yadav, A., Yadav, D., dan Prasad, R. 2013. A Conceptual Framework for Elearning. IEEE International Conference in MOOC Innovation and Technology in Education (MITE), pp. 209 - 213.
Rubin, B., Fernandes, R., dan Avgerinou, M.D. 2013. The effects of technology on the Community of Inquiry and satisfaction with online courses. The Internet and Higher Education, Vol. 17, pp: 48-57
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1): 25-34.
Sirje Virkus & Alice A. Bamigbola. 2011. Students' Conceptions and Experiences of Web 2.0 Tools. New Library World Journal. 112 (11/12): 479 - 489.
Suzana Shaharuddin, & Fariza Khalid. 2014. Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian Google - Satu Analisis Kajian Lepas. In Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan (Vol. 1, pp. 25–32).
Tinio L.V. 2003. ICT in Education. New York: UNDP-APDIP.
Vekiri, I. 2010. Socioeconomic Differences in Elementary Students’ ICT Beliefs and Out-ofSchool Experiences. Computers and Education Journal. 54 : 941-50.
Wan Zah Wan Ali, Hajar Mohd Nor, Azimi Hamzah & Hayati Alwi. 2009. The conditions and level of ICT integration in Malaysian Smart School. International journal of education and development using ICT, 5(2).
Zaira, R., Bahador Zolkefli, B. & Saidon, K. 2016. Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Vle Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah. Proceeding of ICECRS, 1023-1032.