Penguasaan Kemahiran Lisan Bakal Guru Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Masalah Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik

  • Mohamad Ikhmal Abdul Aziz
  • Marzni Mohamed Mokhtar
  • Md Mustakim Md Usman
  • Mohamad As Syafie Aziz

Abstract

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) semasa pandemik sememangnya memberi cabaran yang getir kepada semua guru. Pelbagai masalah dan rintangan perlu dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dalam lapangan pendidikan, guru turut terkesan dengan keadaan ini dan perlu menjadi lebih kreatif dalam mempelbagaikan strategi pengajaran bagi mengajarkan kemahiran berbahasa dengan lebih berkesan. Melihat pada permsalahan ini, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran dan masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu. Teori Behaviorisme telah digunakan sebagai kerangka panduan meneliti tahap pengetahuan, kemahiran dan masalah pembelajaran dalam talian dala kajian ini. Penglibatan responen kajian adalah terdiri daripada 80 orang bakal guru Bahasa Melayu yang mengikuti program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan bagi kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif. Borang soal selidik secara dalam talian telah dibangunkan bagi mengumpulkan info daripada responden yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi tahap pengetahuan ialah 4.48 dan nilai sisihan piawai ialah 0.697. Skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi tahap kemahiran pula ialah 4.53 dan 0.605. Akhir sekali, skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian ialah 4.25 dan 0.793. Tuntasnya, bakal guru Bahasa Melayu dilihat bersedia untuk melaksanakan PdPDT dengan lancar walaupub terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran integrasi teknologi dalam proses pengajaran.

References

Abdul Rasid Jamian, and Shamsudin Othman, and Sufiza Ishak, (2013) Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (MyLEJ), 3 (1), 42-51.
Bani Hidayat Mohd Shafie. (2020). Pelaksanaan pdpc dalam talian (OLL) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) Fasa 1 dan 2 Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 2, No. 2, 213-221.
Feida Noorlaila Isti`adah. (2020). Teori-teori belajar dalam pendidikan. Jawa Barat: Edu Publisher.
Fenny Lau Yeo Feng, Kee Guek Fen, Khoo Phau Liang dan Lee Huoy Shin. (2021). Kaedah pengajaran dalam talian guru bahasa Melayu dan motivasi murid sekolah jenis kebangsaan cina sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM. Vol.11, Bil. 1(Mei 2021), 57-74.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2. Putrajaya:Bahagian Pembangunan Kurikulum
Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Nasruddin Yunos (2006). Hubungan kreativiti dan ilmu pengetahuan. Jurnal Pengajian Umum Bil. 7, 41-52.
Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah dan Khadijah Abdul Razak. (2020). Isu dan cabaran penggunaan mooc dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research Policy & Practice of Teachers & Teachers Education Vol.10, No.1, 78-95.
Norjietta Julita Taisin. (2018). Keberkesanan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Kadazandusun Dalam Kalangan Guru Bahasa Kadazan dusun Sekolah Rendah.
e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018 PASAK3 2018. 23-24 April 2018 . Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 363-378.
Rozana Jaafar (2020). Strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis dalam kalangan pelajar etnik cina dan india ketika belajar bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM. Vol. 10, Bil. 1(Mei 2020), 64-76.
Siti Saniah Abu Bakar. (2013). Kekangan pelajar asing dalam menggunakan kemahiran bertutur bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM. Vol. 3, Bil. 1, (Mei 2013), 56-62.

Siti Nurbaizura Che Azizan dan Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan home based learning (HBL) semasa tempoh pandemik covid-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and LiteratureJilid 11 Edisi Khas, 2020, 46-57.
Tiga beradik daki bukit untuk dapat internet ikuti PdPR. (19 Jun 2021). Sinar Harian. Dicapai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/145216/EDISI/Tiga- beradik-dakibukit-untuk-dapat-internet-ikuti-PdPR
Ummu Salma Mohiddin dan Fariza Khalid. (2014). Tahap pengetahuan guru sekolah rendah dalam penggunaan vle-frog untuk pengajaran & pembelajaran. The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014), 780-788.
Yahya Buntat, Zakaria Mohd. Yusof & Meor Ibrahim Kamaruddin. (2006). Kemahiran employability: tanggapan guru terhadap penerapannya di sekolah, satu kajian kes. Diakses pada 11 Januari 2013 http://eprints.utm.my/2235/1/7_8.pdf (
Woolfolk, A. E. (1998). Educational psychology. Boston: Allyn & Bacon.
Yogeswary Kuppusamy dan Helmi Norman. (2021). Kemahiran teknologi dan kesedian melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa era pandemik dalam kalangan guru di sekolah rendah tamil. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 428-441.
Zarien Nurlieyana Aminuddin, Azhar Md. Sabil dan Abdul Rasid Jamian. (2020). Teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus bahasa Melayu di institute pendidikan guru (IPG). ENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 11 No.2, 18-32.
Published
2022-06-01
How to Cite
ABDUL AZIZ, Mohamad Ikhmal et al. Penguasaan Kemahiran Lisan Bakal Guru Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Masalah Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 2, p. 103-114, june 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18367>. Date accessed: 26 sep. 2022.
Section
Articles