Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah STPM di Kalangan Pelajar Semester 1, SABS Melalui Gampang Bermadu 2, 3.0
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi memantapkan kemahiran menulis esei Sejarah peringkat STPM. Seramai 18 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam Semester 1 di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan. Kajian ini difokuskan kepada kemahiran penulisan esei sejarah yang terdiri daripada perenggan pendahuluan yang mengikut sistem pemerengganan, manakala bagi perenggan isi pula penekanan kepada penggunaan kata kunci serta penanda wacana yang tepat dan kemahiran menghuraikan isi, serta penulisan perenggan penutup yang sesuai bagi memenuhi piawai yang diperlukan dalam jawapan peperiksaan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian diagnostik. Hasil menunjukkan pelajar kurang berkemahiran menghasilkan esei yang lengkap dan cemerlang. Seterusnya diperkenalkan kaedah “Gampang Bermadu 2” kepada pelajar secara berperingkat. “Gampang Bermadu 2” dipraktiskan dalam sesi latihan penulisan esei sejarah iaitu dalam tempoh empat bulan (Julai 2020 hingga Oktober 2020). Berdasarkan semakan tugasan, keputusan ujian formal dan diagnostic telah menunjukkan pelajar dapat menguasai dan meningkatkan kemahiran menulis esei sejarah mengikut keperluan peperiksaan STPM yang sebenar. Penggunaan “Gampang Bermadu 2” telah membolehkan pelajar memantapkan kemahiran penulisan esei sejarah STPM dengan baik.
References
Hee Jee Mei (2011). Topic 7: Instrumen Kajian [PDF]. OCW.utm.my/pluginfile.php/ 2454/mod_resource/content/0/to[pic7instrumentkajian.pdf
Norhayati, C. H. (2011). Bab 3: Metodologi Kajian [PDF]. studentrepo. um.edu.my/5521/5/ Bab_3.pdf
Jamjah Ban (2018). Memantapkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah STPM Menggunakan “Sarang” dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 UM. Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam, 2.
Hishamudin Ibrahim. (2019). Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah Melalui Kaedah “Gampang Bermadu”.
Hishamudin Ibrahim. (2020). Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah Melalui Kaedah “Gampang Bermadu 2.0”. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 188-191.
Mohd Khir Mohd Kassim. (2008, June 2). Teknik Mengolah Karangan STPM. http://khirkassim. blogspot.com/2008/06/teknik-mengolah-karangan-stpm. html
Che Yusrina Che Soh. (2016). Kaedah “ATHCOHP”. SMK Medanit’s Action Research.
Yatiman Karsodikromo & Mijel, S. M. (2018). Keberkesanan Teknik PITaP Dalam Meningkatkan Kemahiran Menjawab Esei Sejarah STPM [PowerPoint Slides]. https://www.slideshare. net/YatimanNormanja/keberkesanan-teknik-pitap-dalam-meningkatkan-kemahiran-menjawab-essei-sejarah-stpm
Ahmad Fikri Ab Rahman (2019). Teknik Lakaran Bersama Peta Alir I-think Meningkatkan Kemahiran Menjana Idea Murid Etnik Lun Bawang Dalam Karangan Autobiografi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1).
Bella Esperto (2016). Model Kajian Tindakan. http://bellaesperto.blogspot.com/p/model_20.html
Rashman (2011, Julai 15). Panduan Menulis Esei Sejarah 1 STPM. Blog Sejarah STPM. https://sejarahstpm.blogspot.com/2008/07/
CikguSTPM Blogspot, October 15, 2011
Johari Kassim (2019). Modul Labu Emas Sejarah STPM Semester 1.