Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru

  • Nurul Aishah Asmuri Mrs
  • Mohd Izham Hamzah
  • Mohamed Yusoff Mohd Nor

Abstract

Kepimpinan instruksional guru besar adalah salah satu kepimpinan yang dapat menyumbang     kepada tahap kepuasan kerja guru. Kepimpinan instruksional guru besar dapat dilihat dari kemampuan serta kompetensi guru besar dalam pengurusan dan perubahan bagi meningkatkan produktiviti dan kejayaan sesebuah sekolah. Tujuan kajian ini adalah bagi melihat tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan tahap kepuasan kerja guru. Hasil kajian ini diharap dapat membantu Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor bagi menyediakan keperluan dan kemahiran       yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti guru besar. Reka bentuk kajian ini adalah   kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Manakala borang soal selidik diberikan kepada 201 orang guru dari 10 buah sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan pekali kolerasi yang positif dan tinggi iaitu nilai Pearson Correlation (r) =.835    dan paras signifikan (p) =.000. Tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar adalah tinggi dengan nilai min 3.7 dan tahap kepuasan kerja dengan skor min 4.14. Dapatan ini diharap dapat dijadikan panduan kepada Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Selangor bagi merangka program yang bersesuaian dalam meningkatkan amalan kepimpinan instruksional guru besar dan kepuasan kerja guru. Kajian ini menunjukkan amalan kepimpinan instruksional guru besar releven untuk diaplikasi di sekolah dan amat penting bagi mengembangkan potensi guru serta berupaya meningkatkan tahap kepuasan kerja guru.

References

Abdul Ghani A. (2011). Gaya-gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur:PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.
Abdul Ghani, Ekerim D. C. & Ying L. L. (2019). Pengaruh Moderator Bagi Komuniti
Pembelajaran Professional Terhadap Kepimpinan Instruksional Pengetua Dan Efikasi Kolektif Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 6:3
Abdul S. (2004). Ucap Tema:Kepimpinan Unggul Tonggak Bidang Pendidikan Cemerlang.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke – 12. Anjuran IAB, Genting Highlands, Pahang:6-9 Disember.
Ali A. (2017). Amalan Kepimpinan Instruksional guru Besar dan Hubungannya Dengan
Tahap Komitmen Guru Sekolah Pedalaman Daerah Kapit. Tesis sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chitra S. (2019). Hubungan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dengan Komitmen Guru
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (Sekolah Rendah) Di Negeri Melaka.
Journal of Ilmi Jilid 9; 1-14.
Danielle Foong C. Y. & Mohd Khairuddin A. (2018). Kepimpinan Instruksional: Konsep,
Model, Pendekatan dan Skala Pengukuran. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special issue (2018).
Evonne Lai E. F. & Crispina Gregory K. H. (2017). Hubungan Kepimpinan Pengetuan
Dengan Motivasi Guru. International Journal Education, Psychology and Counseling. V(2) : 5 145-159.
Faridah O.& Norazlinda S. (2017). Kepimpinan Instruksional dan Gaya komunikasi
Pengetua dengan komitmen Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Harian di Negeri Kedah. Proceeding of International Conference on the Schorlaship of Teaching and Learning (ICSOTL), 4-5 April UUM EDC Hotels&Resorts.
Gaya kepimpinan Guru Besar dan Tahap Efikasi Guru.(2016). Journalof Personalize Learning.
(1)2016, 7-17
Ghazali D. & Sufean H. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan:
Amalan Dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Goh Geok P. (2012). Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kepuasan Guru Terhadap Latihan
Dalam Perkhidmatan Di Sekolah Menengah Daerah Segamat.Tesis Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Hallinger, P. (2000). A Review Of Two Decades Of Research On The Principalship Using The
Principal Instrutional Management Rating Scale. Retrieved from http://www.leadingware.com
Jaini D. & Mohd Izham M. H. (2019). Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dan
Hubungannya Dengan Komitmen Guru: Kebolehlaksanaan Standard 1SKPMG2.
Proceeding icge vi volume 2_104.pdf.
Junaidah Abdul J. (2012). Mengurus Program Instruksional. Dalam James Ang J. E &
Balasandran R. Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal. Selangor: PTS
Akademia.
Kamaruzaman M. (2012). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia
(SKKSM). http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.my/2012/09/standard-kompetensi-
kepengetuaan.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan2013-2025. KPM,
Putrajaya.
Latip, M. (2007). Pelaksanaan Kepimpinan Pengajaran Di Kalangan Pengetua Sekolah.
SeminarPenyelidikan Pendidikan. Institut Perguruan Batu Lintang.
Lee Bin S. & Shukri Z. (2016). Pengaruh Kepimpinan Instruksional, Efikasi dan Tugas
Rutin pengetua Terhadap Pencapaian Akademik. Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities (MJSSH) Volume 1, Issues 3,June 2016.
Lokman Mohd.T., M.Al Muzammil & Mislina S. (2013). Impak Strategi Politik
Terhadap Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Cemerlang. Jurnal Teknologi
(Sosial Science).Vol.60, No.1.
Mohd Hasrl Hadi M. H. (2017). Hubungan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dengan
komitmen guru di Sekolah Luar Bandar dalam Daerah Jeli Kelantan. Tesis Sarjana,
Universiti Utara Malaysia.
Noorshazrina F.& Mohd Izham M. H. (2017). Amalan Kepimpinan Instruksional
Guru Besar danHubungannya Terhadap Guru Sekolah Rendah Di Daerah Lawas.
Prosiding Seminar Pendidikan Transactions STED (2017). Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Nor Azni A. A., Foo Say F., Soaib A. & Aminudin H. (2014). Kepimpinan Instruksional
Pengetua Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Proceeding of the Global Summit on Education GSE(2014).Kuala Lumpur,Malaysia, 4- 5 March 2014.
Noor Asma I. & Mohamed Yusoff M. N. (2017). Tahap kepimpinan Instruksional
Dan Rekabentuk Instruksional Pengetua Di Sekolah-sekolah Menengah Daerah
pendang, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana Jilid (1) Dis 2017:1:13..
Rozaini. (2010). Amalan Kepimpinan Instruksional Dalam Kalangan Guru Besar Di Sekolah
Menengah cemerlang. Tesis sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rozila Md. Y. & Jamalul Lail A. W. (2019). Kepimpinan Instruksional Pengetua Dan
Hubugannya Dengan Komitmen Guru Di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di daerah Seremban. International Journal Education, Pychology and Counseling.V(4) :
33. 107-121.
Published
2022-06-30
How to Cite
ASMURI, Nurul Aishah; HAMZAH, Mohd Izham; MOHD NOR, Mohamed Yusoff. Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 2, p. 115-127, june 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18286>. Date accessed: 25 sep. 2023.
Section
Articles