Gaya Kepimpinan Guru Besar, Stress Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah

  • Betty James The National University of Malaysia
  • Saleh Amat

Abstract

Perubahan yang berlaku dalam arena pendidikan menuntut kecekapan guru terutamanya dalam menangani isu stress bagi memastikan kepuasan kerja guru terjamin. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya kepimpinan guru besar, tahap stress, tahap kepuasan kerja dan melihat hubungan antara tahap stress dan kepuasan kerja guru. Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif. Populasi kajian terdiri daripada guru sekolah rendah di Kawasan luar bandar dan pedalaman di daerah Kinabatangan. Kaedah persampelan rawak digunakan dan seramai 242 orang responden terlibat sebagai sampel kajian. Intrumen kajian adalah dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai serta analisis korelasi Spearman melalui perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian mendapati bahawa, gaya kepimpinan yang paling dominan diamalkan oleh guru besar adalah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan (M=3.68, SP=0.80. Dapatan juga menunjukkan tahap stress guru berada pada tahap yang rendah (M=3.69, SP=1.08) dan kepuasan kerja berada pada tahap yang tinggi (M=3.89, SP=1.08). Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara tahap stress dan kepuasan kerja guru (r=0.59, p<0.01). Oleh itu, pihak yang berkaitan boleh memanfaatkan dapatan kajian ini untuk memastikan guru mampu menangani stress dan mengekalkan tahap kepuasan kerja yang tinggi agar produktiviti dan prestasi kerja dapat ditingkatkan.

References

Aida Othman (2013). Manual Pembangunan Kurikulum Program Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia
Humphrys, S. M., & Heldsinger, S. A. (2014). Common Structural Design Features of Rubrics May Represent A Threat To Validity. Educational Researcher, 43(5), 253–263.
Kemmis, S. and McTaggart, R. (eds) (1988). The Action Research Planner. (Third Edition) Waurn Ponds: Deakin University Press.
Mustapha, A., Samsudin, N. A., Arbaiy, N., Mohamed, R., & Rahmi, I. (2016). Generic Assessment Rubrics for Computer Programming Courses. Turkish Online Journal of Educational Technology, 15(1), 53.
Shelena Soosay Nathan, Mazniha Berahim and Rosni Ramle (2017). Rubric for Measuring Psychomotor and Affective Learning Domain, Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 25 (S): 101 - 108
.
Published
2022-06-30
How to Cite
JAMES, Betty; AMAT, Saleh. Gaya Kepimpinan Guru Besar, Stress Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 2, p. 160-171, june 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18257>. Date accessed: 26 sep. 2022.
Section
Articles