Penerapan Kaedah Didik Hibur Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Luar Bandar

  • Tan Ching
  • Ruhizan Mohammad Yasin

Abstract

Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan 53 buah negara menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Di Malaysia, Bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid didapati berada pada tahap yang rendah terutamanya di luar bandar. Sehubungan itu, KPM memperkenalkan Highly Immersive Programme (HIP) untuk menambahbaik tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Kaedah didik hibur merupakan antara kaedah dalam HIP. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau penerapan kaedah didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap serta tahap penerapan didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar. Kajian ini dilaksanakan dengan menerapkan Model Proses Pendidikan Bryant 1974 yang menekankan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran berkualiti. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik berskala likert sebagai instrumen pengumpulan data. Ia dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Sebanyak 29 buah sekolah luar bandar dan 103 orang sampel terlibat dalam kajian ini. Sebelum menjalankan kajian sebenar, pengkaji melaksanakan kajian rintis dengan melibatkan 14 orang guru Bahasa Inggeris. Kajian rintis dianalisis menggunakan nilai Cronbach Alpha. Nilai Cronbach Alpha soal selidik berada pada tahap sangat baik dan konsisten (alph=0.886). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Inggeris untuk menerapkan didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris berada pada tahap sederhana manakala sikap guru berada pada tahap yang tinggi. Tahap penerapan didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar juga berada pada tahap sederhana. KPM, JPN dan PPD boleh mengendalikan bengkel dan kursus kepada guru Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penerapan didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Cadangan kajian lanjutan adalah kesediaan guru Bahasa Inggeris bukan beropsyen untuk menerapkan didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.

References

Abdullah, N. S. & Mohamad, M. (2020). The Implementation Of Highly Immersive Programme Towards Language Proficiency Of Primary School Pupils: A Literature Review. Creative Education, 11(1), 1336-1350.
Ahmad et al. (2021). Pengaruh Didik Hibur Dalam Meningkatkan Kesediaan Belajar Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Belum Menguasai Tahap Pencapaian Minimum. Asian Journal of Civilizational Studies, 3(1), 45-57.
Amiruddin, M. H. et al. (2016). Tahap Kemahiran Generik Pelajar Malaysia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran: Kajian Kes Pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Bahru. Malaysian Journal of Society and Space, 12(3), 111-121.
Ardani, R. A., Handican, R., Salsabila, N. H. & Setyaningrum, W. (2017). The Perceptions of Students and Teachers About The Use of Edutainment Instructional Media in Mathematics Learning. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 160(1), 228 -234.
Ardianti, S. D., Wanabuliandari, S. & Rahardio, S. (2017). Peningkatan Perilaku Peduli Lingkungan Dan Tanggungjawab Melalui Model E-Jas Dengan Pendekatan Science Edutainment. Jurnal Pendidikan Dasar, 4(1), 1-7.
Bryant, E. C. (1974). Associations Between Educational Outcomes And Background Variables. Denver: National Assessment of Educational Progress.
Culbertson, G., Andersen, E., White, W., Zhang, D. & Jung, M. (2016). Crystallize: An Immersive, Collaborative Game For Second Language Learning. Proceedings of the 19th ACM Conference on Computer-Supported Cooperative Work & Social Computing, hlm 636-647.
Castro, L. & Villafuerte, J. (2019). Strengthening English Language Teaching In Rural Schools Through The Role-Playing: Teachers’ Motivations. International Journal of Educational Methodology, 5(2), 289-303.
Derapa, N. F. & Mohamed, S. (2018). Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Melaksanakan Mata Pelajaran Asas Tanaman. Jurnal Ortopedagogia, 4(1), 66-71.
Engkasan, S. B. & Yamat, H. (2021). English Language Learning Experience Among Iban Secondary Esl Learners In A Rural Area. Journal of English Language Teaching and Applied Linguistics, 3(3), 59-65.
Febriana, M., Nurkamto, J., Rochsantiningsih, D. & Muhtia, A. (2018). Teaching In Rural Indonesian Schools: Teachers’ Challenges. International Journal of Multicultural and Multireligious Understanding, 5(5), 11-20.
Jamian, A. R. et al. (2016). Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Terhadap Pengajaran Penulisan Karangan Murid Bukan Melayu. Journal of Malay Language, Education and Literature, 7, 1-8.
Kamlun, K., Chang, S. L. & Omar, S. (2020). Exploring The Students’ Perceptions Of The Usefulness Of Clil Modules And Ict Integrated Learning In English Classroom. Journal of Archaeology of Egypt, 17(6), 10789-10799.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Inisiatif Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris Murid di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Inggeris Tahun 3. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2019. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pengalaman Pembelajaran Imersif. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Buku Panduan Bahasa Inggeris. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sampel Size For Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(1), 607-610.
Landell, K. (1997). Management by Menu. London : Wiley and Soms Inc.
Mohamed Hata, N. F. & Mahmud, S. N. D. (2020). Kesediaan Guru Sains Dan Matematik Dalam Melaksanakan Pendidikan Stem Dari Aspek Pengetahuan, Sikap Dan Pengalaman Mengajar. Akademika, 30(3), 85-101.
Lim, K. L., Md Yunus, M. & Embi, M. A. (2017). Build Me Up: Overcoming Writing Problems Among Pupils In A Rural Primary School In Belaga, Sarawak, Malaysia. Jurnal Pendidikan Humaniora, 5(1), 1-7.
Muhd Zulkifli, N. Z. & Abu Bakar, S. S. (2016). Hubungan Antara Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dengan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Di Jerman. Pendeta, 7(1), 85-94.
Nur Yunus, F. A. et al. (2017). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kompetensi Pengajar Tvet Terhadap Pengajaran Teknikal Berdasarkan Pendekatan Model Rasch. Online Journal for TVET Practitioners, 2(2), 1-9.
Pillai, S. & Ong, L. T. (2018). English in Malaysia. Asian Englishes, 20(2), 147-257.
Rahayu, V. W. T. (2017). Teachers’ Challenges In Teaching English To Young Learner In Rural Primary Schools. Jurnal Pendidikan Penabur, 29(16), 1-14.
Rahmat, A. & Akbar, M. (2019). A Comparative Analysis Of English Learning Motivation Between The Rural And Urban Students. Journal of English Language Literature and Teaching, 3(2), 158-182.
Saminathan, C., Lim, P. Y., Mustafa, Z. & Abdullah, A. (2020). Teachers’ Challenges In Implementing The Highly Immersive Programme In The Classrooms. Language Education and Acquisition Research Network Journal, 13(2), 194-207.
Supriyono, Y., Saputra, Y. & Narulita Dewi, N. S. (2020). English Immersion Program In Efl Setting: A Modified Model, Implementation And Effectiveness. Journal of English Education and Linguistics Studies, 7(1), 137-160.
Yulandari, E. S. & Arif Rahman. (2019). Improving Xi-Grade Students’ Writing Essay Skill Using Computer Edutainment. Journal of Languages and Language Teaching, 7(2), 96-107.
Published
2022-05-01
How to Cite
CHING, Tan; MOHAMMAD YASIN, Ruhizan. Penerapan Kaedah Didik Hibur Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Luar Bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 459-474, may 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18137>. Date accessed: 13 aug. 2022.
Section
Articles