Penerapan Elemen Pengurusan Dalam Pembelajaran Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

  • Aniss Tanisha
  • Norazimah Zakaria

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan beberapa elemen  pengurusan dalam pembelajaran Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur serta menganalisis prinsip pengurusan dalam pembelajaran Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur berdasarkan Teori Konstruktivisme. Kaedah penyelidikan secara kualitatif telah digunakan umtuk pelaksanaan kajian ini. Pemilihan subjek kajian adalah 5 orang pelajar tingkatan 6 yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif di dua buah sekolah yang berlainan dalam daerah Bachok, Kelantan. Antara instrumen kajian yang digunakan adalah penyelidikan secara temubual. Hasil kajian menunjukkan kerelevanan penerapan aspek pengurusan dalam konteks pembelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif serta bagaimana silang ilmu antara aspek pengurusan dan subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang dilihat melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Kesimpulannya, pelajar tidak hanya diterapkan dengan pembelajaran secara berfokus terhadap satu aspek sahaja, dengan penerapan pelbagai unsur seperti pengurusan di dalam subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif ini mampu mengubah persepsi pelajar sendiri terhadap subjek yang dipelajari. Kesimpulannya, penerapan elemen pengurusan di dalam matapelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif secara tidak langsung telah mengangkat nilai komersial subjek tersebut.

References

Amat Juhari Moain. (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al. Ramaiah. (2009). Kepimpinan Pendidikan. Puchong: IBS Buku Sdn. Bhd.
Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Certo, Samuel C. (1997). Modern Management: Diversity,Quality, Ethics, Andthe Global Environment. New Jersey, Upper Saddle River: Prentice Hall.
Edaris Abbu Bakri. (2004). Pengurusan Strategik : Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan: Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd..
Husin Mahmood. (1993). Kepimpinan Berkesan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hollander, Edwin P.; Offermann, Lynn R. Power and Leadership in Organizations: Relationships in Transition. American Psychologist, Vol. 45(2), Feb 1990, 179-189.
Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur. Longman.
Jaafar Muhamad. (1999). Asas Pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.Kamus Dewan. (1994). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Malaysia. Shah Alam: Cerdik Publications sdn. Bhd.
Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan Pengurusan: Satu Metode Dalam Kritikan Sastera. Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia Kedua Universiti Perguruan Sultan Idris, 4-5 Oktober, 2013.
Othman Puteh. (1984). Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh dan Aripin Said. (2008). 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Pawang Ana dan Raja Haji Yahya. (1998). Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Permata Sastera Melayu. (2012). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rahim Abdullah. (1988). Asas Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Published
2022-05-01
How to Cite
TANISHA, Aniss; ZAKARIA, Norazimah. Penerapan Elemen Pengurusan Dalam Pembelajaran Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 452-458, may 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18136>. Date accessed: 13 aug. 2022.
Section
Articles