Implikasi Pelaksanaan Seni Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu di SJKT Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

  • Amal Izzati Mohd Rasid
  • Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Abstract

Seni bahasa merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang perlu dipelajari oleh murid-murid. Namun apabila sesi persekolahan secara bersemuka di sekolah tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak COVID-19, para pendidik terpaksa beralih kepada sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti implikasi pelaksanaan seni bahasa dalam (PdP) Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini melibatkan seramai tiga orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sebuah SJKT di daerah Hulu Langat. Peserta kajian dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam mengumpul data kajian. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif berdasarkan tema-tema utama. Hasil dapatan menggambarkan bahawa pelaksanaan seni bahasa dalam PdP Bahasa Melayu semasa PdPR memberi impak yang positif terhadap murid-murid dan sesi PdPR tersebut. Justeru itu, elemen seni bahasa tidak boleh dikesampingkan semasa melaksanakan PdP Bahasa Melayu sewaktu PdPR terutamanya di SJKT kerana ia dapat membantu murid-murid untuk menguasai pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan lebih baik.

References

Fenny Lau Yeo Feng, Kee Guek Fen, Khoo Phau Liang & Lee Huoy Shin (2021). Kaedah Pengajaran dalam Talian Guru Bahasa Melayu dan Motivasi Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 57-74.
Irma Mahad, Ugartini Magesvaran & Intan Nur Syuhada Hamzah. (2021). Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Volume
Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof &
Hapini Awang. (Oktober, 2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID 19. Kertas kerja dibentang dalam Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan. 11, Bil. 1(Mei 2021).
Mohd Rohiman Subri, Rohizani Yaakub & Azlinda Boheran Nudin. (2021). Pelaksanaan pengajaran Guru Cemerlang dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika pandemic COVID-19: Satu Kajian Kes. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 12 Edisi Khas, 2021 / ISSN 1823-6812 (21-32) 21
Mohd Suhaimi Isnen. (2019). Bahsa Melayu KSSR Semakan 2017. http://www.cikgusuhaimin. com/2019/09/bahasa-melayu-kssr-semakan-2017.html
Nurul Azira Sapian, Zamri Mahamod & Irma Mahad. (2021). Penglibatan Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Di Kawasan Bandar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Daripada Persepsi Guru Bahasa Melayu. PENDETA Jouurnal of Malay Language, Education, Literature Volume 12, No 2.
Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education, Literature (KHAS COVID) Volume 11, 46-57.
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat (2020). Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. SIG:e-learning@CS, eISBN: 978-967-0841-88-5.
Wiersma, W. (2000) Research Methods in Education: An Introduction. 7th Edition, Ally & Bacon, Boston, MA.
Published
2022-05-01
How to Cite
MOHD RASID, Amal Izzati; WAN MOHAMMAD, Wan Muna Ruzanna. Implikasi Pelaksanaan Seni Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu di SJKT Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 387-393, may 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18131>. Date accessed: 13 aug. 2022.
Section
Articles