UMNO dan Penaungan Politik dalam Kalangan Belia di Malaysia
Abstract
UMNO merupakan sebuah parti politik terbesar di negara ini. Namun setelah mengalami kekalahan di dalam PRU Ke-14 disebabkan kehilangan undi dan kepercayaan generasi belia pada hari ini, UMNO kelihatan mula mengorak langkah dalam melaksanakan perkaderan politik ke atas belia di negara ini. Oleh itu, kajian ini membincangkan isu perkaderan politik yang telah dan akan diambil oleh UMNO demi survival politik parti tersebut khasnya dalam mendepani PRU Ke-15. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah kualitatif melalui sesi temu bual ke atas beberapa orang informan yang mewakili individu yang terlibat secara langsung dalam perkaderan politik UMNO seperti Kelab UMNO Siswa, Skuad Sabil dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM). Hasil kajian mendapati antara sebab pendorong ke atas sokongan dan kecenderungan belia untuk bersama dengan UMNO adalah kerana mereka merasakan UMNO merupakan sebuah parti yang konstruktif dan berdiplomasi dalam menyelesaikan apa jua isu pentadbiran yang berbangkit. Terdapat juga anak muda yang menolak UMNO secara total dan radikal pada era pasca PRU Ke-14 namun wujud jua golongan belia yang menyokong dan mendukung penuh aspirasi perjuangan UMNO. Kesimpulannya, menerusi kajian ini dapat dilihat bahawa masih ada lagi anak muda pada hari ini yang setia bersama UMNO dengan bersandarkan kepada corak kepimpinan UMNO itu sendiri.
References
Atil, Ahmad bin. Polisi British, Survival Melayu & Parti Komunis Malaya Di Tanah Melayu Pada Pertengahan Abad 20. Khutubkata Resources, 2018.
Hamil, Jamaie. UMNO Dalam Politik Dan Perniagaan Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016.
Hussein Alatas, Syed, Farid Alatas, Syed, Bambang Supriady, & Jaafar Abdul Rahim. (2016). Intelektual Masyarakat Membangun. Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).
Ibrahim, Abdullah. Kepimpinan Mahasiswa Dan Pendidikan Pendemokrasian Di Malaysia. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2021.
Oksala, J. (2013). Political philosophy. London: Hodder & Stoughton.
Zainal, Firdaus. Hegemoni UMNO: Pembangunan Dan Keruntuhannya Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun. Strategic Information and Research Development Centre, 2021.
Zin Mahmud., 2008. Kepimpinan & perjuangan Pemuda UMNO. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Zuan, Haris. Transformasi Sosial Dan Politik Belia: Menelusuri Perubahan Budaya Politik Belia di Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.