Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Bavani Sagathevan
  • Mohd Izham Mohd Hamzah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan amalan kepemimpinan transformasi guru besar dan kepuasan kerja guru berdasarkan pandangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Rekabentuk kajian ini melibatkan 181 responden dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Alat ukur kajian ini adalah bersumberkan soal selidik yang mengandungi tiga bahagian utama. Bahagian A adalah demografi seperti umur, tahap akademik, dan tempoh perkhidmatan. Bahagian B pula amalan kepimpinan transformasional yang meliputi empat dimensi. Bahagian ketiga iaitu bahagian C adalah kepuasan kerja guru yang meliputi enam faktor. Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellrigel (2007) dan Model Kepuasan Teori Dua Faktor Herzberg (1959) diterapkan dalam kajian ini. Data kajian ini dianalisis menggunakan diskriptif dimana nilai peratus, min digunakan. Manakala Korelasi Peorson digunakan untuk menganaslisis data inferensi, frekuensi peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan transformasional guru besar mengikut persepsi guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah berada pada tahap yang sangat tinggi. Manakala tahap kepuasan kerja guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula adalah berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhannya. Sebanyak 3 hipotesis utama dan 6 hipotesis dimensi telah diuji dalam kajian ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sebanyak lapan hipotesis tersebut telah diterima, manakala satu hipotesis lagi telah ditolak dalam kajian ini. Implikasi dan cadangan kajian lanjutan mengenai Kepimpinan Transformasional serta Kepuasan Kerja Guru di SJKT WPKL turut dibincangkan dalam kajian ini.

References

Abdul Main bin Haji Salim. 2003. Kepuasan kerja guru dan perkaitannya dengan latar belakang, pengurusan kurikulum dan pengajaran. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Said Ambotang & Muhamad Hisyam Mohd Hashim. 2011. Hubungan iklim kerja dan stres dalam pengurusan bilik darjah dalam kalangan guru prasekolah. Journal of Techno Sosial.
Ahmad Farid, K. 2009. Amalan kepimpinan transformasi pengetua di sekolah menengah harian di negeri Perlis. Disertasi Dr. Fal, Universiti Putra Malaysia.
Amin, M., Shah, S., & Tatlah, I. A. 2013. Impact of principals, directors leadership styles on job satisfication of the faculty members in a public university of Punjab, Pakistan. Journal of Research, 7(2), 97-112.
Bakotić, D. 2016 . Relationship between job satisfaction and organisational performance. EconomicResearch-EkonomskaIstraživanja291:1–13. doi:10.1080/1331677X.2016.1163946
Badrol Hisham Abdullah Ishak, M. M. 2019 . Pengaruh Organisasi Pembelajaran Terhadap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Harian Negeri Perak. e-Academia Journal 8 1 : 77–92. Retrieved from http://journaleacademiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html
Bass, B.M. 1985. Leadership and Performance Beyond Expectation. New York: Free Press.Bass, B.M. 1999. Two decades of research and development in transformational leadership. European Journal of Work and Organisational Psychology 8(3):9-32.
Goh Yee Shean & Azlin Norhaini Mansor. 2019 . ICOFEA 2019 Conference Proceeding elSBN 978-967-14616-6-2. 144-151
Habib Ismail & Zaimah Ramli. 2012 . Amalan kepimpinan transformasi pengetua dan hubunganya dengan kepuasan kerja guru. Prosiding PERKEM VII 2: 1471-1478.
Herzberg, F. 1959 . The Motivation to Work 2nd ed. . New York: John Wiley & Sons.
Jamalullail Abdul Wahab, Che Fuzlina Mohd Fuad, Hazita Ismail, & Samsidah Majid. 2014. Headmasters’ transformational leadership and their relationship with teachers’ job satisfaction andteachers’ commitments. International Education Studies, 7(13), 40–48.
Nor Fadhilah & Azlin Norhaini, M. 2014. Amalan kepimpinan transformasional pengetua dan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Sembilan. International Seminar on Global Education II, UKM Bangi.
Rosmawati Abdullah. 2013. Kepimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru SMK harian di daerah Seremban. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Raj, A., Arokiasamy, A., Ghani, A., Abdullah, K., Zohir, M., Shaari, A. & Ismail, A. 2016 Transformational Leadership Of School Principals And Organizational Health Of Primary School Teachers In Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences 229: 151–157. doi:10.1016/j.sbspro.2016.07.124
Slocum, J.W. & Hellriegel, D. 2007. Fundamentals of Organi=ational Behavior. USA: Thomson South Western.
S. Dom Nambi. 2012. Tahap amalan kepimpinan transfonnasional dalam kalangan pengetua sekolah menengah daerah Sarotok, Sarawak. Disertasi Dr. Fal, Universiti Putra Malaysia.
Tahir, A., Mansor, A. Z. & Darusalam, G. 2018 . Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya Terhadap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Daerah Miri. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan ISPEN2018 12–23.
Tahir, 2015. Investigating the role of Leadership Style on the Organizational Performance: A Comparative study between Transformational and Transactional Leadership Approaches in Pakistan. Institute of Business & Technology, Main Campus, Karachi.
Vijian, G. 2020 . Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru-Guru Di Sekolah Jenis. International Journal of Education and Pedagogy 2 2 : 18–31.
Published
2022-04-01
How to Cite
SAGATHEVAN, Bavani; MOHD HAMZAH, Mohd Izham. Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 169-185, apr. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17859>. Date accessed: 13 aug. 2022.
Section
Articles