Pengaruh Sumber Pengajaran Mata Pelajaran Sains MBK Pendengaran

  • Nurul Fariha Muhamad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Hanafi Mohd Yasin Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kurikulum bagi mata pelajaran Sains sekolah rendah di Malaysia telah direka bagi mengembangkan literasi sains dengan pendedahan terhadap pengetahuan asas sains kepada murid ke arah celik sains dengan memahami konsep sains asas yang berlaku di sekeliling serta sebagai asas kepada pendidikan sains di peringkat menengah. Namun, proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Sains terhadap murid berkeperluan khas (MBK) pendengaran berhadapan dengan cabaran dari aspek sumber pengajaran yang tidak menepati keperluan dan kebolehgunaan golongan ini. Keterbatasan sumber pengajaran akan mempengaruhi tahap kefahaman murid. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh sumber pengajaran serta tahap kemahiran guru dalam pelaksanaan pengajaran Sains kepada MBK pendengaran. Kajian kuantitatif ini menggunakan sampel kajian yang terdiri daripada 51 guru mata pelajaran Sains MBK pendengaran sekolah rendah di Malaysia. Nilai alpha Cronbach bagi item soal selidik adalah 0.91. Dapatan telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Program Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil analisis mendapati pengaruh sumber pengajaran mata pelajaran Sains MBK pendengaran berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.78. Manakala tahap kemahiran guru dalam pelaksanaan pengajaran Sains terhadap MBK pendengaran berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.90. Dapatan kajian ini dapat dijadikan gambaran terhadap keperluan sumber pengajaran yang sesuai bagi pembelajaran mata pelajaran Sains dalam kalangan MBK pendengaran.

References

Andi Husniati, I Ketut Budayasa, Dwi juniati & Carol Le Lant. (2020). Analysis of deaf students understanding math concepts in the topic of geometry (rectangle shape): a case study. Journal of the Education of Gifted, 8(3): 1213-1229.
Bushra Akram, Rabia Mehboob, Anum Ajaz, & Rukhsana Bashir. (2013). Scientific concepts of hearing and deaf students of grade VIII. Journal of Elementary Education, 23(1): 1-12.
Endele, P., Cohen, S., & Scott, J. (2020). Communicating about science and engineering practices and the nature of science: An exploration of American Sign Language resources. Journal of Research in Science teaching, 57(6): 968-995.
Izuli Dzulkifli, Asmawati Suhid, Fathiyah Mohd Fakhruddin & Nor Aniza Ahmad. (2020). Cabaran Komunikasi dalam Pengajaran Pendidikan Islam kepada Murid Kurang Upaya Pendengaran. International Journal of Islamic Thought, 18: 13-26.
Jamilah K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Selangor: Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.
Katz, L., Mathis, S. L., & Merrill, E. C. (1978). The Deaf Child in the Public Schools. Danville: The Interstate Printers & Publishers.
Lilia Halim, Kamisah Osman, & Zanaton Haji Iksan. (2007). Sikap terhadap sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar sains. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32: 39-60.
Lynn, M. A., Templeton, D. C., Ross, A. D., Gehret, A. U., Bida, M., Sanger, T. J., & Pagano, T. (2020). Successes and challenges in teaching chemistry to deaf and hard of-hearing students in the time of COVID-19. Journal of Chemical Education, 97(9): 3322-3326.
McGinnis, J. R., & Kahn, S. (2014). Special needs and talents in science learning. Dlm. N.G. Lederman & S.K. Abell (pnyt.). Handbook of research in science education (Vol. II), hlm. 223-245. New York, NY: Routledge.
Mohamad Thayyib Razali, & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2020). Penggunaan bahan bacaan multimedia dalam meningkatkan kemahiran bacaan dan kefahaman Bahasa Melayu murid berkeperluan khas pendengaran. Journal of Educational Research & Indegenous Studies, 1(1): 163-177.
Mohd Faeez Ilias, Murihah Abdullah, Kalthom Husain, Mohd Amin Mohd Noh, & Zetty Nurzuliana Rashed. (2016). Sumber Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari. Kertas Kerja Seminar International Seminar on Tarbiyah (ISoT2016) Anjuran KUIS-UPI-PIMM, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI). Bandung, Indonesia, 26-29 Mei 2016.
Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Molander, B. O., Pedersen, S., & Norell, K. (2001). Deaf pupils' reasoning about scientific phenomena: school science as a framework for understanding or as fragments of factual knowledge. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 6(3): 200-211.
Nik Hassan Seman, Mustafa Che Omar, Abdullah Yusoff, & Mohd Yusof Abdullah. (2016). Analisis permasalahan pelajar cacat pendengaran dalam pembelajaran mata pelajaran pendidikan islam di malaysia. Jurnal Ilmi, 6: 105-124.
Norzuraina Mohd Nor. (2021). Komunikasi dalam pemahaman konsep seni visual semasa proses pembelajaran murid masalah pendengaran. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 10 (1): 66-76.
Nurul Addina Rashid & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2018). The use of sketching technique to assist deaf children in writing Bahasa Melayu essay report. Jurnal Penelitian dan Pengembangan Pendidikan Luar Biasa, 5(2): 1-5.
Power, S. (2002). From concept to practice in deaf education: a united kingdon perspective on inclusion. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 7(3): 230-243.
Ummu Kamariah Alias, Hamdi Ishak & Sabri Mohamad. 2019. Kaedah-kaedah bacaan al- Quran dalam kalangan orang kurang upaya pendengaran. Jurnal al-Turath, 4(2): 59- 67.
Schirmer, B. R. (2009). Using verbal protocols to identify the reading strategies of students who are deaf. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 8(2): 157-170.
Zakia, D. L., Sunardi, & Yamtinah, S. (2017). The challenges of science education for deaf children learning at sekolah luar biasa (extraordinary school) in Sukoharjo. International Conference on Language, Literature and Teaching, 1: 428-435.
Published
2022-04-01
How to Cite
MUHAMAD, Nurul Fariha; MOHD YASIN, Mohd Hanafi. Pengaruh Sumber Pengajaran Mata Pelajaran Sains MBK Pendengaran. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 292-304, apr. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17773>. Date accessed: 13 aug. 2022.
Section
Articles