Efikasi Kendiri, Sokongan Sosial Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru

  • Florynah Bakar Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Salleh Amat

Abstract

Kepuasan kerja guru dilihat mampu mempengaruhi kualiti pendidikan kerana sikap guru terhadap tugas adalah hasil daripada tahap kepuasannya terhadap pekerjaan yang dilakukan. Namun, kepuasan kerja guru boleh dipengaruhi oleh efikasi kendiri dan sokongan sosial yang diterima di tempat kerja. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap efikasi kendiri, sokongan sosial dan dan kepuasan kerja guru serta melihat hubungan antara efikasi kendiri dan sokongan sosial dengan kepuasan kerja guru di daerah Kudat Sabah. Kajian ini penting untuk membolehkan guru meningkatkan tahap kepuasan kerja agar guru bermotivasi dalam mencapai matlamat pendidikan. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Populasi kajian adalah terdiri daripada guru yang mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Kudat Sabah. Seramai 317 sampel yang terlibat dan dipilih secara rawak mudah. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru di daerah Kudat Sabah mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi (M=3.90, SP=0.46), tahap sokongan sosial yang tinggi (M=4.04, SP=0.69) dan tahap kepuasan kerja yang tinggi (M=4.11, SP=0.70). Selain itu, terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap yang sederhana antara efikasi kendiri dengan kepuasan kerja guru (r=0.57, p<0.05) dan terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap yang kuat antara sokongan sosial dengan kepuasan kerja guru (r=0.73, p<0.05). Oleh itu, pihak yang berkaitan dengan kerjaya guru boleh memanfaatkan kajian ini dengan memberikan perhatian dan fokus kepada efikasi kendiri dan sokongan sosial dalam usaha untuk meningkatkan kepuasan kerja.

References

Andi Rasyid & Hasrudy Tanjung. (2020). Pengaruh kompensasi, lingkungan kerja dan motivasi terhadap kepuasan kerja guru pada SMA Swasta Perkumpulan Amal Bakti 4 Sampali Medan. Maneggio: Jurnal Ilmiah Magister Manajemen 3(1), 60-74. https://doi.org/10.30596/maneggio.v3i1.4698
Azizi Yahya, Voo, P., Ismail Maakip, & Mohd Dahlan A. Malek. (2020). Kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Bandura, A. (1986). Social Foundations of thought and action: A sovial cognitive theory. Englewood Cliffs.
Cohen, L., Manion, L., & Marrison, K. (2011). Research methods in education (7th ed.). Routledge Taylor & Francis Group.
Brannon, L., & Feist, J. (2004). Health psychology: An introduction to behavior and health. Thomson Wadsworth.
Drageset, J. (2004). The importance of activities of daily living and social contact for loneliness: a survey among residents in nursing homes. Scandinavian Journal of Caring Sciences, 18(1), 65-71.
Fadli Nugraha, M. (2019). Iklim organisasi dan kepuasan kerja guru di Sekolah Singosari Delitua. Jurnal Diversita, 5(1), 19-23. http://dx.doi.org/10.31289/diversita.v5i1.2402
Hardianto. (2018). Optimalisasi Kepuasan Kerja Guru. Jurnal Managemen Pendidikan, 5(2): 190-195.
Ilahi, D. K., Mukzam, M. D., & Prasetya, A.( 2017). Pengaruh kepuasan kerja terhadap disiplin kerja dan komitmen organisasional (Studi pada karyawan PT. PLN (Persero) distribusi Jawa Timur area Malang). Jurnal Administrasi Bisnis (JAB), 44(1), 31–39.
Krejcie, R., & Morgan, D. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Li Zhang, Yuchuan Lin & Fang Wan. (2015). Social support and job satisfaction: Elaborating the mediating role of work-family interface. Curr Psychol, 34(4), 781–790.
Lin, N., Simeone, R. S., Ensel, W. M., & Kuo W. (1979). Social support, stressful life events, and illness: a model and an empirical test. J Health Soc Behav, 20(2), 108-19.
Ling, Lin., Nazarudin Nizam & Zakiah Noordin. (2019). Kepuasan kerja dan efikasi guru tingkatan enam di pantai barat Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4, 51-66.
Masitah Musa, Noor Sharina Mohammad Shah, Nurul Sabreena Rosli & Siti Nur Nadirah Ibrahim. (2021). Kesedaran ibu bapa terhadap amalan pemakanan seimbang terhadap anak-anak. Selangor Humaniora Review, 4(1), 251-259.
Musfi Efrizal. (2011). Hubungan kepuasan kerja terhadap prestasi kerja karyawan pada Rumah Sakit Islam Malang.Perpustakaan UIN Malang. ttp://lib.uin-malang.ac.id/?mod=the detail id=05410007
Norsimah Dasan & Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi. (2020). Hubungan efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja dalam kalangan guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Journal of Social Sciences and Humanities, 7(4), 173-187.
Nor A’tikah Mat Ali, Siti Khadijah Zainal Badri, Nurul Farhana Mohd Noordin & Intan Marfarrina Omar. (2019). Social support and job satisfaction among academicians: A comparison between public and private university in Malaysia. International Journal of Engineering and Advanced Technology (IJEAT), 8(5), 449-456. 10.35940/ijeat.E1063.0585C19
Nur Ghufron. 2016. Kepuasan kerja guru paud ditinjau dari iklim kelas dan efikasi mengajar. QUALITY, 4(2), 254-270.
Reddy, G. L. (2007). Special Education Teachers: Occupational Stress, ProfessionalBurnout and Job Satisfaction. Discovery Publishing House.
Simon, N. S., & Johnson, S. M. (2015). Teacher turnover in high-poverty schools: What we know and can do. Teachers College Record, 117(3), 1–36.
Tcschannen-Moran, M. & Hoy, A. W. 2001. Teacher efficacy: capturing an elusive construct. Teaching and Teacher Education, 17, 783-805.
Van der Bijl, J. J., & Shortridge-Baggett, L. M. (2002). The theory and measurement of the self-efficacy construct. In E. A. Lentz & L. M. Shortridge-Baggett (Eds.), Self-efficacy in nursing: Research and measurement perspectives (pp. 9-28). Springer Publishing Company.
Yudhie Suchyadi, Nita Karmila & Nurlinda Safitri. (2019). Kepuasan kerja guru ditinjau dari peran supervisi kepala sekolah dasar negeri di Kecamatan Bogor Utara. Jurnal Pendidikan dan Pengajaran Guru Sekolah Dasar (JPPGuseda), 2(2), 91-94. http://journal.unpak.ac.id/index.php/jppguseda
Yuni Listya Owada Siahaan & Rini Intansari Meilani. (2019). Sistem kompensasi dan kepuasan kerja guru tidak tetap di sebuah SMK Swasta di Indonesia. Jurnal Pendidikan Manajemen Perkantoran, 4(2), 141-149. 10.17509/jpm.v4i2.18008
Zulhairi Ismail, Jamalul Lail Abdul Wahab & Ruzita Md Hassan. (2016). Kepuasan Kerja Guru dan Perbezaannya Berdasarkan Pencapaian Sekolah (Teacher Job Satisfaction and Performance Based Schools difference). Jurnal Personalia Pelajar, 19(1), 49-54.
Zulhilmi Jaidin. ((2020). Kepentingan sokongan sosial dalam mengukuhkan kawalan sosial terhadap bekas pengguna dadah: satu kajian sorotan literatur. Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 8(2), 175-188.
Published
2022-05-01
How to Cite
BAKAR, Florynah; AMAT, Salleh. Efikasi Kendiri, Sokongan Sosial Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 363-371, may 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17747>. Date accessed: 13 aug. 2022.
Section
Articles