Penerimaan Guru Terhadap Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Di Daerah Sibu

  • Azian Tembren
  • Mohd Mokhtar Tahar

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan PPKI. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan mengenal pasti guru-guru yang menerima pelaksanaan PPKI serta cabaran yang mungkin dihadapi agar pelaksanaan PPKI ini boleh dilaksanakan secara jayanya. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi mengintegrasikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dengan murid normal. Beberapa kajian lepas telah menunjukkan terdapat faktor yang menyebabkan program yang melibatkan Pendidikan Khas yang berkonsepkan integrasi masih lagi kurang diketahui kewujudan dan fungsinya oleh warga sekolah. Penempatan MBK di sekolah-sekolah tidak diterima secara positif oleh segelintir pentadbir dan guru. Kekurangan pengetahuan tentang konsep dan pengetahuan tentang PPKI telah mewujudkan sikap penolakan dalam kalangan pentadbir dan guru. Persampelan dilakukan secara rawak iaitu melibatkan 401 orang guru daripada 10 buah sekolah rendah yang mempunyai PPKI di daerah Sibu, Sarawak. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan maklum balas responden. Hasil analisis diskriptif mendapati penerimaan guru dari segi pengetahuan, sikap dan amalan masing-masing berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.80, 3.92 dan 3.94. Hasil analisis ujian Kolerasi Pearson pula mendapati nilai bagi ketiga-tiga konstruk tersebut menunjukkan nilai yang kurang daripada aras signifikan iaitu diklasifikasikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan, sikap dan amalan guru. Pihak sekolah seharusnya berfikiran positif dan menerima MBK dengan hati yang terbuka. Pengetahuan yang tinggi, sikap dan amalan yang positif dalam hubungan antara guru dan murid amat penting agar PPKI di sesebuah sekolah diterima oleh warga sekolah.

References

Ab Latif, D., & Abdul M. 2019. The impact of Rusnani Concept Mapping (RCM) on Academic Achievement and Clinical Practices Among Diploma Nursing Students. Education in Medicine Journal, 9(4), 1-12.
Abdul Rahim Hamdan & Muhamad Khairul Anuar Hussin. 2013. Persepsi Guru Aliran Perdana Terhadap Inklusif. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Ajzen, I. & Fishbein, M. 1980. Understanding Attitudes and Predicting Social Behavior, PrenticeHall, Englewood Cliffs, NJ.
Ajzen, I. 1985. From intentions to actions: A theory of planned behavior. In J. Kuhi & J. Beckmann (Eds.), Action. Control: From cognition to behavior (pp. 11-39). Heidelberg: Springer.
Ajzen, I., & Madden, T. J. 1986. Prediction of goal directed behavior: Attitudes, intentions, and perceived behavioral control. Journal of Experimental Social Psychology, 22, 453-474.
Aslina Saad, Ermie Dharlya Daud. 2016. Kepelbagaian Model Penerimaan Teknologi Dan Sistem Maklumat. International Conference On Ict In Education 2016.
Fishbein, M. & Ajzen, I. 1975. Belief, Attitude, Intention and Behavior. An Introduction to Theory and Research, Addison Wesley, Reading, MA.
Dai Chien-Yun, Chen Wan-Fei, Yuan Yu-Hsi, Yen Chia-Hung. 2012. A Study on Modification of Knowledge, Attitude and Practice on Vocational High School Electronics Courses Integrated with Nanotechnology Concept. Int. J. of Thermal & Environmental Engineering, Volume 4, No. 1 (2012):73-79
Farouk Djer. 2016. Factors Influencing the Intention to Use E-government Services in Algeria: An Empirical Study. (PDF) Factors Influencing the Intention to Use E- government Services in Algeria: An Empirical Study (researchgate.net)
Jamilah Hj. Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abdul Wahah. 2011. Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar (Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding Environmental Issues). Akademika 81(3) 2011: 103-115
Kama Shaffeei, Abdul Rahim Razalli & Shamsul Rizal Khalil. Tahap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Khas Di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Manjong Perak.
Lokman Bin Tahir, Nurul Qistin Bt Mustafa. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pendidikan Khas Teknik Dan Vokasional Untuk Golongan Orang Kurang Upaya Di Tiga Buah Politeknik.
Manimeegalai Govindasamy. Persepsi Terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) Oleh Guru Aliran Perdana Dan Guru Pendidikan Khas Di Daerah Seberang Perai Tengah.
Mohd Qhairil Anwar Azhar & Zamri Mahamod. 2018. Tahap Perbezaan Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Menggunakan Enam Topi Pemikiran Berdasarkan Jantina Dan Pengkhususan Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan. 13 Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – Mylej). Ssn: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 2 (Nov. 2018): 13-24,
Mohd Hilmi Mahmud, Kamaliah Hj. Siarap. 2013. Kempen Pencegahan H1N1: Kajian Tentang Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Penduduk Di Timur Laut Pulau Pinang. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, Jilid 29(1) 2013: 127-140
Mohd. Mokhtar Tahar Farhana Najib. 2019. Kesediaan Guru Aliran Perdana Terhadap Pelaksanaan Pendidikan Inklusif. E. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, eisbn:978-967-2122-715
Mohd Najib Ghafar, Sanisah Jahaya. Bias Pengajaran Guru Dalam Pelajaran Khas Dan Pelajaran Normal.
Mulud, Z. A. 2017. Analysis of Likert Scale- Mean Score. The Impact of Rusnani Concept Mapping (RCM) On Academic Achievement and Clinical Practices Among Diploma Nursing Students.
Noor Aini Ahmad & Norhafizah Abu Hanifah. 2020. Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran (Special Education Teacher's Level Of Knowledge In Dealing With Learning Disabilities Student. Faculty of Education and Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim 35900 Perak, Malaysia.
Nor Kalsum Mohd Isa. 2016. Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Pelajar UPSI Terhadap Prinsip-Prinsip Kampus Lestari. Jurnal Perspektif Jil.8 Bil.1 (29-41) ISSN 1985-496X/eISSN 2462-2435
Noor Hashimah Binti Hashim. 2017. Kepimpinan Lestari Pengetua, Pengurusan Pengetahuan Organisasi Dan Tingkah Laku Inovatif Pengajaran Guru Di Sekolah Menengah Harian Berpencapaian Tinggi Di Utara Semenanjung Malaysia.
Pallant, J. 2016. SPSS Survival Manual: A Step-by-Step Guide to Data Analysis Using IBM SPSS, 6th Edn Crow Nest. NSW: Allen &Unwin.
Pranchis Andin. 2018. Penerimaan Modul Latihan Berasaskan Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model) Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Di Daerah Keningau
Sazanah Md Ali, Ahmad Zamzuri Mohamad Ali. 2019. Pengaruh Tanggapan Mudah Guna Dalam Penerimaan Terhadap Laman Perkongsian Video Pendidikan Berfokus. Asia-Pacific Journal Of Information Technology And Multimedia Jurnal Teknologi Maklumat Dan Multimedia Asia-Pasifik, vol. 8 no. 1: 1 – 15 e-issn: 2289-2192 http://www.ftsm.ukm.my/apjitm
Siti Nor Diana binti Mohamad & Abdul Aziz bin Othman. Hubungan Pengetahuan Dan Sikap Terhadap Amalan Berkaitan Alam Sekitar: Kajian Ke Atas Pelajar STML. Universiti Utara Malaysia (UUM). School of Technology Management & Logistic (STML). College of Business, Universiti Utara Malaysia.
Siti Rubiyani Bt Omar, Noradilah Binti Abdul Wahab, Mohd Shahril bin Othman, Abdullah Bin Yusof & Raihan Binti Arifin. Kompetensi Guru Pendidikan Khas Terhadap Murid Bermasalah Pembelajaran: Kajian Literatur. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
Taber, K. S. 2018. The Use of Cronbach’s Alpha When Developing and Reporting Research Instruments in Science Education. Research in Science Education, 48(6), 1273-1296
Zakirah Othman, Fadhilah Mat Yamin, Noorulsadiqin Azbiya Yaacob & Nurul Huda Che Ali. 2014. Kajian Kesediaan Penerimaan Teknik SRI Dalam Kalangan Petani Luar Bandar Menggunakan Pendekatan Model Teori Tingkahlaku Yang Dirancang. Prosiding PERKEM ke-9 (2014) 321 - 326 ISSN: 2231-962X
Published
2022-03-01
How to Cite
TEMBREN, Azian; TAHAR, Mohd Mokhtar. Penerimaan Guru Terhadap Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Di Daerah Sibu. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 127-144, mar. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17463>. Date accessed: 13 aug. 2022.
Section
Articles