Pelaksanaan Pendekatan Kaedah Edutainment dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Luar Bandar di Sabah

  • Carine Care Simon
  • Ruhizan Mohd Yasin

Abstract

Seiring dengan kemajuan abad ke-21, teknologi dilihat sebagai melengkapi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berjaya secara maksimum melalui kaedah edutainment. Namun, terdapat sekolah di luar bandar yang dikategorikan sebagai sekolah daif tanpa kemudahan talian telefon, bekalan elektrik 24 jam, bekalan air bersih dan sebagainya. Isu ini menyebabkan guru melihat proses PdP menggunakan kaedah edutainment sebagai tambahan beban kepada komitmen sedia ada. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, tahap pelaksanaan dan cabaran yang dihadapi guru dalam melaksanakan kaedah edutainment dalam proses PdP di sekolah luar bandar. Seramai 262 orang guru sekolah rendah dan menengah kategori luar bandar di daerah Tambunan, Sabah telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan, tahap pelaksanaan dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan kaedah edutainment berada pada tahap yang tinggi. Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan edutainment guru-guru berdasarkan jantina. Manakala keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan kumpulan pengalaman mengajar. Sementara itu, ujian korelasi pearson menunjukkan tahap pengetahuan mempunyai hubungan positif yang kuat terhadap tahap pelaksanaan kaedah edutainment. Keputusan analisis cabaran yang dihadapi guru pula mempunyai hubungan positif yang rendah terhadap tahap pelaksanaan kaedah edutainment. Keputusan analisis ini menunjukkan walaupun guru berdepan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan kaedah edutainment, guru-guru tetap sedaya upaya menggunakan kaedah edutainment dalam proses PdP mereka. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan bahawa terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira oleh pihak berkepentingan dalam memastikan murid berpeluang mengikuti proses PdP yang menarik.

References

Agus, A. N. A. 2021. Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, 11(1), 75-87.
Ahmad, N., & Othman, S. 2020. Penggunaan Kaedah Didik Hibur dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. International Journal of Education and Training (InjET), 6(2), 1-11.
Ali, N. M., & Rahman, F. A. 2016. Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Daerah Petaling Perdana. International Journal of Education and Training, 2(2), 1-8.
Anikina, O. V., & Yakimenko, E. V. 2015. Edutainment as a Modern Technology of Education. Procedia and Behavioral Sciences 166: 475-479.
Ferri, F., Grifono, P., & Guzzo, T. 2020. Online Learning and Emergency Remote Teaching: Opportunities and Challenges in Emergency Situations. Societies Concept Paper, 10(86), 1-18.
Hattie, J. 2003. Teachers Make a Difference: What is the Research Evidence? Australian Council for Educational Research, 1-17.
Isa, W. M. W., Amin, M. A. M., Rozaimee, A., Idris, W. M. R. W., Rahim, N., & Samaden, I. S. 2015. Conceptual Framework of Edutainment Animated Series for Children: A Pious Story. Journal of Engineering and Applied Sciences, 10(3), 1106-1113.
Israel, G. D. 2003. Determining Sample Size. Gainesville: Institute of Food and Agricultural Sciences, University of Florida.
Jamian, A. R., Othman, S., & Hashim, H. 2012. Persepsi Guru terhadap Penggunaan Kartun dalam Transformasi Pengajaran Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 129-140.
Jantan, R., Resad, N. A., & Fauzi, A. F. A. M. 2016. Aktiviti Didik Hibur dalam Kalangan Guru Prasekolah di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 5, 19-29.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2010. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Edisi Pelancaran PIPP 2006. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khalil, M. Y. 2018. Tahap Pengetahuan Guru Sejarah Sekolah Rendah dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah. Prosiding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx18). Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah, Malaysia, 20-22 Mac.
Kusnun, M. Z., & Ismail, A. 2016. Penerapan Kaedah Didik Hibur terhadap Motivasi Belajar di Kalangan Murid di Sebuah Sekolah Rendah Daerah Kluang. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Johor 2016. Anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan IPG Malaysia. KSL Hotel & Resort Johor, Johor, 19-20 September.
Lee, H. L .J. 2012. SMARTies: Using a Board Game in the English Classroom for Edutainment and Assessment. Malaysian Journal of ELT Research, 8(1), 1-34.
Lovorn, M. 2017. Thinking Historically, Acting Locally: Training Teachers in Historiographical Analysis of Local Monuments. Proceedings of the Multidisciplinary Academic Conference, 204-212.
Marklund, B. B., & Taylor, A. S. A. 2016. Educational Games in Practice: The Challenges Involve in Conducting a Game-Based Curriculum. The Electronic Journal of E-learning, 14(2), 122-135.
Matos, A. P., Festas, M. I., & Seixas, A. M. 2016. Digital Media and the Challenges for Media Education. Applied Technologies and Innovations, 12(2), 43-42.
Noh, M. A. C., Suhid, A., & Rahim, Z. A. (2018). Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Islam dalam Mendepani Globalisasi. International Seminar on Islamic Education (ISIE 2018). Faculty of Islamic Religion, Universitas Muhammadiyah Ponorogo, July 07th, 2018.
Pallant, J. 2007. SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS for Windows. 3rd Edition. New York: Open University Press.
Raheem, A. A. 2011. The Effect of Using Computer Edutainment on Developing 2nd Primary Graders’ Writing Skills. Dissertation for Master Degree in Education. Ain Shams University.
Rahman, W. F. W. A., Mohamad, I., Yusoff, M. S. B., Hadie, S. N. H., Ismail, M. A., Pa, M. N. M., Draman, N., & Yaacob, N. A. 2020. Pandemik Covid-19: Cabaran Normal Baharu Pensyarah Perubatan Universiti Sains Malaysia. Diakses pada 16 Jun 2021, dari http://covid19.kk.usm.my/index.php/artikel/bacaan-umum/25-pandemik-covid-19-cabaran-norm al-baharu-pensyarah-perubatan-universiti-sains-malaysia.
Suaidi, M. S. 2017. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan dalam Kalangan Guru Novis dan Guru Berpengalaman di Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke-VIII 2017. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia & Universitas Riau. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 7 September.
Sulaiman, S. 2012. Tahap Penguasaan Proses Sains dan Sikap Guru serta Halangan dalam Pengajaran Kemahiran Saintifik bagi Mata Pelajaran Sains Pertanian. Tesis Sarjana Sains. Universiti Putra Malaysia.
Wahab, I. A. 2013. Pengetahuan, Sikap dan Amalan dari Persepsi Guru dalam Pengajaran Kontekstual bagi Mata Pelajaran Prinsip Elektrik dan Elektronik di Sekolah Menengah Teknik Malaysia. Tesis Sarjana Sains. Universiti Putra Malaysia.
Wahab, Z., & Mahamod, Z. 2017. Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan dan Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah terhadap Pendekatan Didik Hibur. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke-VIII 2017. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia & Universitas Riau. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 7 September.
Zain, Z. M., & Hussin, M. 2014. Kualiti Pendidikan Luar Bandar Masih Ketinggalan? Diakses pada 1 Jun 2021, dari https://icge.unespadang.ac.id/asset/file/files/icge%20II/VOL%20 1/51.%20Zarina%20Md%20Zain%20%26%20Muhammad%20Hussin.pdf .
Zorica, M. B. 2014. Edutainment at the Higher Education as an Element for the Learning Success. Proceedings of EDULEARN14 Conference, Barcelona, Spain.
Published
2022-03-01
How to Cite
CARE SIMON, Carine; MOHD YASIN, Ruhizan. Pelaksanaan Pendekatan Kaedah Edutainment dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Luar Bandar di Sabah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 113-126, mar. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17462>. Date accessed: 05 oct. 2023.
Section
Articles