Kesediaan Dan Persepsi Pelajar Kursus Bahasa Mandarin Di Universiti Teknikal Terhadap Pembelajaran Atas Talian

  • Tan Hua An
  • Tan Tiam Lai

Abstract

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah mempengaruhi bidang pendidikan di negara kita, khususnya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).  Ekoran daripada PKP dan PKPB yang diumumkan, pembelajaran atas talian telah menjadi satu keperluan yang tidak dapat dielakkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesediaan pelajar yang mengikuti kursus bahasa Mandarin terhadap pembelajaran atas talian serta mengkaji persepsi pelajar yang mengikuti kursus bahasa Mandarin terhadap pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar universiti teknikal.  Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data.   Sampel kajian terdiri daripada 102 orang pelajar yang mengikuti kursus bahasa Mandarin 1 dan Mandarin 2 di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Kajian ini mendapati bahawa kesediaan dan persepsi pelajar UniKL MSI mengikuti kursus bahasa Mandarin melalui pembelajaran atas talian adalah memberangsangkan. Pelaksanaan pembelajaran atas talian mendapat maklum balas dan sambutan positif daripada pelajar.  Hasil kajian mendapati majoriti responden mempunyai kesediaan yang tinggi dan persepsi yang baik untuk mengikuti kursus bahasa Mandarin terhadap pembelajaran atas talian. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi idea kepada warga pengajar bahasa Mandarin untuk membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan ke atas pendekatan pengajaran seiring dengan situasi semasa.

References

Abdul Aziz Ishak & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat (2020). Pembelajaran Atas Talian: Tinjauan Terhadap Kesediaan dan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Diploma Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 2, No. 4, 68-82.
Bani Hidayat Mohd Shafie (2020). Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 dan 2 Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 2, No. 2. 213-221.
Farah Idayu Mohd Salleh, Jamilahtun Md Ghazali, Wan Nor Hana Wan Ismail, Maizura Alias, Nur Syafiqah A. Rahim (2020). The Impacts of COVID-19 Through Online Learning Usage For Teatiary Education In Malaysia. Journal of Critical Reviews, Vol. 7, Issue 8, 147-149.
Fuad Mohamed Berawi (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis. Sintok: Penerbit UUM.
Jamil Ahmad (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan Di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Md Noor Saleh (2019). Berijazah Secara PJJ Di Malaysia: Peluang, Cabaran, Ciri Dan Gaya Pembelajaran Pelajar, Dan Strategi Kejayaan. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Mohamed Nazul Ismail (2020). Cabaran Kepimpinan Dalam Pengurusan Pembelajaran Digital. Jurnal Refleksi Kepimpinan, Jilid III, 20-24.
Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini Awang (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID 19. Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404-410.
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Edisi Kelima). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit UTM.
Mohd Zulhasnan Mat, Fadli Bacho & Sharifuddin Rapin (2019). Kesediaan Pelajar Dalam M-Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kolej Komuniti Tawau, Sabah. Journal of Life Long Learning, Vol. 3, No. 1, 103-111.
Munirah Salleh, Mohd Faisal Jamaludin, Noor Syaheeda Mohd Safie & Julia Mohd Yusof (2021). Tinjauan Keberkesanan Pembelajaran Secara Dalam Talian Ketika Pandemik Covid-19: Perspektif Pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 3, No. 1, 374-384.
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng (2020). Adaptasi Pengajaran dan Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik COVID-19. Shah Alam: SIG: e-Learning@CS, 23-30.
Noor Syaheerah Hamdan & Tajul Arifin Muhammad (2021). Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kuala Lumpur Dan Keterlibatan Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Tempoh Pandemik Covid-19. 2nd International Conference on Education, Social Sciences and Engineering (ICESE 2021).
Nor Aidawati Abdillah & Mazidah Musa (2021). Kesediaan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Norma Baru di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. International Journal of Modern Education, Vol. 3, No.8, 114-124.
Nor Aziah Abdul Aziz & Mohd Taufik Hj Ahmed (2016). E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di IPG Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 11, 116-130.
Nor Hidayati Mokhtar (2020). Pembelajaran Atas Talian Untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat. Akses: https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-talian-untuk-pembelajaran-sepanjang-hayat/
Nor Musfirah Mohamad (2021). Cabaran Pedagogi Norma Baharu Di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Jurnal Pengajian Islam, 243-254.
Siti Azura Abu Hassan, Suzana Zainol Abidin & Zulkurnain Hassan (2021). Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), Vol 2, Issue 10, 1-14.
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat (2020). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Shah Alam: SIG: e-Learning@CS, 14-22.
Siti Nurshahidah Sah Allam, Mohd Sufiean Hassan, Rosilawati Sultan Mohideen, Aini Faezah Ramlan & Rusydi Mohd Kamal (2020). Online Distance Learning Readiness During Covid-19 Outbreak Among Undergraduate Students. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, Vol. 10, No. 5, 642-657.
Published
2022-03-01
How to Cite
HUA AN, Tan; TIAM LAI, Tan. Kesediaan Dan Persepsi Pelajar Kursus Bahasa Mandarin Di Universiti Teknikal Terhadap Pembelajaran Atas Talian. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 77-85, mar. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17460>. Date accessed: 13 aug. 2022.
Section
Articles