Hubungan Antara Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Pedalaman
Abstract
Guru di sekolah bukan sahaja melakukan tugas dan tanggungjawab akademik tetapi juga tugas bukan akademik dan ianya telah membebankan guru di era dunia yang sentiasa berubah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan kepuasan kerja, mengenalpasti hubungan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja serta mengenalpasti perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja berdasarkan tempoh berkhidmat. Kajian ini penting dalam membantu pihak pentadbiran untuk mengubah cara dalam pengurusan mengikut kesesuaian khususnya kepada kakitangan atau guru bagi menjamin perkhidmatan cemerlang, meningkatkan prestasi serta mencapai matlamat yang ditetapkan. Kajian kuantitatif ini adalah menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 217 responden dipilih daripada populasi seramai 254 orang guru dari 29 buah sekolah rendah pedalaman di daerah Tambunan Sabah dengan menggunakan pensampelan rawak berkelompok. Soal selidik yang digunakan ialah Emotional Intelligence Quaestionaire oleh Daniel Goleman (1998) dan Job Descriptive Index oleh Smith Kendall dan Hulin (1969). Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26. Analisis diskriptif mendapati tahap kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru adalah sederhana. Analisis korelasi pearson mendapati terdapat hubungan positif antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja. Analisis ANOVA sehala pula mendapati tidak terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja berdasarkan tempoh berkhidmat. Kajian ini menyumbang dari segi rujukan kerana kajian berkaitan hubungan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru sekolah rendah masih kurang terutama di kawasan pedalaman. Dapatan kajian ini diharap dapat menyediakan maklumat berguna kepada pihak yang bertanggungjawab dalam mengambil langkah proaktif bagi melahirkan kakitangan guru yang produktif dan inovatif.
References
Alderfer, C.P. (1972). Existence relatedness and growth: Human needs in organiational settings. New York: Free Press.
Alzyoud, A. A. Y., Ahmed, U., AlZgool, M. R. H., & Pahi, M. H. (2019). Leaders’ emotional intelligence and employee rention: Mediation of job satisfaction in the hospotality industry. International Journal of Financial Research, 10(3), 1-10.
Amira Wahid, Muhammad Ajib Abd Razak & Fatimah Yusoof (2016). Kecerdasan Emosi dan Motivasi dalam Kalangan Subordinat MARDI. Jurnal Psikologi Malaysia, 30(2), 52-60.
Andi Besse Bayanti (2016). Pengaruh kecerdasan emosional dan stress kerja terhadap kepuasan kerja karyawan pada kantor pelayanan Wilayah III Perusahaan Daerah Air Minum(PDAM) Kota Makassar. Fakultas Ekonomi Dan Bisnis: Islam UIN Alauddin Makassar.
Applewhite, P. S. (2017). Examining the role of emotional intelligence in the work and life balance of foster care workers. Walden Dissertations and Doctoral Studies. Retrieved from http://scholarworks.waldenu.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=4620&context=dissertations [14 Disember 2021].
Bill Argon & Yuyuk Liana (2020). Kecerdasan Emosional Terhadap Komitmen Organisasi Melalui Kepuasan Kerja. Jurnal Akuntansi dan Investasi 4(1).
Farida Fitriani Ismail & Dedy Sudarmadi (2019). Pengaruh Sistem Informasi Akauntasi Dan Pengendalian Internal Terhadap Kinerja Karyawan PT. Beton Elemen Persada. Jurnal Akuntansi, Audit dan Sistem Informasi Akuntansi 3(1).
Fonna Mahdani, Hafasnuddin & Muhammad Adam (2017). Pengaruh Motivasi, Kecerdasan Emosional Dan Keadilan Organisasi Terhadap Kepuasan Kerja Serta Implikasinya Pada Kinerja Karyawan Studi Pada Kanwil PT. Bank Rakyat Indonesia (PERSERO) TBK. Jurnal Magister Manajemen, 1(1), 1-15.
Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York: Bantam Books
Goleman, D. (1999). Emotional Competence. Executive Excellence, 16 (4): 19.
Goleman, D. (2004). What makes a leader? Harvard Business Review 82: 82-91.
Herzberg, F. I. (1987). One more time: How do you motivate employees? Harvard Business Review, 65(5), 109-120.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (2019). Laporan hasil kajian kepuasan bekerja warga jabatan akauntan negara Malaysia (JANM) tahun 2019. Laporan kajian kepuasan bekerja 2019.
Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. (2013). Kajian tentang kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28, 102-115.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurements, 30(3), 607–610.
Locke Edwin A. (1976). The nature and causes of job satisfaction. In Dunnette, M. D. (Ed.), Handbook of the Industrial and Organizational Psychology, 1297-1349, Chicago: Rand McNally.
Mayer, J.D & Salovey, P. (1990). Emotional Intelligence. Imagination, Cognition and Personality.
Mohammad Chin, Syed Azizi Wafa & Ramraini Ali Hassan (2017). Niat Untuk Meninggalkan Organisasi, Sistem Kenaikan Pangkat Dan Kepuasan Kerja Di Kalangan Penjawat Awam Persekutuan Yang Dilantik Di Bawah Skim Perkhidmatan Tertutup Di Sabah. Retrieve https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JAAAB/article/view/1273
Mohd Azizul, R. K. (2020). Tahap Kecerdasan Emosi Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Kota Kinabalu: Satu Tinjauan Awal. Project Paper: Open University Malaysia.
Mohd Juraimy Kadir, Jegak Uli, Ahmad Azan Ridzuan, Noor Azmi Mohd Zainol & Mohd Hamran Mohamad (2016). Emotional Intelligence and Its Relationship With Stress Among Members Of Malaysian ARMY. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 1(2), 01-06.
Mohd Khairuddin Abdullah, Maspiah Sekong & Halimah Laji (2017). Kecerdasan Emosi dan Komitmen Guru Terhadap Organisasi. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS) © 2017 Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial 2017, 1, 42–52.
Muhammad Firdaus Muhammad Sabri, Haliyana Tonot, & Nurul Nadhirah Shahabudin (2017). Pengaruh Kecerdasan Emosi Terhadap Kepuasan Kerja dalam Kalangan Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017), 15(9), 967-978.
Nada, P. K., Victor, P. K. L. & Yantje, U. (2019). The Influence Of Emotional Intelligence, Work Satisfaction and Employee Empowerment To Organizational Commitment at PT. Pegadaian(PERSERO) Kanwil Manado. Jurnal EMB, 7(3), 4007- 4016.
Noordeyana Tambi & Siti Zulaikha Awang (2019). The Relationship between Work and Emotional Intelligence Stress on Job Satisfaction among Lecturer in the Faculty of Social Sciences and Humanities,Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal of Social Sciences and Humanities, 16(5), 1-19.
Nor Azida Mansor, Jamaludin Mohd Ali, Zarina Samin & Ab. Rahim Ma’sum (2015). Faktor kepuasan kerja dalam Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Ledang dan Kolej Komuniti Pegoh. 1st National Conerence on Business & Innovation (NCBI 2015).
Nor Mohamad Zulhairi Ismail, Jamalul Lail Abdul Wahab & Ruzita Md Hassan. 2016. Kepuasan Kerja Guru dan Perbezaannya Berdasarkan Pencapaian Sekolah. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1), 49-54.
Noriah, M. I. & Azliza, A. (2002). Kecenderungan menghadapi tekanan dan implikasinya terhadap kesihatan mental guru-guru. Prosiding seminar kebangsaan profesion perguruan 2002. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriah, M. I., Syed Najmuddin, S. H. & Syafrimen (2004). Guru dan kepintaran emosi: Implikasi ke atas kebolehan guru dalam menangani sosial pelajar. Prosiding seminar kebangsaan ke-3 psikologi dan masyarakat. Bangi: Pusat penerbitan dan teknologi pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriah, M. I., Zuria, M., Siti Rahaya, A. &Manisah, M. A. (2003). Hubungan antara Tanggungjawab Kepada Diri, Pelajaran, Pelajar dan masyarakat di kalangan Guru-guru. Prosiding seminar kebangsaan profesion perguruan 2003. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norliyana Zakaria & Halimah Mohd Yusof (2018). The relationship between Big Five Personality towards Career Success among Employees. Proceedings of the international Conference on Industrial Engineering and Operations Management Bandung, Indonesia, 6-8.
Nur Afny Juati, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Jumadi Musa & Hujaimah (2020). Hubungan antara Kepuasan Kerja, Kecerdasan Emosi, Motivasi Komitmen Organisasi di Kalangan Guru-guru SekolahMenengah di Daerah Tambunan. International Journal of Education Psychology and Counselling (IJEPC), 5 (36), 70-93.
Riza Mutimma Auda (2016). Pengaruh Kecerdasan Emosional Terhadap Komitmen Organisasi Melalui Kepuasan Kerja Sebagai Variabel Mediasi pada Bank DKI Kantor Cabang Surabaya. Jurnal Bisnis Dan Manajemen, 8 (2).
Sarah Mahfuz, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Fatimah Omar & Zainah Ahmad Zamani (2017). Pengaruh Faktor Pekerjaan Terhadap Presenteeism dan Kepuasan Kerja. Jurnal of social science and Humanities, 3(2007), 006.
Shyue Chuan Chong, Mohammad Falahat & Yin Su Lee. 2020. Emotional Intelligence and Job Performance of Academicians in Malaysia. International Journal of Higher Education, 9(1).
Singh, B., & Kumar, A. (2016). Effect of Emotional Intelligence and Gender on Job Satisfaction of Primary School Teachers. European Journal of Educational Research, 5(1), 1-9.
Smith, P.C., Kendall, L. M. & Hulin, C. L. (1969). The measurement of satisfaction in Work and Retirement. Chicago: Rand McNally.
Sugiyono (2017). Metode Penelitian Kuantitatif, kualitatif dan R&D. Bandung: Alfabeta.
Sumaira Naz, Sumaira Rekman & Humaira Saqib (2013). The Relationship Between Job Satisfaction and Personality Trait Among Bank Employees. Dlm Nur Afny Juati, et al. (penyt.). Hubungan antara Kepuasan Kerja, Kecerdasan Emosi, Motivasi Komitmen Organisasi di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Tambunan. International Journal of Education Psychology and Counselling (IJEPC) 5 (36): 70-93.
Syed Sofian Syed Salim & Rohany Nasir (2010). Kesan Kecerdasan Emosi Ke Atas Tekanan Kerja Dan Niat Berhenti Kerja Profesion Perguruan. Dlm Ajilin Tawan, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Mohd Malik Tu & Norlijah Watinin. (penyt.). Hubungan Motivasi, Kecerdasan Emosi Dan Efikasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah. Journal of Education and Sciences (IRJES), 4(1).
Thiagarajan, K., Mohd Faiz, M. Y., Mat Rahimi, Y., Hapini Awang, Mohd Sofian, O. F. & Hareesol, K. I. (2020). Kecerdasan Emosi dan Pengurusan Stres dalam Kalangan Guru di Pulau Pinang. Journal of Educational Research and Indigenous Studies, 1 (1), 2020.
Zhou, Q., Martinez, L. F., Ferreira, A. I., & Rodrigues, P. (2016). Supervisor support, role ambiguity and productivity associated with presenteeism: A longitudinal study. Journal of Business Research, 69(9), 3380-3387.