Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Jeli: Kajian Awal

  • Noor Syahida Abdullah UKM
  • Muhammad Hussin
  • Norasmah Mansor

Abstract

Kondisi pentadbiran sekolah pada masa kini dipengaruhi oleh amalan kepimpinan lestari dan kepuasan kerja guru. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Jeli, Kelantan. Pengkaji memilih kepimpinan lestari kerana kepimpinan ini telah diasaskan oleh sarjana kepimpinan pendidikan yang mana ianya tidak berasaskan dengan mana-mana teori kepimpinan yang lain. Ciri-ciri yang terdapat dalam diri seorang pemimpin akan mempengaruhi kepuasan kerja guru sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat kerja. Kajian ini merupakan satu kajian awal yang menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan soal selidik. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian kepada guru sekolah amanah di daerah Jeli. Data kajian dianalisis menggunakan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Sampel kajian terdiri daripada 28 orang guru dan mendapati amalan kepimpinan lestari guru besar menunjukkan berada pada tahap yang tinggi dan tahap tahap kepuasan kerja guru yang tinggi. Implikasi hasil kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan pedoman yang secukupnya kepada PPD, JPN dan KPM dalam memberi latihan untuk memperhebatkan amalan kepimpinan lestari dan menghasilkan guru besar yang cemerlang. Kesimpulannya, guru besar sekolah amanah di daerah Jeli telah mengamalkan tahap kepimpinan lestari yang tinggi dan telah memberi impak yang tinggi kepada kepuasan kerja guru.

References

Ahmad Munawar Ismail. (2009). Pengaruh akidah terhadap penghayatan akhlak pelajar-pelajar sekolah memengah kebangsaan di Malaysia. Tesis PhD Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan
Aziah Ismail & Abdul Ghani Kanesan. (2014). Amalan autonomi dan akauntabiliti di sekolah berautonomi dan impaknya terhadap kesediaan guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil 1, Isu 1, 41-52
Azlin Norhaini Mansor, Jamalul Lail Abdul Wahab & Muhammad Hisham Adnan. (2017). Tahap kepuasan kerja guru: aspek bebanan kerja guru, pengiktirafan dan penglibatan dalam pengurusan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 18, 187-199.
Fawziah Kassim. (2008). Persepsi guru besar terhadap pelaksanaan penilaian prestasi guru-guru. Fakulti Pendidikan Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Gobinathan Vijian, & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2020). Amalan kepimpinan transformasional guru besar dan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang. International Journal Of Education And Pedagogy, 2(2), 18-31
Hargreaves, A & Fink, D. (2003). Sustaining leadership.phi delta kappan
https://www.leapedservices.com/wp-content/uploads/2020/12/LeapEd-Impact-Study-Press-Conference-Press-Release-BM.pdf
Jack Mccann & Roger A. Holt. (2010). Servant and sustainable leadership : An analysis in the manufacturing environment. International Journal of Management Practice 4 (2) : 34 – 148. DOI:10.1504/IJMP.200.033691
Kelly, J.A. & Linde, T.C. & Anderson, Gail. (2016). Kelly et al. 2008 Can Soc.
Likert, R. (1932). A technique for the measurement of attitedes. Archiver of Psychology, 22 140, 55.
Miller, H. G. (1969). Book Reviews : Milton L. Blum and James C. Naylor. Industrial Psychology: Its Theoretical and Social Foundations (3rd edition). New York: Harper and Row, 1968. Pp. xii + 633. $9.95. Educational and Psychological Measurement, 29(1), 208–211. https://doi.org/10.1177/001316446902900126
Mohamad Firdaus Mohamad Tai, & Mohamed Yusof Mohamed Nor. (2017), Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial , Persepsi guru terhadap dasar penjenamaan semula tingkatan enam , 316-325
Mohamad Taufiq, & Aida Hanim. (2018). Amalan kepimpinan lestari guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah rendah berprestasi tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Mohd Izham Mohd Hamzah, Nur Syafiqa Alias & Bity Salwana. (2020). Amalan kepimpinan lestari pentadbir sekolah dan hubungannya dengan pembangunan kompetensi profesionalisme. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 31 (1). ISSN 1511-4147
Norashikin, Abu Bakar, Ramli Basri, & Foo Say Fooi. (2015). Hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar. Internationan Journal of Education and Training (InjET) 1(2) November 1-11
Owens, R. G., & Valesky, T. C. (2011). Organizational behavior in education: Leadership and school reform. Boston, MA: Pearson.
Raja Nurmunira, & Mohamed Yusoff. (2021). Amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 385-393.
Shabita, & Azlin. (2019). Amalan kepimpinan lestari dan hubungannya dengan komitmen guru Kolej Islam Sultan Ahmad Shah, Klang. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Smith, P. C., Kendall, L., & Hulin, C. L. (1969). The measurement of satisfaction in work and retirement. Chicago, IL: Rand McNally
Somprach, K., Tang, K.N., & Popoonsak, P. (2017). The relationship between school leadership and professional learning communities in Thai basic education schools. Educational Research for Policy and Practice, 16,157-165. doi: 10.1007/s10671-016-9206-7.
Supian Hashim & Khadijah Daud. (2014). Amalan kepimpinan lestari guru besar dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah rendah yang menerima tawaran baru di daerah Segamat. Jurnal Sains Humanika, 2 (4): 18-32.
Supian Hashim. (2016). Amalan kepimpinan lestari dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah rendah yang menerima tawaran baru di Daerah Segamat. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Univesiti Teknologi Malaysia
Syed Ishak Syed Manan. (2015). Amalan kepimpinan lestari pengetua dan hubungannya dengan prestasi kerja guru di SMKA Bahagian Kuching.Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Taber, K. T. (2018). The use of Cronbach’s alpha when developing and reporting research instruments in science education. Research in Science Education, 48, 1273-1296
Tay. L. P. (2016). Amalan kepimpinan lestari pengetua dan hubungannya dengan standard kualiti sekolah berkesan di Negeri Melaka. Tesis Doktor Falsafah Pengurusan dan Pentadbiran Tidak Diterbitkan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Tor Xin Yuan, & Bity Salwana Alias. (2021). Kepimpinan transformasi guru besar dan kepuasan kerja guru di SJKC Daerah Hulu Perak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 134-147
Published
2022-01-31
How to Cite
ABDULLAH, Noor Syahida; HUSSIN, Muhammad; MANSOR, Norasmah. Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Jeli: Kajian Awal. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 293-308, jan. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16931>. Date accessed: 29 sep. 2023.
Section
Articles