Analisis Kandungan Topik Pecahan Buku Teks Matematik KSSR Semakan (2017) Berdasarkan Domain Kognitif Taksonomi Bloom

  • Viviana Irina Nawot AUTHOR
  • Roslinda Rosli

Abstract

Abstrak: Perubahan dalam kurikulum sekolah rendah dilaksanakan untuk menambahbaik kurikulum pembelajaran murid pada masa kini. Pembelajaran Abad ke-21 menitikberatkan aras kemahiran berfikir murid sebagai panduan utama dalam merangka penambahbaikan setiap kurikulum. Justeru itu, kajian kualitatif ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menganalisis kandungan buku teks bagi topik pecahan berdasarkan kepada domain kognitif Taksonomi Bloom. Kandungan Buku Panduan Kemahiran Berfikir yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menekankan aplikasi Taksonomi Bloom sebagai penanda aras utama dalam menentukan kemahiran berfikir yang perlu dipraktikkan di sekolah. Sebanyak lima buku teks telah dipilih sebagai responden kajian; iaitu bermula daripada buku teks Tahun 1 sehingga buku teks Tahun 5. Pemilihan buku teks ini adalah berdasarkan penggunaan buku teks dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021. Kajian ini menggunakan analisis kandungan  di mana topik pecahan dalam buku teks dianalisis berdasarkan perbandingan dengan domain kognitif Taksonomi Bloom dan aras kemahiran berfikir (KBAT / KBAR). Hasil kajian menunjukkan bahawa topik pecahan bagi Tahun 1 mencapai sehingga aras ketiga iaitu kemahiran mengaplikasi. Manakala kandungan pecahan bagi Tahun 2 sehingga Tahun 5 mencapai sehingga aras keempat iaitu kemahiran menganalisis. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa penambahbaikan yang telah dilakukan dalam buku teks Matematik Semakan 2017 mengandungi elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Implikasi daripada kajian ini membuktikan bahawa terdapat perubahan dan penambahbaikan dalam buku teks KSSR Matematik Semakan 2017 berdasarkan aspek domain kognitif.


 


Kata kunci: Buku teks, Pecahan, Taksonomi Bloom, Domain Kognitif

 


Abstract: Changes in the primary school curriculum were implemented to improve the curriculum with the learning needs of students nowadays. 21st Century Learning’s method emphasizes student's thinking skill levels as the key guide in designing and improving each curriculum. This qualitative study aimed to analyse the content of Mathematics Primary School Textbook on fractions based on the Bloom’s Taxonomy Cognitive Domain. The content of the Thinking Skills Handbook published by the Ministry of Education Malaysia emphasizes the application of Bloom's Taxonomy as a key benchmark in determining the thinking skills that need to be practiced in schools. A total of five textbooks were selected as the respondents; starting from Year 1 to the Year 5 textbook. The selection of this textbook is based on the use of those textbooks in the current school session. This study uses content analysis in which fraction in the textbooks are analysed with comparison with the cognitive domain. The findings indicate that the topic of fraction for Year 1 reaches up to the third level in the hierarchy; which is applying. While the content for Year 2 until Year 5 reaches up to the fourth level; analysing. The findings also show that the recent improvements in the Primary School Mathematics’ Textbooks contain the element of Higher Order Thinking Skills (HOTS). The implications from this study prove that there are changes and improvements in the KSSR Mathematics Revision 2017 textbook based on the cognitive domain aspects.


 


Keywords: Textbook, Fraction, Bloom’s Taxonomy, Cognitive Domain

References

Aisyah, S., Maimun A. L. & Nik Mohd Ramli, N. Y. (2017). Kepentingan kebolehbacaan buku teks dalam dunia pendidikan. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J). Volume 1(1), 25 – 40
Aisyah, S., Nik, M. R. & Maimun A. L. (2017). Kepentingan kebolehbacaan buku teks dalam dunia pendidikan. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J). 1(1), 25 – 40.
Anderson, L.W., & Krathwohl, D. (2001). A taxonomy for learning, teaching and assessing: A revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Di Sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). KSSR (Semakan 2017) Kursus Orientasi Matematik Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Chan, Y. L., Gobi, K. & Rozaili M. A. (2020). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Matematik Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Chan, Y. L., Rosli, M. & Ganesh, V. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chan, Y. L., Wan, Y. & Gobi, K. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cheng, J.W. & Roslinda, R. (2020). Analisis domain kognitif bagi latihan dalam buku teks Matematik Tahun 6. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 116 – 126, https://doi.org/10.47405/mjssh,v5i1 1.549
D’Eon, M. (2018). Bloom’s Taxonomy: The Cognitive Domain. University of Saskatchewan.
Gobi, K., Rozaili, M.A. & Mutharasan, S. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzita, P., Chan, Y.L. & Gobi K. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Matematik Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nur, A. (2021). Analisis kandungan topik tambah dan tolak dalam buku teks matematik tahap 1 sekolah kebangsaan. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 3 (1), 394 - 405
Medical Education Simulation Center. (2017). REVISED Bloom’s Taxonomy Action Verbs. Irvine: University of California
Wilson, L. O. (2016). Anderson and Krathwohl Bloom’s Taxonomy Revised: Understanding the New Version of Bloom’s Taxonomy. Massachusets: Quincy College.
Published
2022-01-31
How to Cite
NAWOT, Viviana Irina; ROSLI, Roslinda. Analisis Kandungan Topik Pecahan Buku Teks Matematik KSSR Semakan (2017) Berdasarkan Domain Kognitif Taksonomi Bloom. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 329-343, jan. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16786>. Date accessed: 29 sep. 2023.
Section
Articles