Hubungan Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Transformasi 25 di Daerah Jerantut
Abstract
Kepimpinan berkesan merupakan asas kepada gaya dan amalan pentadbir dalam menerajui dan mempengaruhi subordinatnya ke arah kecemerlangan organisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru sekolah transformasi 25 di daerah Jerantut. Seramai 40 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Data kajian diuji dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratus, skor min dan sisihan piawaian. Ujian kolerasi yang digunakan untuk menganalisis hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 26. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepimpinan transformasional adalah berada pada tahap tinggi (min=4.87, s.p=0.264) dan min bagi kepuasan kerja guru juga tinggi (m=4.80, s.p=0.324). Ujian Korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru (r (40) = 0.799, p<0.01). Implikasi dasar kerajaan yang berlaku dalam organisasi dapat memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah dan menambahbaik amalan gaya kepimpinan pentadbir. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu memainkan peranan dengan menyediakan latihan bagi mengurangkan tekanan dan meningkatkan tingkah laku subordinatnya. Manakala pentadbir berperanan bagi memastikan guru mempunyai tingkah laku positif dalam meningkatkan pengurusan sekolah. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan penyelidik lain serta dapat menambahkan pengetahuan dan kualiti kepimpinan di sekolah.
References
Ahmad Munawwar. I. (2009). Pengaruh akidah terhadap penghayatan akhlak pelajar-pelajar sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Thesis PHD Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan.
Amin Senin. (2018). Teks perutusan majlis sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.
Anita S Acharya, Anupam Prakash, Pikee Saxena, Aruna Nigam. (2013). Sampling: why and how of it? Indian Journal of Medical Specialities ;4(2):330-333
Avolio, B.J. & Bass, B. M. (2004). Multifactor leadership questionnaire: manual and sample, Ed. 3. Redwood City, CA: Mind Garden, Inc.
Aziz. T., Ahmad Zamri. M., & Ghazali. D. (2018). Amalan kepimpinan transformasional guru besar dan hubungannya terhadap kepuasan kerja guru sekolah daerah Miri. Prosiding Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN). Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 5 Julai 2018, 2-22.
Azizi. A. (2018). Ramai guru pilih bersara awal? Utusan Melayu, 4 Disember.
Badrol Hisham. A.I., & Mahaliza. M. (2019). Pengaruh organisasi pembelajaran terhadap kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan harian negeri Perak. e-academia journal, 8(1). http://doi:10.24191/e-aj.v8i1.6668
Bass. BM. (1985). Leadership and performance beyond expectations. Harper & Row, New York.
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model: fundamental measurement in the human sciences (3rd ed.). Mahwah, NJ: L. Erlbaum.
Burns, J.M. (1978). Burns transformational leadership theory. New York, NY: Harper & Row.
Duyan, M. (2020). The effect of transformational leadership on job satisfaction: An investigation on academic staffs at faculties of sports science in Turkey. European Journal of Education Studies 7 (2):364-373. https://doi:10.5281/zenodo.3746710
Fadhlah A.T., Azlin Norhaini. M. & Shahlan. S. (2019). Amalan kepimpinan transformasional guru besar dan kepuasan kerja guru di daerah Kuala Langat. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(27), 63-75.
Gobinathan. V. & Jamalul Lail. A.W. (2020). Kepimpinan transformasional guru besar dan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang. International Journal Of Education And Pedagogy, 2(2), 18-31.
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap/article/view/9482
Goh. Y. S. & Azlin Norhaini. M. (2019) ICOFEA 2019 Conference Proceeding elSBN 978-967-14616-6-2. 144-151
Herzberg, F. (1959). The motivation to work (2nd ed). New York: John Wiley & Sons
Hussein. M. (2016). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ho, C.L., & Au, W.T. (2006). Teaching satisfaction scale: measuring job satisfaction of teachers. Educational and Psychological Measurement, 66, 172-185.
Junaidah. M. & Nik Rosila. N. Y. (2013). Kajian tentang kepuasan dalam kalangan guru-guru Pendidikan Khas. Universiti Sains Malaysia. http://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art7_103_115.pdf
Kalaivani. K. & Karuppiah. M. (2021). Gaya kepimpinan kolaboratif pengetua dan tahap kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan. Muallim Journal of Social Science and Humanities (MJSSH): 5 (2), 191 – 207.
Kaushalya, P., Mohd Faiz. M. Y., Mat Rahimi. Y., Hapini. A., Mohd Sofian. O. F. & Hareesol K. (2020). Hubungan kepimpinan transformasi terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru di Perlis.
Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM. (2013). Pelan pembangunan pendidikan 2013-2025. Putrajaya: KPM
Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement. 30, 607-610.
Lan, T., Chang, I., Ma, T., Zhang, L. & Chuang, K. (2019). Influences of transformational leadership on job satisfaction of Cram School Faculty Members. Sustainability 11: 13.
Lawler, E. E. (1973). Motivation in work organizations. California: Brooks-Cole
Lawler, E, & Porter, L (1967). The effect of performance on job satisfaction. industrial relations, 7(1), 20–28. https://doi.org/10.1111/j.1468-232x.1967.tb01060.x
Likert, R. (1932). A technique for the measurement of attitudes. Archives of Psychology, 22 140, 55
Loo, S.C. & Leh, L. (2018). Transformational leadership as a predictor towards job satisfaction among form six teachers In Sarawak. International Journal of Education, 11(1), 1-5. https://www.learntechlib.org/p/208945/.
Nor Mohamad Zulhairi. I., Jamalul Lail. A. W., & Ruzita. M. H. (2016). Kepuasan kerja guru dan perbezaannya berdasarkan pencapaian sekolah. Jurnal Personalia Pelajar, ISSN 0128-2735. 19 (1). 49-54. http://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-1/
Norisyah. A. R. (2018). Pengaruh kepimpinan transformasi dan budaya sekolah terhadap organisasi pembelajaran sekolah menengah imtiaz di Malaysia. Jurnal Ilmi, 8(1), 64- 89.
Nursyafina. S., Aida Hanim. A. H., Ghazali. D. (2018). Amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar terhadap keberkesanan sekolah di daerah Subis. Malaysian Online Journal of Education Vol. 2, No. 2 (2018), 21-28
Pattnaik, S.C. & Sahoo, R. (2021). Transformational leadership and organizational citizenship behaviour: the role of job autonomy and supportive management. Management Research Review, Vol. 44 No. 10, pp. 1409-1426. https://doi.org/10.1108/MRR-06-2020-0371
Petrus. S. & Mohamed Yusoff. M. N. (2018). ICOFEA 2018 Conference Proceeding EISBN 978-967-14616-2-4. 498-508
Podsakoff, P.M.,MacKenzie, S.B., & Bommer, W.H. (1996). Transformastional leader behaviours and subtitutes for leadership as determinants of employee satisfaction, commitment, trust, and organizational citizenship behaviours. Journal of Management, 22, 259-298.
Smith, P.C., Kendall, L.M., Hulin, C.l. 1969. The measurement of satisfaction in work and retirement. Chicago: Rand Mc Nally
Supermane, S. (2020). kepemimpinan transformasi di institut pendidikan guru. jurnal refleksi kepemimpinan, (jilid iii). https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/9490
Teharaja, A., & Aida Hanim. A. H. (2021). Hubungan antara amalan kepimpinan transformasi guru besar dan komitmen guru Sekolah Tamil di daerah Klang, Selangor. International Journal Of Education And Pedagogy, 3(1), 49-70.
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap/article/view/12814
Xin Yuan, T., & Bity Salwana. A. (2021). Kepimpinan transformasi guru besar dan kepuasan kerja guru di SJKC daerah Hulu Perak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 134-147. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12563
Windy. A., Roslee. T., & Soon Singh. B. S. (2019). Hubungan gaya kepemimpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru akademik tingkatan enam. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), (1), 1-16. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/LJMS/article/view/2540