Penilaian Semula Sabab Nuzul Āyah dalam Tafsir Tarjuman Al-Mustafid Berdasarkan Pendekatan Genetik: Tumpuan Kajian Terhadap Surah Al-Baqarah

  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff
  • Abdul Hakim Mahadzir
  • Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad
  • Mat Rani Abdul Manaf

Abstract

Para ulama mendefinisikan peristiwa-peristiwa di sebalik penurunan ayat al-Quran sebagai sabab nuzul āyah. Pengetahuan mengenai sabab nuzul āyah ini merupakan suatu perkara penting yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam khususnya para penuntut ilmu al-Quran. Syeikh Abd al-Rauf al-Singkili ketika menulis Tafsir Tarjuman al-Mustafid telah memuatkan data-data mengenai sabab nuzul āyah dalam menafsirkan ayat-ayat suci al-Quran. Walaupun begitu, beliau tidak menyatakan sumber-sumber rujukan yang jelas bagi data-data dan fakta-fakta yang dinyatakan itu. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti sumber-sumber rujukan mengenai data-data berkaitan sabab nuzul āyah yang terdapat dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid tersebut. Bagi mengetahui sumber data-data tersebut para pengkaji menggunakan pendekatan genetik dalam kajian bandingan yang diperkenalkan oleh Goldman (1967). Kajian ini juga hanya tertumpu kepada surah al-Baqarah dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid sebagai satu usaha awal ke arah memperhalusi isi kandungan karya tersebut dan seterusnya akan dikembangkan kepada surah-surah yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tujuh buah karya yang menjadi rujukan Syeikh Abd al-Rauf al-Singkili ketika membahaskan sabab nuzul āyah dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid iaitu Tafsīr al-Jalālayn, Tafsīr al-Khāzin, Tafsīr al-Tha'labi, Tafsīr al-Wajiz, Tafsīr al-Baydāwi, Tafsīr Mujāhid dan Tafsīr al-Tabari.

References

Abd al-Rauf al-Singkili. (1981). Tafsir Tarjuman al-Mustafid, Singapura: Perpustakaan Negara.
Basmeih, A. (2000). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cetakan ke-16. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.
al-Baydawi, N. A. U. (1997). Anwar al-Tanzil Wa Asrar al-Takwil, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.
Ali Hasyimi. (1980). Banda Aceh Darussalam Pusat Aktiviti Sains dan Kebudayaan, dalam Ismail Suni Bunga Rampai Tentang Aceh. Jakarta: Penerbit Bathara Karya Aksara.
al-Jalalayn, J. M., J. S. (t.th). Tafsir al-Jalalayn, al-Qahirah: Dar al-Hadis.
al-Khazin, A. M. (2004). Tafsir al-Khazin, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Goldmann, L., The sociology of literature: status and problems of method, International Social Science Journal, volume XIX, no. 4, 1967: 493-516, jilid XIX, no. 4, 1967: 493-516.
Hidayat Allah & Elit Eve. (2010). Sumbangan Abd al-Rauf al-Singkili Dalam Bidang Hadis: Analisis Teks Pilihan al-Mawā’iz al-Badī’ah. Kuala Lumpur: Department of al-Quran and Hadith, University of Malaya.
Ronidin, 2011, Malin Kundang, Ibunya Durhaka, dalam Lingua Didaktika, Jilid 4 No 2, Desember 2011, hlm. 114-125.
Sinar, T. T. Z. (2003). Pancaran Filosofis Rabindranath Tagore dan Hinduisme pada Sanusi Pane: Satu Pendekatan Genetik. Studia Kultura, Nomor 3 Tahun 2, 211-228.
Sohaimi A. Z. (2001). Kesusasteraan Bandingan: Perkembangan, Pendekatan Praktis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Supardy Muradi. (1988). Teori Kemasukan, dalam Konsep dan Pendekatan Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umar Junus. (1986). Sosiologi Sastera: Persoalan Teori dan Metode, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusoff, Z. M. & Wan Abdullah, W. N. (2005). Tarjumān al-Mustafīd: Satu Analisa Terhadap Karya Terjemahan. Kuala Lumpur: University Malaya.
Published
2021-12-31
How to Cite
SHEH YUSUFF, Mohd Sholeh et al. Penilaian Semula Sabab Nuzul Āyah dalam Tafsir Tarjuman Al-Mustafid Berdasarkan Pendekatan Genetik: Tumpuan Kajian Terhadap Surah Al-Baqarah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 285-292, dec. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16695>. Date accessed: 21 may 2022.
Section
Articles